27

553 45 50
                                    


Alya POV

Aku hanya termenung memandang ke luar tingkap penjara yang dihuni oleh aku. Tingkap pun bukan tingkap biasa. Ruangnya cukup untuk memberikan udara keluar masuk saja. Aku mengeluh. Kini aku telahpun disumbat ke dalam penjara. Tinggal menjalani hukuman sahaja.

Ibu dan Ayah terkejut. Sangat tak sangka yang aku berani buat tindakan cuba membunuh kawan sendiri. Haha aku pun tak sangka. Terlalu berasa dendam dan sakit hati...sampai aku tak sedar yang aku cuba nak bunuh Solar.

Thorn, dia sempat telefon polis dan ambulans waktu aku cuba bunuh adik dia. Aku perasan. Tapi, aku tak tahu kenapa aku tak rasa takut masa tu. Mungkin masa tu aku betul-betul dirasuk. Bila pihak polis dah sampai baru tersedar ke realiti.

Paling mengharukan dan menghantui hidup aku, nyawa Solar hampir-hampir habis kerana aku. Aku sendiri. Bodohnya aku biarkan sisi gelap aku menguasai tubuh badan aku sendiri.



Aku menoleh memandang pintu gril. Mengharapkan mereka melawat aku. Eh kejap.


Kenapa dia orang nak lawat aku...? Aku hampir bunuh adik dia orang kot...HAHAHAHA BODOHNYA AKU NI.


"Hiks....maafkan aku Ya Allah." rintihku sambil menekup wajahku yang mulai basah dengan air mata yang laju menuruni ke pipi. Aku menggeleng-geleng kepala tanda tidak terima dan tak percaya. Sedang aku sibuk menangis seorang diri, tiba-tiba pintu gril sel yang aku duduk ni diketuk-ketuk oleh seorang pegawai polis.


"(y/n) binti Farhan, bersiap sedia untuk menerima hukuman kamu sebentar lagi." kata pegawai itu dengan tegas. Aku berhenti menangis dan mengangguk perlahan.


Kesalahan aku berat sangat ke sampai kena gantung sampai mati ? Entah aku pun tak tahu. Aku tak boleh fikir kenapa hukuman itu yang patut diberikan pada aku sedangkan kesalahan aku adalah cubaan untuk membunuh. Heh, polis-polis sini semua senang je buat duit.


Tapi...bukan ke kadang orang kata, mati harus dibalas dengan mati ? Maknanya...






Aku terdiam. A-aku faham sekarang. Aku mengeluh dan mula tersenyum manis. Kalau ini yang patut aku dapat atas cubaan bunuh Solar, memang patut aku kena terima. Tak perlu aku nak persoalkan lagi. Aku harus tamatkan hidup aku juga. Yelah, senang-senang je aku tamatkan hidup seseorang...


Kenapa aku tak nak terima pula kalau nyawa aku perlu ditamatkan kan ? Buat apa aku bernafas lagi di muka bumi ni kalau hidup aku menyusahkan semua orang. Betul tak ?

Angguk kepala korang tu.

"Cik Alya, dah sedia ?" suara seorang pegawai polis menyentakkan serta menghentikan lamunanku sebentar tadi. Aku menoleh memandangnya. Di tangannya terdapat satu kain sarung berwarna hitam dan disebelahnya ada seutas tali yang sederhana panjangnya.


"S-silakan encik." kataku padanya. Aku perlahan-lahan berdiri apabila pegawai tadi mula membuka pintu dan masuk ke dalam.  Aku menarik dan menghembus nafas. Aku cuba usirkan perasaan gusarku. Gusar akan kematian yang bakal menanti sebentar lagi.



Aku mula menangis teresak-esak apabila pandanganku telah ditutup sepenuhnya dengan kain sarung tadi. Dapat aku rasakan kedua tanganku dibawa kebelakang dan diikat oleh tali yang dibawa oleh pegawai tadi. Tubuhku didorong sedikit ke depan. Tanda menyuruhku berjalan.

Aku mula melangkah sambil dipimpin oleh dua orang pegawai tadi. Tangisan aku yang kuat tadi mula perlahan. Setiap langkahku diselingkan dengan beberapa memori manis yang diputarkan di kotak mindaku.


Aku tak sangka ini adalah pengakhirannya. Selama ni aku akan fikir, setiap pengakhiran masalah seseorang akan berakhir dengan kebahagiaan. Rupanya aku salah. Aku salah fakta. T-tak semestinya pengakhiran hidup seseorang itu akan berakhir dengan kebahagiaan.


Solar [BBB] √Where stories live. Discover now