25

353 44 21
                                    

Sandwich yang dibungkus dalam bekas berbentuk segi tiga itu dicapai Alya. Matanya mula melirik ke arah peti sejuk yang membekalkan pelbagai minuman. Sebotol air mineral dicapai kemudian dia melangkah ke arah kaunter pembayaran.

Selesai membayar, dia mula mengorak langkah ke tempat menunggu yang tersedia di stesen keretapi di situ. Dia mengeluh sambil membuka penutup botol air mineral yang baru dibeli sebentar tadi.

"Kalau ibu tak suruh, memang tak aku nak jejak kaki ke sana. Huh." gumamnya
kemudian meneguk air mineral sejuk itu. Kini, dia menunggu keretapi perhentian seterusnya. Tiket yang dibelinya tadi di pandang.

"K-kuat ke aku...nak jumpa dia orang semula ? Aku sendiri yang minta putus kawan...mestilah...dia orang semua...benci aku kan ?..." luah Alya kemudian menundukkan wajahnya. Wajahnya makin muram apabila teringatkan memori pergaduhan teruknya.

Polaroid hari tu dikeluarkan dan ditatapnya. Jujur sajalah siapa tak rindu kan ? Dari kecil sehinggakan dah besar panjang, semua memori dicipta bersama. Dia mengusap-usap gambar tersebut dan menahan air matanya dari tumpah. Dia dah penat nak menangis lagi.

Kelakuannya terhenti apabila terdengar bunyi keretapi yang ditunggunya sedang menuju ke perhentian. Segera dia memasukkan semula polaroid tersebut dan mengemas barang-barangnya.

"Berbaik-baiklah. Bincang elok-elok. Ibu tak nak kamu dengan dorang putus kawan macam ni. Kata bff forever ? Bff mana boleh putus-putus ni. Ingat senang ke nak cari kawan baru ? Atau lebih tepat sekali, sahabat ?"

Sebaik saja penumpang yang berada di dalam keretapi tadi sudah keluar dan mengosongkan keretapi, giliran Alya dan juga penumpang lain memenuhkan perut keretapi tersebut. Kerusi penumpang yang menghadap ke hadapan bersebelah tingkap menjadi pilihan Alya berbanding kerusi panjang dan menghadap muka penumpang lain.

"Kawan memang boleh cari Lya. Tapi sahabat tu. Alah biasalah kalau gaduh-gaduh ni. Ibu dulu selalu gaduh dengan kawan-kawan ibu. Tapi sampai sekarang masih berkawan."

Alya menggeleng kepala perlahan. Tidak percaya dengan kata-kata ibunya yang masih terngiang-ngiang di mindanya. Baginya bergaduh itu tak mematangkan sesuatu perkara.

"Tak matang ? Sayang, bergaduh itulah memantangkan perhubungan sahabat kamu tau ? Sebab bila bergaduh, dari situ kita belajar mengenali akan kesilapan kita dan pada masa akan datang, kita takkan berbuat kesilapan yang sama."

"Lya boleh kembali ibu. Tapi Lya tak pasti nak jalinkan semula hubungan persahabatan bersama dia orang atau tak. Lya tak kuat dan Lya tak nak jilat ludah sendiri ibu. Maafkan Lya ibu..." rintihnya kemudian melentokkan kepalanya di cermin tingkap keretapi itu.


Kelopak matanya ditutup dan membiarkan keretapi tersebut bergerak laju menuju ke satu tempat. Pulau Rintis.




///


Solar [BBB] √Where stories live. Discover now