"Allahuakhbar !"
Takbiratulihram di angkat seraya mulanya solat waktu Isyak pada malam itu. Seperti biasa, Tok Aba dan pecahan Boboiboy akan ke surau berdekatan untuk menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Oh ya, Tok Aba dan Gempa sahaja yang akan ke surau dengan menaiki motosikal manakala yang lain jalan kaki.
Bukan jauh. Lagipun tak salah jalan kaki ke tempat yang elok bukan ? Yang lain pula ramai. Takkan nak bantai naik motor sekali 8 orang ? Patah dua nanti motor Tok Aba tu.
"Assalamualaikum warahmatullah."
Lafaz salam diucap oleh imam seraya selesainya menunaikan ibadah solat Isyak pada malam tersebut. Zikir serta doa dibaca dan akhir sekali dengan salam bersalaman sambil berselawat. Tak lepas juga dengan budak-budak muda seperti pecahan Boboiboy dan yang lain-lain.
Sebelum balik ke rumah , ada juga yang menyinggah ke kantin kecil surau untuk menjamu kuih muih serta minuman panas yang dihidangkan oleh kaum-kaum wanita yang turut juga ke surau.
"Ha Atok nak ngeteh sekejap. Kau orang nak terus balik ke macam mana ?" soal Tok Aba kepada pecahan Boboiboy. Mereka bertujuh memandang sesama sendiri. "Kita orang ikut Atok lah. Tapi kita orang duduk meja lain." jawab Halilintar pada Tok Aba.
"Ha yelah. Jangan bising-bising. Jaga adab kau orang tu." pesan Tok Aba dan terus meninggalkan pecahan Boboiboy yang masih bersidai di birai tangga surau.
"Jomlah. Aku lapar ni. Tadi aku nampak kuih tepung pelita. Fuihhh terliuq weyh !" kata Ice sambil membetulkan songkoknya. Lengan baju melayu berwarna biru cairnya disinsing. Nampak sangat kempunan.
"Engkau kalau bab makan mata tu segar je kan ?" soal Gempa sambil membuat muka toya pada Ice. Ice yang masih memandang ke arah kantin itu terus menoleh memandang Gempa sambil tersengih. Giginya yang patah hari tu dah ditampal balik. Entah macam mana Gempa repair pun dia tak tahu.
Sebenarnya Gempa ni scary bila marah orang tak dengar arahan dia je sampai ditumbuknya. Tapi tak sampai 10 minit lepas tu dia tanya orang tu balik sakit ke dia tumbuk ?
K. mOHon PukuL gEmPa rAmai-ramAi.
"Dah jomlah. Bersidai kat sini lagi buat apa ? Kain aku dah nak terlucut ni !" kata Halilintar sambil memegang kain pelikat yang dipakainya. Serentak mereka semua memandang ke arahnya.
"Serius ah Hali ? Aku tengok kau sembahyang tadi fuh macam bakal imam muda ! Steady je. Ni dah nak terlucut dah ?" soal Taufan sambil menggaru betisnya yang terkena gigitan semut api.
"Kau tengok aku sembahyang ? Kau tak sembahyang ye tadi ? Kau pergi ambil air wuduk sekarang ! Solat balik !", arahnya dengan muka yang bengis. Dia berdiri seraya membetulkan semula lipatan kain pelikatnya di pinggang.
"Eh kau agak-agak ya nak tuduh aku. Sebelum sembahyang tadi kan kau, Gempa dengan Thorn buat solat sunat. Kita orang pula baru habis ambil wuduk masa kau orang tengah solat sunat tu. Tu yang aku nampak kau solat tadi steady je !" bentak Taufan sambil memandang tajam ke arah Halilintar.
Halilintar terdiam. Selepas saja Taufan memberi sedas ayat padu kepadanya, baru dia teringat. Dia mula tersengih sambil mendekati Taufan.
"Hehehe."
"Apa hehehehe ?!" marah Taufan. Halilintar memeluk bahu si pengendali angin sambil membuat muka comel. Kononnya nak memujuklah tu. Yang lain mula sweat drop apabila melihat drama murahan HaliTau itu.
"Nak buat maksiat pun agak-agaklah. Surau kot." perli Solar kuat lantas turun dari tangga surau dan memakai seliparnya. Dia terus menuju ke kantin meninggalkan mereka yang lain. Gempa hanya menggelengkan kepala dan terus bergerak bersama yang lain.
Dia orang ni campak-campak kat mana-mana pun ada jelah.
Selesai sahaja mengeteh bersama-sama pakcik bawangrians, pecahan Boboiboy dan juga Tok Aba mula melangkah pulang ke rumah.
"Ha cepat Boboiboy ! Siapa sampai rumah dulu dia menang !" ucap Tok Aba sambil meng-willy kan motosikalnya dan terus memecut meninggalkan enam orang lagi cucunya di hadapan surau. Ternganga besor mulut dia orang bila Tok Aba dengan selamba badaknya buat willy 3 kali depan mereka. Gempa yang orang kata berfikiran rasional tu pun, masuk air juga. Siap suruh Atoknya prem prem motor tu !
"Gila. Atok siapa tu ?!" soal Blaze dengan nada tidak percaya. Lengan baju yang disinsing dari awal tadi dibetulkan apabila terlorot sedikit. Halilintar hanya mampu menekup muka dengan kedua tangannya sambil menahan malu akan perilaku Tok Aba yang...agak gila remaja sebentar tadi.
"Wah, cayalah Tok Aba ! Lepas ni aku akan ikut jejak langkah atok !" ucap Thorn dengan semangat sekali. Mereka yang lain hanya ber-sweat drop dengan kata-kata semangat yang hampeh Thorn itu.
"Sudahlah. Jom balik. Dah lewat ni." ajak Taufan sambil memulakan langkahnya terlebih dahulu meninggalkan yang lain yang masih tercegat macam tiang di hadapan surau. Mereka mengangguk dan mula mengikuti si pengendali angin itu. Tiba-tiba saja Taufan merasakan baju melayu yang dipakainya dipegang seseorang. Segera dia menoleh ke tepi.
"Kau dah kenapa pegang baju aku Pikachu ?" soal Taufan hairan sambil memandang sisi wajah Halilintar yang sentiasa tegang itu. "Aku nak kau selamat je." ujarnya tanpa memandang Taufan.
Solar mencebik. "Ceh, cakap jelah takut." cemuhnya sehingga mengundang tawa kecil dari Blaze, Ice dan Thorn di belakang. Halilintar hanya membuat pekak dan bodoh. Dia perasan Taufan dari tadi tersenyum mengejek ke arahnya tapi...
Dia haruslah macho.
#TBC
• cih, ada2 je si Hali ni 😂 btw sorry ya kalau part ni psl boboiboy je. Kita chill2 dulu sebelum ke konflik 😂 #zenrogernout
YOU ARE READING
Solar [BBB] √
Fanfiction[boboiboyxreader fanfiction] [ Friendship or Love ? ] Jangan disebabkan kau terasa diri kau sudah cukup sempurna, kau selalu salahkan orang lain. Sedangkan semua masalah bermula dari kesilapan kau sendiri. "Maafkan aku, Solar. Kau maafkan aku pun da...