3 bulan sudahpun berlalu. Alya tak main dengan kata-katanya. Selepas saja pergaduhannya dan Solar terhenti, dia menghilangkan diri. Kerja yang seelok-eloknya untuk menyara dirinya, dia berhenti. Rumah yang dihuninya kini sepi tanpa sesiapa. Dia betul-betul pergi jauh dari mereka semua.
Atas permintaan Solar sendiri. Dia putuskan hubungan kawannya demi mengelakkan berlaku perpecah-belahan antara yang lain.
Halilintar memerhati sekali lagi rumah yang kosong di hadapannya. Terimbas di mindanya segala memori pahit manisnya selama menyukai Alya dalam diam dan menjadi seorang sahabat kepada Alya. Dia mengeluh dan menjatuhkan pandangannya ke bawah.
"Sudahlah tu Hali. Kau tak salah. Kita kena bagi dia masa sekarang. Aku yakin dia akan datang sini balik." kata Gempa sambil menepuk-nepuk badan belakang Halilintar. Dia juga sedih, namun dia harus menguatkan semangatnya dan berfikiran positif pada Alya.
Mereka berdua berlalu pergi meninggalkan kawasan rumah Alya yang kosong dan terbiar itu dengan perasaan hiba.
///
"Dah dekat 3 bulan Alya pergi...tak ada langsung khabar berita dari dia kan ?" soal Yaya meminta pendapat mereka yang lain. Awalnya mereka saja melepak disitu kerana bosan di rumah. Tak sangka pula Yaya tiba-tiba masukkan topik Alya.
"Hmm nak buat macam mana ? Dah dia tak nak kawan dengan kita." ujar Gopal kemudian menyambung bermain ps4 miliknya. Yaya memasang wajah mendatar apabila mendengar respon dari Gopal.
"Oii ! Lu ni hati batu ke apa ? Tak ada perasaan punya orang ! Alya bukan tak nak kawan kitalah !" marah Ying menyebabkan Gopal menikus takut. Hah lain kali jaga sikit mulut tu kalau tak nak kena tendangan laju dari Ying.
"Habis tu, sampai sekarang dia tak muncul-muncul pun ? Kau tak tahu ke dia pergi mana Ying ?" soal Taufan dengan wajah yang sugul. Jarang sekali Taufan nak bersedih ni. Tapi kehilangan seorang sahabatnya membuatkan dirinya terasa sayu. Nak pula dia sendiri menyaksikan pergaduhan itu.
Ying meletakkan cawannya di atas piring kecil. Dia mengeluh dan menggeleng kepala. "Aku cuma tahu dia berhenti kerja saja. Tapi tak tahu pula dia pergi ke mana." jawab Ying. Mereka yang lain hanya mendiamkan diri apabila mendengar jawapan Ying. Membiarkan perasaan sayu hanyut di hati mereka.
"Sukalah kau kan Solar ?"
Kini semua yang disitu mula fokus ke arah Ice yang duduk di bawah kaunter gerai Tok Aba. Solar yang bermain handphone di tepi Thorn menoleh ke arahnya. Dia mendengus geram.
"Kau nak salahkan akulah sekarang ni ?" dengan kereknya Solar bertanya. Ice mula berasa geram. Entah kenapa tiba-tiba saja dia bertindak agresif. Dia mula menyerang Solar. Kolar baju adiknya itu dicengkam kasar seraya membangunkan Solar secara paksa. Yang lain pula terkejut dengan tindakan agresif Ice yang jarang dilihat. Gempa mula kalut cuba meleraikan pergaduhan kecil adik-adiknya.
"Memang salah kau pun kan ?! Kalau tak sebab mulut celupar kau, Alya takkan minta putus kawanlah ! Kau, dasar manusia pentingkan diri sendiri !!!" jerit Ice dan mula menumbuk wajah Solar dengan kuat.
Terjatuh dibuatnya Solar apabila terkena tumbukan Ice yang padu itu. Baru saja dia mahu bangun, Ice sudah menindih badannya sambil mencekik lehernya.
"Sebab kau, aku hilang kawan aku !
Sebab kau, aku dah tak ada kawan yang satu kepala dengan aku !
Sebab kau, aku hilang kawan yang selalu faham isi hati aku !
