17

288 43 33
                                    

"Yeah ! Makan-makan guys !" jerit Gopal kegirangan. Mana taknya, harini mereka semua mengadakan jamuan makan or dipanggil potluck bersama-sama di pantai.

Banyak makanan yang dibawa oleh mereka antaranya, nasi goreng udang, kari ayam, spaghetti carbonara, sandwich telur, donut lobak merah, brownies dan pelbagai lagi. Oh tak ketinggalan juga biskut Yaya. Huhu memang tak ada siapa berani nak ambil walaupun rupa bentuknya nampak agak unik pada haritu.

"Janganlah ambil banyak sangat donut tu Ice !" tempik Fang apabila terlihat Ice yang mengambil donut lobak merah hampir penuh satu pinggan polistren. Ice hanya membuat muka toya dan meletakkan semula donut-donut tersebut. Akhirnya tinggal tiga biji saja dalam pinggan.

"Puas hati kau ?" soal Ice dengan nada agak menyampah. Fang tersengih dan menghalau si pengendali air dan ais itu dari  terus berdiri di hadapan bekas makanan yang berisi donut lobak merah kegemarannya itu. Ceh tamak betul landak ungu ni.

Alya yang memerhatikan gelagat Ice dan Fang dari jauh hanya tergelak kecil. Memang dah masak dah pun dengan perangai alien berupakan manusia tu kalau nampak donut kegemarannya. Dia menyambung makan nasi goreng yang diambil tadi. Sudah lama dia tak merasai nikmat cuti dan makan-makan bersama kawan-kawannya.

Nasiblah dia dan Ying dapat cuti. Kalau tak rasanya tak merasa  semua ni.


"Sikit je makan." tegur seseorang. Alya menoleh ke arah suara tersebut. Terkedu dibuatnya bila yang menegurnya itu adalah Halilintar. Orang yang buat dia keliru dan sering tertanya-tanya macam manusia bodoh. Mana taknya, setiap perlakuan dan kata-kata si pengendali petir itu amat tersirat.


"Eh ?" pelik dibuatnya apabila lelaki tersebut mula duduk di hadapannya. Sekarang mereka berdua duduk di satu meja batu yang memang tersedia ada di situ dan jauh sedikit dari pondok yang dijadikan port jamuan mereka. Alya mula berasa gugup. Lagi-lagi Halilintar mula tersenyum lembut ke arahnya.

"M-mana ada sikit. Banyaklah aku makan ni." jawabnya sambil menunjukkan pinggan-pinggan dan mangkuk kecil di atas mejanya. Halilintar terkekeh kecil dan menggeleng kepalanya.

"Tak yah nak tipulah. Tu Ice punya kan ? Aku nampak tadi dia makan dengan kau kat sini. Lepas tu dia bla pergi kacau Gopal. Kau just makan nasi goreng tu dengan spaghetti je kan ?" tebak Halilintar dengan wajah rileks. Sekali lagi Alya terkedu. Dia memandang Halilintar lama dengan matanya terkebil-kebil.

"Kau ni tak yah buat muka comel dekat aku. Tergugat iman aku nanti."


BOOM !!!


Siapa yang terkena serangan jantung secara direct dari Halilintar tu ? Siapa lagi kalau bukan Alya. Automatik hidungnya berdarah dan terjatuh ke bawah akibat serangan drastik Halilintar tadi. Muka jangan cakap, merah padam macam tomato dah tu.

"HALI KAU BUAT APA KAT ANAK DARA ORANG ?!!!" jerit Gempa dari jauh. Halilintar mula sweat-drop dan menyesal. Huhu marilah mendoakan yang dia selamat je balik ni.




///



Selepas saja pulang dari pantai, kejadian Alya jatuh pengsan dan hidung berdarah disebabkan Halilintar menjadi tanda tanya buat Solar. Terkejut juga dia. Sampai pengsan perempuan tu. Mahu tak kalut semua orang. Eh, dia tak. Dia tak kisah pun kalau perempuan tu nak pengsan ke apa.

