[boboiboyxreader fanfiction]
[ Friendship or Love ? ]
Jangan disebabkan kau terasa diri kau sudah cukup sempurna, kau selalu salahkan orang lain. Sedangkan semua masalah bermula dari kesilapan kau sendiri.
"Maafkan aku, Solar. Kau maafkan aku pun da...
Ice, Blaze serta Taufan sedang khusyuk memerhati seseorang yang berada di dapur sedang memasak sesuatu. Aktiviti mengintai mereka dari tadi tidak disedari oleh orang tersebut. Nampak sekali dia benar-benar fokus dengan masakannya.
Ice mengemam bibir serta mengetap rahangnya geram. Blaze yang berada di bawahnya itu hanya mampu mengeluh tanda kesal. Mana taknya, dari tadi dia asyik kena halang Ice dari terus menyergah seseorang yang berada di dapur itu.
Taufan pula hanya mendiamkan diri sambil otaknya memproses sesuatu. Lama jugalah dia proses sampai nak berasap kepalanya tu. Dia mengetap giginya tanda geram. Dia mendengus lalu mula bergerak sambil merangkak ke ruang dapur tersebut namun terbantut apabila kolar bajunya ditarik secara kasar oleh Blaze.
"Kau nak kantoi ke ?!" soal Blaze dengan nada bisik ke arah Taufan. Dia juga geram tapi dia perlu bersabar untuk mengetahui hal sebenar kejadian pelik yang terjadi di dapur itu.
Sebenarnya, apa yang dia orang bertiga intai dan siapa orang kat dapur tu ? 😂
///
Alya yang sedang berehat itu hanya memerhatikan suasana di kedai buku yang menjadi tempat kerjanya. Dari segi pandangan lain kerja di kedai buku tak adalah penat mana tetapi hakikatnya adalah lain.
Kerja mana yang tak penat ?
Sedang dia asyik mengelamun, dia disentakkan dengan bunyi notifikasi dari handphone nya. Segera diseluk poketnya dan dibuka handphone nya tersebut lalu melihat notifikasi yang baru saja masuk sebentar tadi. Ianya adalah beberapa mesej daripada Yaya.
"Aih ?"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Segera dia buka aplikasi Whatsapp dan membaca mesej yang dihantar oleh Yaya.
Alya menatap sekejap mesej perbualannya bersama Yaya tadi. Sejenak dia termenung sendirian. Dia sudah lama tidak pergi ke surau sejak berkurung dalam rumah. Yelah tengah frust lepas tu nak tunjuk muka kat orang juga ke ?
Dia menghela nafas. Tak kisahlah tentang malam nanti. Dia baik saja dengannya. Namun, menjadi persoalannya sekarang adalah...
Macam mana terserempak dengan Solar nanti ? Budak tu dengan adik beradik dia yang lain kaki surau tu. Mustahillah kalau dia orang tak pergi kan ?
K memang tempat lelaki dan perempuan lain tapi kalau nak pergi makan kat kantin tu ?! tak ke boleh jadi pergaduhan kat situ ?
"Haih...tapau jelah senang. Aku malas nak jumpa dia." keluhnya. Handphone nya dibuka dan aplikasi Whatsapp dibuka. Nama seseorang dicari dan dia mulai menghantar mesej kepada orang tersebut.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.