Solar mengeluh kuat sehingga Halilintar yang sedang sibuk bermain handphone di sebelahnya perasan. Matanya mengerling ke arah Halilintar.
"Bila aku boleh keluar ?" soalnya pada Halilintar yang kembali bermain handphone. Dia mula fed up apabila soalannya tak dijawab. Tangan kanannya di bawa ke dahinya yang berbalut dengan kain kapas serta bandage dililit di kepalanya.
"Entah. Esok lusa kot." jawab Halilintar setelah lama menyepi. Solar berhenti mengurut dahinya yang berbalut itu. Dia berdecit geram dengan jawapan abangnya itu.
"Paling lama pun seminggu je." sambung Halilintar lagi. Solar mengangguk perlahan dan menoleh ke kiri memandang luar tingkap bilik wadnya . Banyak betullah duit Tok Aba ni hantar dia pi hospital swasta. Bilik sorang dia punya je siap ada sofa lagi 😂 .
"...Kau rasa Alya maafkan aku tak ?" soal Solar secara tiba-tiba. Serta merta Halilintar berhenti bermain handphone nya. Fokusnya mula ke arah adiknya yang sedang membuang pandangan di luar tingkap bilik yang dihuninya.
"M-mestilah. Kenapa...kau tanya ?" soal Halilintar semula. Solar menoleh ke arah abangnya. Bibirnya yang kering itu digumam.
"Aku rasa tak. Aku dah hina dia. Mustahil...mustahil sangat dia nak maafkan aku ? S-sedangkan aku pun..." kata-katanya terhenti. Dadanya terasa dicucuk-cucuk. Air matanya mula bergenang.
Halilintar mengeluh. Handphone nya diletakkan di atas meja bersebelah handphone milik Solar. Dia bangun dan duduk di atas katil Solar. Bahu adiknya dipeluk erat. Solar menundukkan pandangannya. Setitis demi setitis air matanya jatuh membasahi pakaian hospital yang dipakainya.
"Kau masa tu tak sedar. Ego dan perasaan marah kau tu terlalu tinggi sampai satu badan kau diambilnya. Itu pasal kau hina dan tak maafkan dia. Aku tahu, kau ada niat nak maafkan dia tapi kau terlalu ego." kata Halilintar pada Solar. Bahu Solar diusap lembut.
"M-maafkan aku. Aku pentingkan diri sangat...aku tak nak dengar cakap kau dengan Gempa...betul cakap Alya. A-aku tak matang. Benda kecil pun...aku nak besarkan. Aku ni bodoh Hali...kalau tahu jadi macam ni...aku biar je Ice cekik aku. Aku malu ! Aku tak layak hidup !"
Sudah. Racauan Solar datang balik. Halilintar memeluk tubuh Solar erat. Terasa bahunya basah dek air mata Solar. Halilintar menepuk-nepuk belakang badan Solar.
"Jangan cakap macam tu. Semua orang buat kesilapan. Termasuk aku. Dia pergi pun bukan sebab kau seorang. Aku pun penyebab dia pergi. Kalau aku tak tangkap cintun dengan dia mungkin dia masih kat sini. Dah jangan salahkan diri kau." pujuknya sambil menenangkan Solar.
Hali ni kan abang mithali betul 😂 pandai giler pujuk adik-adik.
Setelah merasa sedikit tenang. Solar melepaskan pelukannya bersama Halilintar. Air mata yang masih tersisa di matanya diseka. Dia menarik nafas perlahan-lahan. Tiba-tiba terlintas satu persoalan di mindanya.
"Hali, kau suka Alya kan ?" soal Solar. Halilintar terdiam. Dia menangguk perlahan. Sudah malas nak menyorok lagi. Semua orang pun dah tahu kecuali si Solar ni yang sibuk nak siasat sendiri.
"K-kenapa...kenapa dia tak balas perasaan kau balik ? Kau satu dalam sejuta lelaki idaman kot." soalnya pelik. Halilintar tergelak tatkala mendengar soalan itu. Dengan senyum senget di bibir, dia memandang wajah hairan Solar.
"Lelaki idaman dia bukan aku." jawab Halilintar membuatkan Solar makin hairan. Dia mengesot ke depan sikit mendekatkan dirinya dengan Halilintar.
"Kalau bukan kau...habistu siapa ? Ice ?" teka Solar. Namun, jawapannya salah apabila Halilintar menggeleng laju. Dia mendengus geram. Fed up, akhirnya dia rebahkan dirinya di atas katil dan memandang ke luar tingkap. Tak lupa juga dia memeluk tubuhnya. Fed up sangatlah tu.
Halilintar yang mahu tergelak itu terpaksa menahan tawanya apabila melihat muka cemberut Solar. Dia menepuk perlahan paha adiknya.
"Nak tau siapa ?" soal Halilintar mengacah. Solar memandangnya sekilas kemudian mengjongket keningnya. "Siapa ?" soalnya kembali. Halilintar memerhatikan wajah adiknya lama.
"...Kau."
#TBC
• aku rasa nk hantuk je kepala aku 😂 klau idea byk panjang berjela chap. klau sikit ha kau sekerat scene je 😂 btw, imagine2 lah ya reaction Solar lps Hali bagitau (y/n) suka dia 😂
YOU ARE READING
Solar [BBB] √
Fanfic[boboiboyxreader fanfiction] [ Friendship or Love ? ] Jangan disebabkan kau terasa diri kau sudah cukup sempurna, kau selalu salahkan orang lain. Sedangkan semua masalah bermula dari kesilapan kau sendiri. "Maafkan aku, Solar. Kau maafkan aku pun da...