Sebab kau, aku hilang Alya !!!!"Ice semakin agresif. Dia mencekik leher Solar dengan sangat kuat sehingga nafas Solar mula tersekat-sekat. Solar memegang tangan Ice yang mencekik lehernya itu. Meminta untuk dilepaskan semula nyawa datang menjemputnya.
Halilintar segera menarik kuat badan Ice dari terus menindih dan mencekik leher adik bongsunya ke belakang. Dia menolak tubuh Ice dengan kasar.
"Kau dah gila ke ?! Nak bunuh adik sendiri ?!!!" jerit Halilintar sambil matanya terjegil tanda berang dengan tindakan agresif Ice tadi. Kalau dia tak sempat menarik si pengendali ais ni, mungkin Solar dah tiada sekarang.
"DIA BUKAN ADIK AKU ! MEMANG PATUT PUN AKU BUNUH DIA !!!" bentak Ice dan mula ingin menyerang Solar kembali namun terhalang disebabkan Halilintar memeluk tubuhnya dengan kuat. Dia meronta-ronta melepaskan diri sambil meracau dan mendengus tak tentu pasal.
Halilintar yang bersusah payah menenangkan Ice itu tertoleh ke arah Taufan dan Thorn yang tercegat di gerai atok mereka.
"B-bawa Solar balik ! Cepat !" arahnya dan mendapat anggukan dari double T. Solar yang masih terbatuk dan mengatur nafasnya dipapah oleh mereka berdua. Mereka bertiga mula melangkah pulang kerumah meninggalkan yang lain di gerai.
"Ice, berhenti Ice. Sedar diri tu Ice !" pinta Halilintar sambil cuba menenangkan Ice yang masih meronta kuat dipelukannya. Yaya dan Ying menekup mulut tanda takut dan sedih melihat Ice yang seakan-akan dirasuk itu. Gopal jangan cakap. Awal-awal dah menyorok belakang Gempa.
Rontaan Ice semakin lama perlahan dan itu membuatkan Halilintar lega. Pelukan yang longgar dieratkan kembali. Ice merehatkan dagunya di bahu abang sulungnya. Air mata mula bergenang di kelopak matanya. Dia mula menangis sambil menyembamkan mukanya di bahu Halilintar. Dia memeluk badan abangnya dan mencengkam kuat baju milik abangnya.
Halilintar menepuk-nepuk perlahan belakang adiknya. Sebak mula terasa di dadanya apabila merasakan air mata Ice yang laju membasahi bajunya.
"Tenang Ice. Tenang. Kau bukan macam ni. Kau seorang yang tenang. Sukakan kedamaian. Bukan seorang yang agresif. Kalau Alya ada, dia mesti tak suka tengok kau macam ni. Tenang ya ?" pujuk Halilintar lembut. Semakin kuat tangisan Ice sehingga yang lain turut terdengar dan sedih.
"B-betul tu Ice. Janganlah sedih-sedih wahai kembarku. Nanti mata kau makin kuyu." kata Blaze sambil cuba melawak bodoh ke arah mereka berdua. Serta merta dia menerima jelingan tajam oleh yang lain. Dia tersengih dan menyebut perkataan 'sorry' perlahan.
"Kau kena kuat Ice. Aku dengan yang lain kan ada ? Janganlah sedih. Kuatkan diri tau ?" pujuk Halilintar lagi. Cengkaman dari Ice terasa semakin kuat.
"Ma-macam mana...macam mana aku nak kuat Hali ?...s-sedangkan di-diri kau pun...hiks...t-tak...tak kuat..." rintih Ice. Halilintar terdiam mendengar rintihan Ice. Lidahnya menjadi kelu. Pelukannya tadi semakin erat. Air liur ditelan perlahan-lahan. Setitis air mata laju menuruni pipi mulusnya.
"Sebab aku dah janji...aku dah janji dengan dia Ice...aku akan hadap semuanya walaupun sakit."
#TBC
• hooo~~~
YOU ARE READING
Solar [BBB] √
Fanfiction[boboiboyxreader fanfiction] [ Friendship or Love ? ] Jangan disebabkan kau terasa diri kau sudah cukup sempurna, kau selalu salahkan orang lain. Sedangkan semua masalah bermula dari kesilapan kau sendiri. "Maafkan aku, Solar. Kau maafkan aku pun da...