[boboiboyxreader fanfiction]
[ Friendship or Love ? ]
Jangan disebabkan kau terasa diri kau sudah cukup sempurna, kau selalu salahkan orang lain. Sedangkan semua masalah bermula dari kesilapan kau sendiri.
"Maafkan aku, Solar. Kau maafkan aku pun da...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Termenung dan berkurung dalam bilik Itu sajalah yang Solar buat sepanjang hari. Thorn yang selaku roommate adiknya juga berasa hairan. Adalah juga dia tanya kenapa tapi gelengan dan kata 'tiada apa' saja yang dia dapat. Akhirnya dia biarkan saja Solar dalam keadaan begitu.
Tok tok tok !
"Solar ?" kepala Gempa terjengul di balik pintu. Dia mengeluh apabila Solar yang sedang duduk di meja belajar sambil membelakanginya tidak menyahut.
"Solar. Jom makan. Yang lain dah tunggu." ajaknya dengan lembut. Akhirnya, pujukannya termakan. Kerusi beroda tiga itu dipusing menghadap wajahnya. Solar menggeleng kepala.
"Aku tak lapar Gempa. Korang makanlah dulu. Kalau aku lapar, aku turun makan." balas Solar kemudian kembali membelakangi Gempa. Gempa menghela nafas panjang. Dia sudah banyak kali menerima alasan yang sama daripada Solar. Tanpa berkata apa-apa, Gempa menutup pintu bilik Solar&Thorn dan berlalu turun ke bawah.
Solar kembali merenung sekeping gambar polaroid di atas mejanya. Gambar pemberiannya Alya. Gambar dirinya dan Alya memegang anugerah tempat kedua dalam pertandingan saintis sewaktu sekolah menengah dahulu. Perlahan-lahan dia menerbalikkan gambar polaroid tersebut.
'- Happy birthday Solaria~. Aku harapkauterimahadiahakuniwalaupunakutahukautakkanterima. Aku nak minta maafatasapayangjadi. Harapkauakanmaafkanaku. :) -'
Solar tersenyum sinis. Dia tergelak kecil. Semakin lama semakin menjadi-jadi gelaknya itu. Intonasinya juga berubah. Sedar tak sedar, setitis air mata jatuh mengalir dipipinya. Semakin lama semakin deras. Sehingga tawanya tadi terhenti secara tiba-tiba.
"Aku...hahaha ta-takkan...maafkan...kau..." Solar mula meracau. Dia tergelak lagi sekali namun kalini dengan kuat. Air matanya yang berjurai-jurai dibiarkan mengalir. Dia seperti orang gila di dalam bilik itu.
Secara tiba-tiba, dia menghantuk dahinya kuat di atas meja belajarnya. Dia masih ketawa dan menangis seperti orang gila. Bibirnya terketar-ketar apabila terasa sesuatu cecair mengalir dari dahinya. Matanya mula menangkap cecair tersebut.
Dengan tangan yang menggigil dia menyentuh cecair tersebut. Pekat. Mata Solar terkedip-kedip melihat cecair merah pekat di jarinya. Dia menyentuh dan bermain bersama darahnya. Senyum sinis terukir dibibirnya.
"Solar ?" suara seseorang menegur dan masuk ke dalam biliknya. Namun, dia abaikan. Fokusnya lebih terarah pada darah nya. Kendengaran tapak kaki orang tersebut mendekatinya.
"S-Solar ! Apasal darah-darah ni ?! A-aku panggil Tok Aba. Tok Aba ! Tok Aba !!!" jeritan Blaze memekikkan satu ruang rumah. Solar hanya membiarkan keadaan kalut itu berlaku. Pandangannya makin kabur. Darahnya juga mengalir banyak di atas meja.
"Apa dah jadi ni ?!" soal Tok Aba selepas saja masuk ke dalam bilik tersebut. Yang lain juga semua. Mengucap panjang Tok Aba apabila membetulkan posisi badan Solar. Sebahagian wajah Solar dibanjiri dengan darah yang mengalir laju dari kepalanya.
"Cepat Tok. Kita bawa Solar pergi hospital !" cadang Gempa. Maka, si abang-abang tertua dan juga Thorn yang sibuk nak menyelit ikut, berserta Tok Aba bergegas menuju ke hospital.
///
Prang !
Alya terdiam serta kaget apabila gelas kaca yang dipegangnya tadi secara tiba-tiba saja terjatuh pecah berderai di lantai jubin rumah keluarganya. Dia menggigit bibir dan memejam mata apabila terdengar jeritan ibunya.
"Apa yang pecah-" ayat ibunya terhenti apabila melihat gelas kacanya sudahpun pecah. Alya membuka matanya dan melihat wajah ibunya yang masih kaku tak bergerak sebaik saja tiba di dapur.
"Sorry bu... terrrrjatuh." kata Alya sambil menekan perkataan 'ter' pada ibunya. Segera dia mengutip kaca-kaca tersebut sebelum ibunya mengamuk. "Aduh !" aduhnya apabila ibu jarinya terkena serpihan kaca yang tajam. Darah mula mengalir di jarinya.
"Eh eh dah tepi-tepi ! Pergi sapu ubat luka tu. Biar ibu yang sapu kaca-kaca ni." kata Pn.Sara apabila tersedar dari alam mayanya. Alya menggeleng tidak mahu. Dahlah dia pecahkan, lepastu nak lepas tangan je ?
"Alah sikit je ni bu. Alya dah pecahkan biarlah Alya yang bersihkan. Kang kalau ibu kemas jadi makin teruk pula. Mata ibu tu dahlah tak nampak sangat." balas Alya sekaligus memerli manja ibunya.
"Hei budak ni sempat kau perli aku rabun ya ? Tak apa. Ibu tak marah cuma lain kali hati-hatilah jangan kelam kabut sangat. Dah pergi sapu ubat." balas Pn. Sara sambil mengambil penyapu dan penyodok di sudut dapur. Alya akhirnya akur dan bergerak ke singki untuk membasuh darah yang mengalir dari ibu jarinya.
Langkah dituju ke ruang tamu. Kotak first aid diletakkan di sisi sebaik saja menghenyakkan punggungnya di sofa. Sambil merawat luka kecil di tangannya, Alya mula berasa pelik dan keliru.
"Aku pegang gelas tu kuat kot. Macam mana boleh terlepas dari tangan aku ?" soalnya sendiri. Dia mula memandang tapak tangannya lama. Dia menyentuh permukaan tapak tangannya.
"Tak adalah licin. Kenapa eh ? Hati aku ni pun tiba-tiba rasa pelik. Macam ada benda tak kena je..." gumamnya. Sedang sibuk memproses persoalan di kepalanya, Pn.Sara yang sudah siap membersihkan gelas yang pecah tadi menegurnya.
"Dah sapu ubat ?" soal ibunya sambil mencapai remote tv. Alya sekadar mengangguk dan matanya mula fokus pada siaran di televisyen. Pn.Sara menoleh ke arahnya.
"Kenapa tadi Lya ? Macam mana boleh terjatuh gelas tadi ? Apa yang kalut sangat ?" bertubi-tubi Pn.Sara melontarkan soalan pada anaknya. Alya mencapai bantal sofa yang kecil disitu lalu memeluk dan mendagu di bantal tersebut.
"Mana ada kalut."
"Bistu ?"
Alya berhenti mendagu lalu memandang ke arah Pn. Sara yang leka menonton televisyen. Dia mengeluh dan mengjungkit bahunya.
"Entah. Tiba-tiba rasa tak sedap hati." jawabnya dan mula termenung. Tiada lagi sebarang bunyi dari mereka selain daripada suara di televisyen.
"Jodoh panggillah tu." usik ibunya membuatkan Alya tertoleh ke arah ibunya dengan wajah yang terkejut. Jodoh ? Ke bodoh ?
#TBC
• Solar ni x lehrileklangsungbru Alyahilangkandiridahhantukkepalabagai 😂 frust sgt kesemuamrhdia ?