Halilintar hanya mampu ber-sweat drop atas kelakuan Solar yang dari tadi menyelebungkan dirinya di dalam selimut. Tak lupa juga badannya tersedu sedan dan kendengaran esakan kecil. Halilintar memutarkan bola matanya dan menarik-narik selimut Solar.
"Dahlah tu. Kau nangis macam budak kecil ni dah kenapa ?" soal Halilintar pelik. Dia mati-mati ingat Solar pengsan bila dia memberitahu perkara sebenar tadi. Rupanya meraung menangis tak tentu pasal.
"A-aku...a-aku...HUWARGHH HALIIIIIII !!!!" Solar meraung dengan kuat dan terus memeluk pinggang abangnya. Tak lupa juga mukanya yang dah basah dengan air mata dan hingus disembamkan di dada abangnya. Halilintar memasang wajah mendatar. Nak tak nak dia membalas pelukan adiknya.
BAM !!!
"Solar aku datang ! Eeeehhhh ????? Solar ?"
Mata bulat Thorn terkebil-kebil melihat situasi di hadapannya. Adiknya Solar sedang menangis teresak-esak sambil memeluk abang sulungnya. Gempa yang baru sampai juga pelik kerana badan Thorn bagaikan kaku di hadapan pintu wad adiknya.
"Eh ? Kenapa Solar nangis ni ?" soal Gempa memandang Solar dan Halilintar bergilir-gilir. Penumbuknya juga dah ready untuk mendarat di muka Halilintar. Perasan dengan penumbuk itu, Halilintar terus melepaskan pelukannya dan melambai-lambai tangannya.
"Eh eh tak ada apa ! Tak ada apa ! Solar yang tiba-tiba nangis. Aku tak buat apa-apa pun !" kata Halilintar dengan sengihan. Penumbuk Gempa diturunkan. Bekal makanan yang dibawa diletakkan di atas meja bersebelahan katil Solar. Thorn pula memeluk adiknya dengan penuh kasih sayang.
"Habis tu kenapa dia nangis ? Meraung pula tu. Jaranglah budak ni nak nangis macam budak kecil. Biasa Thorn je." kata Gempa. Thorn tersentak.
"Oi oi oi ! Mana ada aku nangis macam budak kecik !" marahnya sambil mengembungkan pipinya. Solar yang sudah berhenti menangis itu terkebil-kebil melihat Thorn yang sedang membebel seorang diri.
"Haih macam ni. Solar tanya aku kenapa
Alya tak balas perasaan aku sedangkan aku ni ada ciri-ciri lelaki idaman perempuan-perempuan kat luar sana." jelas Halilintar pada Gempa dan Thorn yang sudah berhenti memprotes."Then ?"
"And then, aku cakaplah yang aku ni bukan lelaki idaman Alya. Lelaki idaman Alya tu adalah dia sendiri. Alya sukakan dia. Lepas je aku bagitau pasal tu dia terus berselubung dalam menangis macam budak kecik sampailah korang datang sini tadi." sambungnya.
"P-pa-pasal tu je ke ?" soal Gempa dengan muka (●__●) pada Halilintar kemudian menoleh ke arah Solar yang ditenangkan oleh si pengendali tumbuh-tumbuhan itu.
Halilintar mengangguk pasrah. Dia berlalu meninggalkan adik-adiknya di dalam wad. Mahu cari makan katanya. Gempa menutup pintu dan mendekati Solar dan Thorn.
"Err Solar, betul ke apa yang Hali bagitau tadi?" soalnya meminta kepastian. Dengan nafas yang masih tersekat-sekat, Solar mengangguk perlahan. Thorn tersenyum kecil dan mengusap rambut adiknya perlahan.
"Mesti kau rasa sangat serba salah kan Solar ? Tu pasal kau nangis kan kan ?" soal Thorn dengan polos. Solar tersentak dan menundukkan wajahnya. Gempa cepat-cepat menekup mulut Thorn.
"Oi oi ! Soalan kau tu tak membantulah !!!" bisiknya kasar sambil mencubit-cubit pipi Thorn. Solar mengenggam selimutnya dengan kuat. Sebak yang datang dihatinya makin kuat mencucuk-cucuk hatinya.
Setitis demi setitis air matanya mengalir jatuh. Gempa berhenti bergelut dengan Thorn dan terus duduk di birai katil apabila perasan yang adik bongsunya akan mula menangis lagi. Dia perlahan-lahan menekup wajah Solar dan mendongakkan pandangan adiknya.
YOU ARE READING
Solar [BBB] √
Fanfiction[boboiboyxreader fanfiction] [ Friendship or Love ? ] Jangan disebabkan kau terasa diri kau sudah cukup sempurna, kau selalu salahkan orang lain. Sedangkan semua masalah bermula dari kesilapan kau sendiri. "Maafkan aku, Solar. Kau maafkan aku pun da...