Alya yang sedang bersenang-senang di kaunter pembayaran itu mengeluh. Hari biasa seperti hari bekerja ini tidak ramai yang mengunjung. Ada pun beberapa kerat je. Padanlah kalau hari biasa pekerja-pekerja disitu tak kalut sangat.
Sedang sibuk termenung tiba-tiba sahaja dia teringatkan hal pagi tadi. Dia menekup wajahnya kemudian membuka handphone miliknya yang berada di atas meja. Terlihat mesej dari Halilintar dan Ying yang belum dibuka. Biarpun belum dibuka, dia sudah awal-awal membacanya di ruang notifikasi.
Yang Ying tu dia tak kisah sangatlah. Ying pun tau yang dia jenis suka baca kat notifikasi dulu baru balas. Tetapi, yang jadi malunya dia sekarang ni adalah 6 mesej yang masih belum dibaca olehnya dari Halilintar.
Tengoklah tu. Dari semalam hantar emoji senyum tu dekat dia. Mana tak malu Alya dengan dia kalau hari-hari kena sudden attack dengan Halilintar.
Sempat juga dia baca mesej Hali tu tapi dekat notifikasilah. Gila nak terus baca. Mahu tak lelaki tu bertambah-tambah chat dia ? Dahlah dia baru bergerak pergi kerja masa tu.
"Parahlah macam ni. Haih." keluhnya sambil men-slide (gua xtau 😂) ke kanan kiri handphone nya itu. Terlihat beberapa kawannya update status. Segera dia buka status milik Ice. Berkerut juga dahi dia bila baca status Ice tentang udang disebalik mi bandung Gempa bagai.
Lagi buat peliknya, si Ice ni tiba-tiba letak video lirik lagu Naim Daniel-Sembah di status. Selalunya budak tu tak layan lagu-lagu melayu. Segera dia reply status Ice tersebut.
Setelah membalas video status Ice, Alya kembali melihat yang lain. Mesej yang dihantar Ice tadi dibiarkan sepi. Dia tahu Ice takkan pegang handphone dia sekarang dalam waktu tengah hari ni. Tahu sangatlah kemana pergi kalau tak ke katil.
Terdapat beberapa status dari kawan-kawannya yang lain namun yang mendebarkan hatinya sekarang adalah status dari Halilintar. Let say Hali ni jarang gila babun nak update status. Tapi kalau dia update status memang ajaiblah. Segera dia melihat status Halilintar.
YOU ARE READING
Solar [BBB] √
Fanfiction[boboiboyxreader fanfiction] [ Friendship or Love ? ] Jangan disebabkan kau terasa diri kau sudah cukup sempurna, kau selalu salahkan orang lain. Sedangkan semua masalah bermula dari kesilapan kau sendiri. "Maafkan aku, Solar. Kau maafkan aku pun da...