BONUS 🎉

721 43 42
                                        


"ARGH JANGAN GIGIT !!!"

Suasana pagi yang sepatutnya indah itu telahpun dicemari dengan jeritan nyaring Blaze akibat jarinya digigit kuat oleh si kecil yang kini hadir di dalam keluarga mereka dan secara tak langsung menjadi kesayangan semua orang.

Ha anak siapa ?

Tch. Korang sendiri tahukan ? 🤣

"Adeh deh deh , sakit Eclipse ! Putus jari abang oi !" jerit Blaze mengaduh sakit apabila si kecil molek kesayangan mereka, Eclipse yang sedang didukung oleh Ice makin galak menggigit jarinya. Ice menggeleng perlahan. Sebab dah tak tahan telinganya sakit mendengar Blaze menjerit tak sudah, akhirnya dengan secara berhati-hati dia meleraikan gigitan si kecil dan menjarakkan si kecil itu dari Blaze.

Risau dia kalau tangan Blaze bengkak sebab budak tu gigit tangan Blaze lagi.

"Salah kau juga. Lain kali usik dia lagi ya ?" sindir Ice pada Blaze yang sedang mengelap jarinya yang basah dek air liur Eclipse. Blaze berdecit geram dan mencebik. Salah budak tu juga. Siapa suruh comel sangat ? Dia ni pantang kalau nampak benda comel mesti nak usik. Dia mula menangis palsu sambil memandang jarinya yang terasa berdenyut-denyut.

"Teehee~" gelak kecil Eclipse sambil menepuk-nepuk tangannya apabila melihat wajah pakciknya. Ya pakcik guys. Blaze je tak sedor diri nak gelarkan diri tu abang.

"Apa gelak-gelak ? Ooo suka ya Eclipse. Abang gigit-gigit pipi tu karang baru tau. Aum !" ugut Blaze pada si kecil dengan membuat muka seperti mahu membaham budak tak bersalah itu. Melihat wajah pakciknya yang garang tiba-tiba, segera Eclipse menyorokkan wajahnya pada dada Ice dan memeluknya erat. Ice menghela nafas dan membetulkan dukungannya. Blaze dijelingnya.

"Tch kau ni janganlah takutkan dia. Dia gigit kau lagi kang tau pula bising nangis-nangis bagai. Lagi satu, bawa-bawa sedar diri ya kau tu pakcik bukan abang." kata Ice sambil mengusap-usap lembut belakang badan Eclipse. Blaze berhenti dari membuat muka garangnya dan memandang datar pada Ice.

"Alaa aku main-main jelah. Ya ya aku sedar aku ni tua ha puas hati kau ?" Akhirnya, Blaze mengalah. Eclipse yang tadinya menyorokkan wajahnya kini mengangkat wajahnya dan memandang kedua-dua pakciknya dengan mata terkebil-kebil. Tak lupa juga kepalanya dilentokkan sedikit ke kanan. Ice dan Blaze terdiam apabila melihat aksi yang super comel dari Eclipse. Hati mereka berdua mula cair dan akhirnya pipi si kecil itu menjadi mangsa gomolan oleh mereka berdua.

Yang hairannya makin suka budak tu. Kalau anak orang lain dah meraung dah 😂

"Awwwh~ pandai Eclipse ambil hati acik. Ni yang  sayang lebih ni~" kata Blaze sambil bermain dengan tangan kecil Eclipse. Sampai tak sedar yang mata dia dah jadi love dan juga lidahnya terjelir sedikit. Nampak benor cairnya. Ice pula dari tadi tak berhenti menyedut bau pipi Eclipse yang wangi itu. Bau baby memang wangi uhuk uhuk nak adik~

Sedang seronok mereka bermain dengan Eclipse, mereka berdua disapa dengan kehadiran dua lagi abang tertua mereka yang baru saja pulang dari kedai runcit bersama Tok Aba. Gempa dan Halilintar segera meletakkan barang di belakang gerai dan terus mendekati mereka berdua. Lebih tepat lagi, Eclipse.

"Oi, tak menyempat. Tolonglah atok ni." kata Tok Aba apabila melihat kedua cucunya yang baru saja menolongnya beli barang tadi sudahpun berlari ke arah cicitnya yang sedang seronok bermain bersama cucunya yang lain. Gempa menoleh dan tersengih kekok pada Tok Aba.

"K-kejap Tok. Nak cium Eclipse dulu." kata Gempa dan segera mengucup seluruh wajah Eclipse yang masih didukung oleh Ice. Nampaklah yang Ice ni "menyelesakan" bagi Eclipse. Tapi tak boleh lawan dengan mak bapak dialah 😂.

"Nyaaaa~ aaha !" gelak Eclipse apabila terasa geli diwajahnya. Makin cairlah hati abang-abang kita kat situ dengan gelak yang comel dari Eclipse. Tok Aba hanya mampu menggeleng kepala dan tersenyum nipis. Cicitnya itu selalu saja jadi rebutan cucu-cucunya. Ada masa, dia pun ikut berebut dengan yang lain dan semestinya Tok Aba yang menang 😂 .

Solar [BBB] √Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang