16

339 44 42
                                    

Hari demi hari, hubungan Halilintar dan Alya semakin rapat. Meskipun Halilintar tahu usahanya akan menjadi sia-sia tapi apa dia peduli. Biarlah. Dia harus buat apa lagi ? Asalkan dia dapat memberitahu perasaan sebenarnya pada Alya pun sudah meringankan bebannya.

Tentang keputusan Alya pula dia tidak mahu bahas. Dia sudahpun redha dan tidak mahu memaksa Alya untuk membalas perasaannya. Dia tahu yang Alya hanya cintakan adiknya, bukan dia. Bak kata oranglah, kalau dah takdirnya begitu, kita terima sahaja dengan hati terbuka.

Namun begitu, keakraban dirinya dan Alya sedikit sebanyak telah menimbulkan kekeliruan dan tanda tanya oleh adik beradiknya yang lain selain Gempa dan Ice yang sudah maklum tahu perasaannya pada Alya serta rakannya yang lain iaitu Yaya, Ying, Gopal, Fang dan Ochobot.

Apa kau ingat Ochobot macam tak kisah tu dia tak perasan ke ? 😂 Dia perhati je cuma dia malas nak masuk campur. Almaklumlah dia kan dah fed up sebab tengok perangai tuan dia yang tak betul ni. Hahaha.

Apa yang buat dia pelik sekarang adalah Solar. Tiap kali dia berbual dengan Alya pasti dia akan perasan kerlingan dan jelingan adik bongsunya itu. Bila ditanya kenapa dijawabnya tak ada apa-apa. Pelik. Macam berbau ikan—


Zen : *tetiba mencelah* SOMETHING FISHY LAH HALI !

Hali : *tolak Zen* jangan menyibuk !


Entahlah. Dia malas nak fikir pasal adiknya tu. Dia dah berkali dah pun nasihat tapi degil. Keras kepala. Tak nak dengar kata. Ha sekarang biar dia tertanya-tanya kenapa Alya dah tak cuba pujuk dia lagi.



///



Mundar mandir Solar dibuatnya di dalam bilik seorang diri. Ya dia seorang je hari ni sebab Thorn dalam mood nak bermanja dengan Tok Aba jadi makhluk hijau tu tidur di bilik atoknya. Bawah bibirnya digigit tanda geram dan menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak percaya.

Mana tak percaya, selalunya gadis yang paling dibencinya itu tiap kali datang ke kedai Kokotiam atoknya pada hari cuti pasti akan sibuk mencari dirinya tetapi sekarang situasi sudahpun terbalik.

Gadis itu lebih seronok meluangkan masa dengan lepak bersama abang-abangnya. Kalau Ice tu dia tak kisahlah. Sejak dari sekolah sehinggalah sudah habis sekarang dia tahu yang mereka berdua memang rapat. Tapi yang menjadi tanda tanya sekarang ni adalah abang sulungnya. Halilintar ! .

Cemburu ?


Huh buat apa dia nak cemburu dengan hubungan abangnya dan perempuan tu ? Mustahil ! Sama sekali tak ! .


Dia cuma musykil. Musykil dengan sikap abang sulungnya itu. Jarang sekali si Halilintar nak berbuat perangai aneh dan tak pernah dibuatnya. Dia akan buat begitu kalau Halilintar ni suka pada seseorang.


"Kejap. Suka ?" soalnya pada diri sendiri. Serta merta dia teringat akan intipannya dan mencuri dengar perbualan abang-abangnya iaitu Trio Trouble Maker di ruang tamu.

Flashback

"Entah-entahlah kan, Aku rasa si Hali ni tangkap cintun dengan Alya lah. Tak pernah kot aku tengok Hali perangai pelik macam tu."  kata Taufan pada Blaze. Thorn yang sedang berbaring di atas pahanya tambah lagi peluk perutnya itu dibiarkan. Adiknya ni kalau nak bermanja bukan kira tempat. Kat situ juga keluar perangai manja dia.

Solar [BBB] √Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang