Selepas saja selesai menunaikan ibadah solat Subuh di dalam bilik, Solar mula mengemas tempat tidurnya sebelum turun ke bawah. Dia memandang sekilas ke arah Thorn yang kembali tidur selepas saja sembahyang Subuh berjemaah tadi. Dia menggeleng kepala dan menyambung kemas katilnya. Kejadian di dapur semalam mula bermain di kotak fikirannya.
Dia mengeluh buat sekian kalinya. Rasanya cara dia menanyakan soalan itu mungkin menimbulkan salah faham pada Thorn dan Halilintar. Dia tak risau pun pasal Alya. Dia cuma mahukan kebenaran dari abang sulungnya itu saja.
Siap mengemas dan termenung, Solar keluar dari biliknya meninggalkan Thorn yang mula mengigau itu. Dia menutup pintu bilik secara perlahan dan mengorak langkah untuk turun ke bawah. Hidungnya mula menangkap bau yang sangat harum dan enak. Segera dia turun ke bawah dan menuju ke dapur.
"Aih awalnya kau turun Solar?" soal Ochobot yang baru saja meletak dulang berisikan sejug air koko panas berserta beberapa cawan. Terhidang juga di dalam mangkuk yang besar berisi mee goreng yang masih berasap. Gempa yang baru keluar dari bilik air bersama bakul baju di tangannya juga memandang hairan ke arahnya.
"Haah. Biasa nak kena aku menjerit baru nak turun." kata Gempa yang sedang mengelap kakinya kemudian terus berlalu ke pintu belakang untuk menyidai baju di luar. Solar hanya membiarkan soalan Ochobot menyepi. Dia mula bergerak ke arah Gempa yang sudahpun berada di luar.
"Weyh Gempa." panggilnya. Gempa menoleh sekilas ke arahnya kemudian menyambung melibas-libas seluar jeans miliknya. "Hmm apa dia?" soal Gempa. Solar menghela nafas kemudian mula menolong abangnya itu menyidai pakaian mereka semua.
"Betul ke Hali tu suka Alya ?" tanyanya. Gempa memandangnya pelik. Gempa menjungkit bahu dan meneruskan aktivitinya. "Iyalah kot. Kenapa kau tanya?" soalnya pula apabila berasa pelik dengan soalan Solar.
"Tak ada apa. Bagus jugalah kalau Hali tu sukakan Alya. At least, lepas ni Alya tu tak ada terhegeh-hegeh nak cari aku kan ? Yelah dia dah ada Hali buat apa nak cari aku lagi ? Aku pun hidup aman." balas Solar sambil tersenyum sinis.
Gempa tergelak kecil dengan pernyataan Solar sebentar tadi. Dia bercekak pinggang dan memandang ke arah Solar di sebelahnya. "Wah yakin betul ya kau ?" perli Gempa. Solar membalas pandangannya. Dia menjongket kening.
"Mestilah. Aku takkan maafkan dia sampai bila-bila. Sampai aku mati pun takkan." protes Solar. Dia menyidai baju putihnya dengan geram. Gempa menggeleng kepala dan mengeluh. Bahu Solar ditepuk seraya menghentikan perbuatan Solar.
"Sudah-sudahlah tu Solar. Benda dah lepas kan ? Dia pun tak sengaja. Baik kau turunkan ego kau tu dan maafkan je dia. Sekurang-kurangnya dia dah tak rasa bersalah sangat bila kau maafkan dia. Maafkan jelah eh ?" pujuk Gempa. Solar mendengus geram. Dia menatap mata emas Gempa dengan tajam.
"Senang jelah kau cakap. Sebab kau tak rasa apa yang aku rasa. Cuba kau kat tempat aku ? Apa kau buat ? Marah jugakan ?" soalnya bertubi-tubi. Gempa tersenyum nipis. Dia menyambung menyidai kain.
"Memanglah aku marah. Tapi aku cuba untuk ambil positif. Mungkin takdir aku dah tertulis macam tu. Tak berjaya di sekolah, mungkin aku akan berjaya di tempat lain ? Kan ?" soal Gempa dengan lembut. Akhirnya, kain baju yang berlambak di dalam bakul tadi sudahpun habis disidai.
"Solar, aku tahu kau nak sangat masuk program tu. Alya pun sama. Mungkinlah rezeki kau orang tak ada masa tu. Mana tahu dah sambung belajar nanti entah-entah lagi berjaya dari yang aku sangkakan ?" sambungnya lagi. Bahu Solar dirangkul olehnya.
"Sudahlah. Kau tak yah nak marah-marah Alya lagi. Walaupun dia tersilap masukkan bahan terlarang dalam eksperiman korang tapi korang tetap menangkan ?"
"Nombor 2 je. Tak yah nak bangga sangatlah. Kalau dia tak cuai rasanya dah nombor 1 dah." balas Solar sambil menjeling ke arah lain. Gempa terkekeh kecil.
"Kau ni memang tak reti bersyukur ya ? Oklah tu nombor 2 at least kau dengan Alya dah wakil dan banggakan nama sekolah. Banggakan Tok Aba. Banggakan kita orang. Walaupun nombor dua tapi bagi aku kau kira juara dah. Dahlah tak yah nak marah-marah lagi. Benda kecik macam ni pun kau nak besar-besarkan sampai nak bermusuh dengan Alya. Kau tahukan semua manusia di muka bumi ni buat kesilapan ? Jangan fikir diri kau tu sempurna sangat Solar. Kau pun ada juga buat kesilapan kan ?" bebel Gempa.
Solar mengeluh. Dia mengangguk secara acuh tak acuh. Gempa tersenyum manis sambil mengeratkan lagi pelukan di bahu adiknya.
"Dah jom sarapan. Yang lain dah turun rasanya." kata Gempa seraya mendorong badan Solar kedepan untuk masuk ke dalam rumah.
///
Ying menatap lama Alya yang sedang menyusun buku di atas rak yang tinggi itu. Tangga yang berada disebelahnya dipegang bagi memastikan keseimbangannya tidak hilang dan mengelakkan Alya dari terjatuh.
"Siap !" kata Alya apabila selesai menyusun buku-buku di rak kemudian perlahan-lahan turun dari tangga yang dinaikinya tadi. Dia melepaskan nafas lega kemudian merapatkan tangga itu.
"Dah jom Ying. Letak benda alah ni." ajak Alya. Ying tanpa banyak mulut mengangguk setuju dan terus menolong Alya meletakkan tangga itu di stor belakang. Walaupun patutnya kerja orang lelaki tapi apa mereka peduli.
"Huwargh penatnya." keluh Ying sambil meneguk air mineral yang dibawa dari rumah. Alya mengangguk setuju. Dia memandang ke luar kedai. Terlihat cuaca pada hari itu agak panas terik. Untung kedai ni disediakan penghawa dingin. Tak adalah dia terasa panas mana.
"Alya , mau tanya ni ? Boboiboy Halilintar tu...suka kau ke ?" soal Ying tanpa basa basi. Alya menoleh ke arahnya dengan wajah terkejut. Kenapalah dalam banyak-banyak soalan, soalan ni juga yang Ying tanya ?
"Err, t-tak ada. Mana ada. Tak adalah. Perasaan kau je tu." jawab Alya dengan gugup. Ying mula mengecilkan anak matanya yang sedia sepet itu. Seolah-olah tidak percaya dengan jawapan Alya tadi.
"Iya ke???" soal Ying sambil tersenyum senget ke arah Alya . Alya mengangguk laju sehingga mengundang tawa dari Ying.
"Tak adalah. Nampak gaya macam sukakan kau je. Tapi kalau betul sukakan kau, kau terima jelah. Apa susah ? Halilintar kot. Siapa tak mau kan ?" usik Ying lagi. Alya mula memasang wajah mendatar pada Ying.
"Memanglah Halilintar tu lelaki idaman perempuan-perempuan kat luar sana. Siapa dapat memang beruntung habislah. Tapi..." ayat Alya tergantung seketika. Ying menoleh ke arahnya dengan wajah yang pelik.
"Tapi...?" soal Ying yang masih menunggu kata-kata Alya yang tergantung tadi. Alya mengeluh kemudian memandang ke arah Ying.
"Tak ada apalah. Lupakan je." balas Alya sambil tersenyum nipis ke arah Ying. Dia bangun dari duduknya tadi kemudian meninggalkan Ying yang terpinga-pinga di situ seorang diri.
#TBC
• makin sakit otak aku 😭 korg kalau x fhm tanya je eh ? aku yg buat cerita ni pun keliru 😭😭
YOU ARE READING
Solar [BBB] √
Fanfiction[boboiboyxreader fanfiction] [ Friendship or Love ? ] Jangan disebabkan kau terasa diri kau sudah cukup sempurna, kau selalu salahkan orang lain. Sedangkan semua masalah bermula dari kesilapan kau sendiri. "Maafkan aku, Solar. Kau maafkan aku pun da...