3

434 43 17
                                    

Lariannya semakin laju melarikan diri dari makhluk tersebut. Dia berlari dan terus berlari sehinggalah sampai di satu lorong yang agak sunyi. Terus lariannya berhenti dan mula menyembunyikan diri di dalam lorong tersebut.

Nafasnya naik turun kerana lelah berlari dari dikejar oleh makhluk yang amat mengerikan padanya. Sesekali dia mengintai di balik tempat sembunyi untuk melihat samada makhluk tersebut mengejarnya lagi ataupun tidak.

Kosong.

Nafas lega ditarik buat sekian kalinya. Syukurlah dia selamat dari dikejar makhluk tersebut. Pandangannya dialihkan semula ke hadapan selepas selesai mengintip. Namun, dia terkedu apabila melihat ada sepasang- eh bukan tapi dua- no, tiga pasang kaki (lol my ayat 😂) dihadapannya.

Gulp.

Perlahan-lahan dia mendongak melihat gerangan yang berdiri hadapannya sekarang. Peluh-peluh kecil menitik di dahinya apabila terasa keadaan dirinya tersangat cemas. Akhirnya pandangannya tepat melihat gerangan yang berdiri di hadapannya.


"Arghhh !!!" jeritnya tatkala gerangan tersebut adalah makhluk yang mengejarnya tadi ! .


Dia cuba untuk melarikan diri namun tidak membuahkan hasil apabila dirinya sudah dikepung oleh tiga makhluk tersebut. Dia menggeleng-geleng kepalanya sambil memandang takut pada tiga makhluk  biskut tersebut.


"BUKA MULUT KAU !" arah satu daripada tiga makhluk biskut tersebut sambil mendekatinya. Dia menggeleng laju. Semakin lama semakin dekat langkah makhluk itu.


"TIDAK !!!"



Pandangannya mula gelap tatkala makhluk itu sudahpun dekat pada dirinya.
























"Hmpph ! Hmmph !!"


"17...18..." kiranya sambil ligat tangannya itu menyumbat kepingan biskut kedalam mulut adik bongsunya itu. Semakin meronta-ronta adiknya itu sehinggalah mata adiknya yang terpejam rapat itu terbuka secara mengejut.

"BWERKK UHUK UHUK TUIHH !!!" segala yang berada di dalam mulutnya dihamburkan keluar tatkala tersedar dari mimpi. 'Eh, mimpi ?' getus hatinya. Dia terkebil-kebil melihat sekeliling. Dia berada di biliknya sendiri. Di atas katil. Dia menoleh ke kiri. Terlihat abangnya yang keempat itu sedang memandangnya dengan muka tak bersalah.

Sepeket biskut yang berada di tangan abangnya itu dikerling. Abangnya memandang ke arah yang sama. "Err..."

Darahnya mula meluap-luap tatkala mengenali peket biskut yang berada ditangan abangnya itu.

"HAH ? KAU SUMBAT BISKUT YAYA DALAM MULUT AKU ?!!!" soalnya sambil terjerit di pagi subuh yang sunyi sepi itu.

"Aku nak kejutkan kau je" dengan selamba abangnya menjawab. Namun, jawapan abangnya itu makin membuat dirinya geram. Lantas dia turun dari katil dan terus mengejar abangnya.


"Mari sini kau !" katanya sambil mengejar abangnya yang lurus bendul itu. Thorn berlari tatkala adik bongsunya itu mula mengejarnya. "Adeh ! Jangan Solar !" pintanya apabila adiknya, Solar mengejarnya.

Habis porak peranda bilik tersebut apabila Solar bertindak agresif untuk mengerjakan si Thorn abangnya yang lurus bendul itu. Keriuhan tersebut secara tak sengaja telah mengejutkan si abang sulung yang masih lagi dalam kantuknya.

Pintu bilik Solar dibuka lantas pandangannya dijamu dengan suasana bilik si adik bongsu yang agak berantakkan. Thorn pantas bersembunyi di belakangnya apabila Solar mula bertindak untuk mengeluarkan serangan optikalnya.


"Hoi, apa kecoh-kecoh ni ?" soalnya sambil memandang tajam ke arah Solar. Solar berlari mendekatinya dengan mulutnya yang masih comot akibat sumbatan biskut Yaya oleh Thorn.


"Dia ni Hali. Ada ke patut dia sumbat biskut Yaya dalam mulut aku ?" soalnya sambil mengelap kesan comot di mulutnya. Dia memandang pelik ke arah Solar dan menoleh memandang Thorn yang masih bersembunyi di belakangnya.

"Hali yang suruh aku kejutkan kau tadi" katanya sambil memandang muka abang dan adiknya. Halilintar memandang Thorn sejenak kemudian satu mentol lampu muncul di tepi kepalanya.

"Ouh...haah. Kau kata semalam kau nak tolong aku betulkan mesin basuh yang rosak pagi ni. Kalau tak betulkan nanti bising pula abang kau yang seorang tu." jelasnya pada Solar sekali gus mengutuk adiknya, Gempa.

Macam mana boleh rosak ?


Tanya Blaze.


Solar mengeluh kasar. Cermin mata orennya dibetulkan. "Yelah, tapi tak payahlah sampai sumbat biskut Yaya. Erghh ~" balasnya sambil membuat reaksi geli apabila mengenangkan betapa dasyatnya penangan biskut Yaya.

"Dah tu, aku dah sumbat macam-macam...kau tak bangun jugak" kata Thorn dengan naifnya. Solar tersentak sambil ternganga luas. Telinganya tak salah dengar kan ? Kan ?

"Ma...macam...macam-macam ?!" soalnya sambil mata kanannya mula berkelakuan pelik dan kedua-dua tangannya menggepal penumbuk. (boleh refer bbb s2 eps 5 scene awal pagi ochobot kejutkan bbb)


"APA LAGI YANG KAU SUMBAT DALAM MULUT AKU HAH ?!!!"

Sekali lagi, Solar mula mengejar Thorn yang bersembunyi di belakang Halilintar. Thorn segera berlari mengelilingi Halilintar dan seterusnya ke dalam bilik Solar. Kerusi dan buku-buku tebal milik Solar mula jatuh akibat dilanggar oleh Thorn dan dirinya.

"Eh eh tak ada apa ! Cuma nasi goreng semalam dengan stokin Blaze je !" jawab Thorn.

"APA ?!!!" kini, suara Solar sudah tidak dapat dikawal. Habis bising satu rumah disebabkan suaranya terpekik memarahi Thorn yang buat dia naik angin pada pagi yang indah ni.

Halilintar mengeluh sambil membuat muka toya. Macam nilah suasananya kalau Thorn yang kejutkan Solar. Rapat tapi selalu gaduh. Dasar duo photosynthesis.

"Dah habis kau orang bergaduh, turun bawah tolong aku dengan Gempa." ucapnya seraya keluar dari bilik Solar dan menutup pintu bilik adik bongsunya itu.

"EIII , MARI SINI KAU THORN !!!!!!"


"HUWARGH !!!!!"

















#TBC

• hehe hai semua. sorry for short update 😂  zen punya idea setakat ni saja 😂 dan sorry kalau ianya agak hambar. happy reading chualls !!!

Solar [BBB] √Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang