Tok ! Tok ! Tok !
Alya melentokkan kepalanya ke kanan sambil memandang pintu rumahnya lama. Siapa pula datang rumahnya waktu tengah hari buta ni. Dia dengan malas mencampak bantal sofa yang dipeluknya tadi kemudian bangun dan menerpa ke arah pintu rumahnya.
Pintu dibuka olehnya. Terkejut dibuatnya apabila tetamu yang datang adalah kawan baiknya selepas Boboiboy.
"Yaya ! Ying !" jeritnya dengan gembira lantas dia memeluk kedua gadis itu. Kedua gadis yang disebutnya tadi turut tersenyum gembira dan membalas pelukan kawan baik mereka.
"Eh jemputlah masuk. Aku buatkan kau orang berdua air kejap." pelawanya. Yaya dan Ying mengangguk dan membuka kasut mereka.
Selesai sahaja menghidangkan sejug air oren sejuk bersama tiga cawan di dulang, Alya menghenyakkan punggungnya di sofa single sambil memandang ke arah dua kawan baiknya.
"Lama tak jumpa kau orang. Apa khabar ?" soalnya sambil tersenyum manis.
"Khabar baik je. Kita orang pun dah lama tak jumpa kau. Kemana je kau menghilangkan diri ?" soal Yaya sambil dapat anggukan setuju dari Ying. Alya tersentak apabila disoal begitu. Dia tersengih dan dalam pada masa yang sama dia merungut.
'kenapa semua cakap aku hilang ni ? aku hilang betul-betul baru tau' getus hatinya sambil memandang ke arah lain. Dia menoleh semula ke arah kedua gadis tersebut bersama tawa yang kekok.
"Lepas habis sekolah, dalam dua minggu kemudian tu terus aku sibuk cari kerja. Dah dapat kerja, aku kerjalah. Nak cari duit saku sendiri. Aku taknaklah harapkan duit mak bapak aku je. Malulah." balasnya sambil tersengih. Tapi betullah apa yang dikatakan. Takkan dia nak harapkan ibu bapanya selalu masukkan duit ke dalam akaun banknya.
• to not confusing the readers, Alya stay at home alone. Beraninya ? Ya memang berani pun 😂 •
"Oh patutlah kami tak nampak kamu. Eh tapi sekarang kamu masih bekerja ke?" soal Ying. Dia mencapai segelas air oren yang dituangnya tadi.
"Hm sekarang aku dah berhenti. Mungkin buat masa sekarang aku tak kerja. Tapi adalah juga aku cuba cari. Ingatkan nak kerja kat kedai Tok Aba tu. Tapi tengok Boboiboy tak bercantum-cantum jadi malas pula nak tanya." ujarnya sambil mengeluh.
"Tak apa Alya. Kau kerja je dengan aku." pelawa Yaya. Alya memandangnya dengan wajah yang tidak percaya. Biar betul ni ?
"Kerja apa tu ?" soal Alya.
"Buat biskut !" balas Yaya dengan ceris sambil mengeluarkan sekeping biskut dari bakul yang dibawanya. Entah bila dia bawa pun Alya pun tak perasan. Alya dan Ying terkejut serentak seraya menutup sedikit wajah mereka. Terlihat aura-aura menakutkan saat Yaya mengeluarkan biskutnya itu.
"Err....tak apa ! A-aku rasa aku dah ambil borang kedai serbaneka 7Eleven minggu lepas. Hehehehe susahkan kau je Yaya." tipu Alya sambil tersenyum nipis terhadap gadis yang berpakaian serba merah jambu itu.
"Alah tak susah. Senang je buat biskut ni. Kalau kau nak datang je rumah aku bila-bila. Aku ada je kat rumah jaga adik aku hihi !" kata Yaya sambil menunjukkan tanda peace pada Alya yang masih tersenyum dalam ketakutan.
"Err ya...senang bagi orang pengsan adalah."gumam Ying perlahan yang mampu didengari oleh Alya seorang saja. Tak berani nak cakap kuat-kuat. Tak memasal kena tumbukan padu dari gadis itu. Dia menoleh ke arah Alya .
"Alya, nanti aku cuba tanya bos aku kalau dia perlukan pekerja baru ke tak. Kalau ada aku bagitahu kamu ya ?"
Alya memandang Ying hairan. "Eh, kau kerja apa Ying ?" soalnya. Ying tergelak kecil. "Kerja kedai buku maa !" jawabnya. Alya mengangguk dengan senyuman kecil.

ANDA SEDANG MEMBACA
Solar [BBB] √
Fanfiction[boboiboyxreader fanfiction] [ Friendship or Love ? ] Jangan disebabkan kau terasa diri kau sudah cukup sempurna, kau selalu salahkan orang lain. Sedangkan semua masalah bermula dari kesilapan kau sendiri. "Maafkan aku, Solar. Kau maafkan aku pun da...