Alya berjalan masuk ke dapur sambil membawa handphone yang sedang terpapar muka Ice di skrin. Ya, selepas saja dia pulang dari kerja, Ice menelefonnya melalui panggilan video di aplikasi Whatsapp.
"Kau ni nak gosip ke nak tidur sebenarnya?" soal Alya lalu menyandarkan handphone nya di satu balang kecil berisi biskut di dalamnya. Dia membiarkan Ice yang mula terbangun dan mamai itu. Cawan diambil dan air sejuk kosong dituang di dalam ke dalam cawan tersebut.
"Aku dah lupalah. Blaze bising sangat tadi sampai aku terlupa." kata lelaki yang berperwatakkan tenang dan dingin itu. Dinginnya bukanlah sama seperti Halilintar yang mengerikan itu tetapi dinginnya berbeza. Dia lebih suka menyendiri tanpa diganggu.
"Alasan." kata Alya sambil memandang Ice yang tadinya matanya kuyu kini segar. Terlihat di skrin handphone nya lelaki itu sedang bangun dari pembaringannya dan mula pergi ke sesuatu tempat meninggalkan handphone nya di atas katil.
Alya hanya berbuat tidak tahu. Perangai Ice kalau video call dengan dia, Ice suka menghilang pergi entah ke mana dulu selepas itu dalam 3-5 minit baru dia muncul semula. Apa yang selalu Alya jangkakan kalau Ice menghilang sewaktu sedang berpanggilan video dengannya, dia beranggap lelaki itu sedang mencari makan.
Tanpa mempedulikan Ice yang masih menghilangkan diri selama 2 minit itu, Alya mula berdiri dan menuju ke dapur. Dia baru teringat dia belum makan selepas pulang kerja tadi. Sementara Ice sedang mencari makan, dia apalagi...makanlah !
Sebab tu Halilintar kata mereka berdua ni rapat. Perangai pun sama. Cuma perbezaan mereka adalah dari segi jantina.
"Kau ni kejamlah Lya makan time vc" kata Ice yang tiba-tiba saja sudah muncul dengan muka yang segar bugar. Dia memandang Alya secara mendatar apabila terlihat gadis itu seronok menikmati sepinggan nasi dan juga sambal udang sebagai lauk.
"Lah aku ingat kau pergi cari makan." jawab Alya tanpa rasa serba salah dan tanpa memandang skrin handphone nya. Dia tahu Ice tengah marahkan dia sebab buat lelaki yang suka makan dan tidur itu lapar.
"Mana ada. Aku cuci muka lepas tu minum air."
"Dah alang-alang minum air kenapa tak makan ?" soal Alya yang sedang minum air untuk menghilangkan rasa pedas dan kering di mulutnya. Makan lauk jenis tak berkuah membuatkan dia hampir tercekik. Ice mencebik sambil menongkat kepalanya yang mengiring memandang gadis di skrin handphone nya.
Handsome bila dipandang sekilas. Tapi minta maaflah. Hati Alya tertarik pada adik bongsu kawan baik lelakinya itu. Bukan abangnya. Sebaik saja pinggan yang digunakan oleh Alya telah licin, dia mula bangun untuk mencuci. Ice mula menyanyi kecil untuk menghilangkan bosannya.
"Kalau kau lapar pergilah makan. Takkan Gempa tak masak?" soal Alya mengambil handphone nya lalu keluar dari ruang makan. Dia menuju ke ruang tamu dan sofa yang memanjang itu dijadikan pilihan untuk duduk berehat di situ. Ice yang sibuk menyanyi tadi mula berhenti tatkala terdengar kawan baiknya itu menyebut nama abang ketiganya itu.
"Haaa kau sebut nama Gempa aku baru teringat nak cerita kat kau. Weh rugi weh kalau kau kat rumah aku masa tu aku rasa kau pun tepuk dahi tengok Gempa weh." kata Ice yang mula menjadi semangat. Serta merta lelaki itu berhenti menompang dagu dan duduk bersilang memandang kawannya di hujung telefonnya.
YOU ARE READING
Solar [BBB] √
Fanfiction[boboiboyxreader fanfiction] [ Friendship or Love ? ] Jangan disebabkan kau terasa diri kau sudah cukup sempurna, kau selalu salahkan orang lain. Sedangkan semua masalah bermula dari kesilapan kau sendiri. "Maafkan aku, Solar. Kau maafkan aku pun da...