Bau wangi harum semerbak di dalam bilik Solar. Thorn yang baru hendak masuk terpaksa keluar semula apabila rongga hidungnya tidak dapat menahan bau wangi yang terlampau kuat di dalam bilik Solar.
"Kau nak pergi mana wangi semacam ni?" soal Thorn pelik. Dia masuk ke dalam bilik Solar sambil menutup hidungnya. Handphone miliknya yang sedang dicas di atas meja belajar Solar di tutup dan di ambil. Dia memerhati sekilas pakaian Solar. Macam biasa cuma kalini adiknya memakai jaket berwarna putih jalur jingga dan juga topi yang dipakai kedepan dan disengetkan sedikit ke kanan.
"Kedai buku." jawabnya sepatah. Cermin mata cool miliknya dipakai kemudian menilik seketika wajahnya yang kacak itu di cermin. Ceh perasan.
"Kedai buku je. Wangi macam nak pergi meminang orang. Ceh." perli Thorn dan terus berlalu pergi ke bilik Taufan.
Dia dan abangnya yang tak seberapa betul otaknya itu dah berjanji ingin bermain permainan video PUBG bersama. Blaze tak turut serta kerana awal pagi lagi dia dah kena heret dengan Gempa pergi ke kedai atok mereka.
"Haruslah wangi. Baru awek terpikat." kata Solar kemudian menutup pintu biliknya. Handphone nya di simpan di dalam poket seluarnya dan segera turun ke bawah.
"Thorn !!!" jeritnya dibawah. Thorn yang baru sampai di hadapan bilik Taufan menyahut dengan muka yang geram. "Amenda kau ?!"
"Cakap dengan Gempa aku keluar !!"
"Chat lah sendiri ! Ada handphone tapi tak pandai nak chat buat apa ?!!"
BAM !
Hempasan pintu bilik Taufan yang kuat menyentakkan sedikit Solar yang berada di bawah. Dia mengeluh. Sedikit sebanyak dia termakan juga dengan perlian abangnya yang lurus bendul itu. Ya dia memang lurus bendul dan comel. Tapi sekali keluar ayat deep dia kau pun tertunduk malu.
Nak tak nak, dia kena jugalah beritahu Gempa yang dia ingin keluar sebentar melalui chat di aplikasi Whatsapp. Selesai memberitahu, dia segera memakai kasut serta menutup pintu rumah dan bergerak ke kedai buku.
///
"Ramai betul orang." ujar Solar tatkala sampai di kedai buku yang dia dan Thorn pergi tempoh hari. Sebenarnya ada saja kedai yang lain tapi disebabkan jauh dan dia tak suka nak berpeluh-peluh berjalan pergi ke tempat jauh jadi dia terpaksa singgah ke sini.
Walaupun terpaksa jumpa dengan orang yang dia benci ><
Langkah diatur masuk ke dalam kedai tersebut. Matanya mula melilau mencari buku yang ingin dibaca dan juga komik. Err sebenarnya Ice sempat pesan padanya untuk belikan komik Boboiboy Galaxy isu terbaru sebelum dia bersiap-siap untuk ke sini.
Tulah perangai abangnya. Suka baca komik, makan lepas tu tidur sampai tak ingat dunia. Selalu juga tu kena tinggal kat rumah seorang diri kalau yang lain semua pergi ke surau.
Berbalik kepada cerita, Solar dah jumpa komik dan sekarang buku yang dia hendak cari tidak jumpa. Dia teringin nak baca buku yang berkaitan dunia fantasi. Kagum betul dia pada penulis-penulis yang menghasilkan cerita berkaitan fantasi ni. Bukan mudah nak mengarangnya.
Dia pun ambil masa dan cuba tetapi tak berjaya. Almaklumlah banyak sangat maklumat disimpan sampai terlupa nak share dengan yang lain. Sudahnya kena hempuk kamus tebal milik Taufan.
"Takkan ini je ada. Macam tak menarik je jalan cerita dia." kritiknya sambil membelek-belek beberapa buku yang bertemakan fantasi itu. Dia beralih ke rak disebelahnya. Okay, dia hampir putus asa.
"Cari apa Solar ?"
"Cari buku fanta-WARGHH SIAPA KAU ?!!!" pantas dia menutup mukanya dengan komik yang diambilnya tadi sambil membelakangkan tubuhnya sedikit. Mahu tak terkejut dia bila tiba-tiba je ditegur.
"Hoi ni akulah. Alya Nabilah." balas gadis itu sambil memandang Solar secara mendatar. Lelaki itu perlahan-lahan menurunkan komik yang menutup wajahnya lalu memandang ke arah gadis itu dengan pelik.
"K-kau buat apa kat sini?" tanyanya sambil memandang ke arah lain. Pipinya mula memerah tanda malu dengan kejadian kecil tadi.
"Aku dari tadi perhati kau cari sesuatu. Kau nak cari buku apa sebenarnya ? Mana tahu aku boleh tolong ?" pelawa Alya sambil tersenyum manis.
"Tak perlu. Aku boleh cari sendiri. Kau tolong orang lain jelah." tolaknya kemudian menyambung pencariannya. Kepalanya yang gatal digaru-garu kemudian mengeluh. Alya hanya memerhati gelagat Solar yang agak aneh itu.
"Mana buku fantasi ni...? Tak ada pun." gumamnya.
Alya yang terdengar keluhan Solar itu menyengetkan kepalanya. Dia memandang Solar kemudian memandang rak buku yang berada di hadapannya. Dia mengemam bibirnya menahan tawa yang hampir terlepas sebaik saja memandang tag kategori buku di rak buku tersebut.
"Solar," panggilnya. Untung kalini kerana lelaki itu menoleh ke arahnya dengan wajah cemberut. "Apa lagi?" soal lelaki itu dingin.
"Rak buku fantasi kat belah sana. Yang rak kau tengah cari tu semua kategori sejarah luar negara. Memanglah kalau cari beratus kali pun tak ada." balas Alya sambil menunding ke arah sudut kedai buku tersebut.
Tersentak Solar dibuatnya bila mendengar ayat gadis tersebut. Segera dia mendongak memandang tag kategori yang ditampal di rak buku tersebut..
SEJARAH LUAR NEGARA
"..."
"Nak aku tunjukkan ke ?" soal Alya dengan wajah yang polos. Solar mendengus kesal. Pandangannya di buang ke lantai dan rak buku di hadapannya disepak-sepak tanda malu. Akhirnya, terpaksa dia turunkan ego dan menyuruh Alya membawanya ke tempat dimana buku fantasi ditempatkan.
Sebelum pergi, sempat Alya memandang lelaki yang mempunyai sifat ego tinggi melangit itu. Dia tersenyum kecil dan berkata, "Lain kali kalau ada orang hulurkan bantuan, sambutlah. Jangan pentingkan diri sendiri ya, Solar?"
Namun lelaki itu tidak membalas sebaliknya memberi wajah yang tidak puas hati pada Alya. Alya tergelak kecil lantas pergi dari situ meninggalkan Solar.
"Haih great Solar. Lepas ni senanglah dia nak kenakan kau." kutuknya pada diri sendiri dan menyambung pencariannya.
#TBC
• ha jgn jadi mcm Solar tau. Kalau tak tahu bertanya je jgn malu-malu n kalau ada org yg sudi nk tlg tu jgnlah tolak ya. Tak baik 😊.
![](https://img.wattpad.com/cover/212427838-288-k970607.jpg)
YOU ARE READING
Solar [BBB] √
Fanfiction[boboiboyxreader fanfiction] [ Friendship or Love ? ] Jangan disebabkan kau terasa diri kau sudah cukup sempurna, kau selalu salahkan orang lain. Sedangkan semua masalah bermula dari kesilapan kau sendiri. "Maafkan aku, Solar. Kau maafkan aku pun da...