Cuma apa yang buat dia pelik adalah apa yang Halilintar buat sampai macam tu sekali ?


"Gila dasyat abang aku ni. Ah aku dah tak boleh tahan. Aku nak tanya juga." gumamnya kemudian bangun dari duduknya di birai katil. Thorn yang baru saja masuk ke dalam bilik mereka berdua memandang pelik ke arah adiknya itu.

"Tanya apa Solar ?" soalnya secara tak langsung membantutkan langkah Solar yang sudahpun berada di hadapan pintu bilik. Dia menoleh ke arah Thorn yang masih memandangnya. "Err, tanya Hali lah apa jadi tadi." jawabnya perlahan. Thorn mengangguk faham. Dia mula merebahkan diri ke atas katil bercadar hijau miliknya. Solar yang memerhatikan abangnya yang mula melihat drama pukul 7 di handphone itu menarik nafas lega.

"Kau risau pasal Al ke ?" soal Thorn sekali lagi secara drastik membuatkan langkah Solar terhenti dan kaku disitu.

"Sh*t."

///



"Kau suka AlyA eh ?" tak ada angin tak ada ribut, terus saja Solar menanyakan soalan itu pada abang sulungnya yang baru saja hendak menyuakan roti sardin di mulut. Halilintar memandang ke arah Solar yang berada dihadapannya kemudian keningnya dijongket.

"Kenapa kau tanya ?" soal Halilintar pula kemudian menyambung menyuakan roti sardin ke dalam mulutnya. Solar mengeluh dan berdecit kesal. Susah nak berbincanglah abang dia ni. Nak tahu senangnya apa ? Bila borak pasal motor dengan kereta. Maklumlah pomen tak rasmi dekat rumah ni.


"Saja. Tengok rapat semacam je." jawab Solar dengan malas. Dia mengambil seketul roti sardin yang bentuknya seperti karipap itu di dalam pinggan yang diletakkan oleh Gempa sebentar tadi. Halilintar tersenyum senget.


"Ice pun rapat semacam dengan Alya. Tapi kenapa kau tak tanya Ice dia suka Alya ke tak ? Kenapa tanya aku ?" soal Halilintar pada Solar.



Zzup !




Pisau mana cucuk hati Solar ni ? Bukan main pedih dia punya luka tu. Dahlah pedih, dalam pula tu. Fuh.


Solar mengunyah roti yang disumbatnya tadi perlahan-lahan. Jadi tak berselera pula dia nak ikut makan bila terkena soalan deep teruk dari abang sulungnya itu. Namun, dia teruskan juga. Dia dah tak nak simpan-simpan dan tertanya lagi. Lantaklah Halilintar nak sentapkan dia ke apa ke.


"I-Ice tu kan rapat sebab dia orang kawan baik. Aku tahulah dari sekolah lagi kot. Tak ada maknanya Ice suka kat Alya." balas Solar kemudian menyisip sedikit air teh.


"Dah tu sama jugalah dengan aku. Aku kawan baik dia. Tak ada maknanya jugalah kan aku suka kat Alya ?" soal Halilintar lagi. Kalini senyuman senget menghiasi wajahnya yang dingin itu. Solar berhenti dari minum. Dia menurunkan cawan teh itu dari bibirnya kemudian mengangguk tanda setuju dengan pernyataan Halilintar.

Halilintar mengeluh kemudian mencapai lagi roti sardin yang berada di dalam pinggan. Lama dia membelek-belek roti itu kemudian memandang adik bongsunya yang masih makan roti sardin buatan Gempa petang itu.

"Kau sibuk tanya ni...kau risaukan dia eh ?"


Duk !



Roti sardin yang digigit oleh Solar tadi terjatuh di atas  meja. Badannya menjadi kaku sepertimana di hadapan biliknya akibat soalan drastik dari Thorn tadi sebelum turun ke bawah. Dan sekarang, Halilintar juga menyoalkan benda yang sama.




#TBC

otak aku sakit pikir psl Solar ni 😑

Solar [BBB] √Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang