4

407 42 7
                                    

"Weyh campak spana tu kesini."

Selepas saja bergaduh dengan Thorn pagi subuh tadi, kini Solar dan abang sulungnya sibuk membetulkan motosikal Tok Aba selepas sahaja siap membetulkan mesin basuh kesayangan Gempa. Selagi tak ada kata 'sudah' dari mulut Halilintar, selagi tu lah Solar kena bergerak ke sana sini.

Gempa, Tok Aba dan Ochobot sudahpun bergerak ke kedai mereka. Disebabkan motosikal Tok Aba rosak jadi terpaksalah mereka berjalan kaki dan membiarkan motosikal itu diuruskan oleh kedua pomen yang handal di rumah.

"Solar, kau suruh Thorn pergi beli minyak hitam jap. Ambil je duit dalam wallet aku kat bilik aku." arah Halilintar sambil matanya fokus membuat kerja. Solar menoleh memandang abangnya dengan wajah yang tidak percaya.

"Kau nak suruh Thorn pergi beli minyak hitam ?" soalnya sambil matanya terkebil-kebil. Terdapat juga kesan comot sedikit di pipi tembam cumil-cumilnya itu.


"Yelah." jawabnya.


"Kau dah lupa ke yang dulu kau suruh dia beli polish tapi akhirnya dia beli apa ?" sindir Solar sambil mencekak pinggangnya. Halilintar akhirnya memandang ke arah adik bongsunya dengan kening berkerut. Dia cuba mengingati kejadian yang Solar sebutkan.



Flashback

"Thorn !"

Dengar saja nama disebut, si elemen daun tahap kedua itu terus saja berlari ke arah abangnya. Dia tersenyum comel ke arah abangnya.

"Boleh tolong ?" soal Halilintar sambil mengelap tangannya yang basah. Dia baru sahaja habis mencuci motosikal Tok Aba. Tinggal nak kilatkan saja.

Thorn mengangguk laju. Halilintar tersenyum senget apabila melihat telatah naif adiknya itu. Dia menyeluk poketnya dan beberapa keping duit kertas dihulurkan ke arah Thorn.

"Tolong belikan polish. Tahu tak macam mana bentuk dia ?"

"Ha ! Arrrr........ermm................hmm tak?" soalnya sambil tersengih dan menggaru kepalanya. Dia memandang takut apabila reaksi si abang sulung mula mendatar. Halilintar hanya mengeluh.

"Dia macam kapur kasut sekolah. Warna putih." kata Halilintar. Thorn mengangguk sambil membuat mulut 'O'. Segera dia tabik spring pada abangnya dan menyambut huluran duit di tangan Halilintar dan terus bergerak pergi ke kedai.




Solar [BBB] √Where stories live. Discover now