[boboiboyxreader fanfiction]
[ Friendship or Love ? ]
Jangan disebabkan kau terasa diri kau sudah cukup sempurna, kau selalu salahkan orang lain. Sedangkan semua masalah bermula dari kesilapan kau sendiri.
"Maafkan aku, Solar. Kau maafkan aku pun da...
Sebaik sahaja pulang dari kedai buku, Thorn dan Solar masuk ke dalam rumah mereka berdua. Solar segera naik ke atas untuk ke biliknya manakala Thorn hanya memandangnya kemudian mengeluh kesal.
Agaknya kalau dia tak cepat tarik tangan Solar tadi kemungkinan kedai buku tu dah hancur sebab bergaduh dengan kawan baiknya itu. Dia pun tak faham kenapa Solar marah sangat dengan si Alya tu.
"Senyap je. Mana geng aku hah?" soalnya sendirian sambil memerhati segenap ruang tamu rumah mereka itu. Kebiasaanya gengnya iaitu Trio Trouble Maker, ada je buat riuh dekat rumah. Tapi harini senyap gila. Seolah-olah tiada siapa di rumah. Seingatnya, sebelum dia dan Solar pergi ke kedai buku, gengnya dan juga Ice ada di rumah.
"Kedai Tok Aba kot..." agaknya kemudian melabuhkan punggung di sofa. Buku-buku yang dibelinya tadi dikeluarkan dari beg plastik. Dia tersenyum lebar sambil membelek-belek buku tersebut. Segera dia menyelak secara sepintas lalu. Dia malas nak baca betul-betul sekarang. Yang dia tahu dia nak tengok gambar pokok-pokok dengan bunga saja.
#pleaseprotectThorn #Thornsangatcumil
"Assalamualaikum !" suara seseorang memberi salam menerpa masuk ke pendengaran telinga Thorn. Dia menoleh ke pintu utama rumahnya yang dibuka seseorang. Terlihat si abang ketiga sedang tergesa-gesa melepaskan kasutnya.
"Waalaikumussalam. Kau Gem?" soalnya sambil memandang Gempa yang di berada di belakangnya. Dia menyembamkan sedikit mukanya di bantal sofa sambil mata hijau besarnya memerhati Gempa yang berlari masuk ke ruang dapur.
"...tak tahan nak terkencing ke tu ?" soalnya sendiri. Posisinya masih kekal dengan muka yang disembamkan di bantal sofa sambil badannya di hadap ke belakang. Menunggu Gempa keluar dari tandas.
Seminit kemudian, Gempa keluar dari tandas dengan wajah yang lega. Thorn mula menyepetkan matanya.
"Huahh lega cuk !" ucap Gempa seraya membetulkan tali pinggangnya. Kaget dibuatnya bila saja dia toleh ke tepi, Thorn tengah pandang dia macam nak minta sesuatu.
"Erk T-Thorn ? Bila kau balik ?" soal Gempa sambil mendekati adiknya itu. Mata Thorn yang sepet tadi mula menjadi bulat semula dan terkebil-kebil melihat abangnya. "Kau kencing erk tadi ?" soal Thorn. Gempa terkedu dan mula terjatuh gaya anime.
"Aduih Thorn. Aku tanya benda lain, benda lain pula kau tanya aku..." keluh Gempa yang masih terbaring itu. Thorn tersengih. Gempa mula bangkit dan membetulkan sedikit bajunya. "Solar mana ?" tanya Gempa.
"Kat bilik." jawab Thorn sepatah. Gempa mengangguk. "Eh, aku nak pergi balik kat kedai Tok Aba ni. Nanti kalau kau lapar kau datang je eh? Aku tak masak harini. Ha geng kau pun ada kat situ." kata Gempa tanpa disuruh oleh Thorn. Dia terus melangkah keluar dan menutup pintu rumah semula meninggalkan Thorn yang masih terpinga-pinga di atas sofa.
Posisinya kini diubah. Badannya dihadap ke hadapan bertentangan televisyen. Buku tadi diambil dan dibelek semula. Baru sekejap dia membelek, sekali lagi pintu rumah terbuka.
"Thorn, berapa kali nak kena cakap ? Kunci pintu !" bebel Gempa yang kepalanya terjengah sedikit di dalam rumah. Thorn mengeluh dan berdecit geram. 'Mula dah' getus hatinya. Dia melangkah mendekati pintu rumah yang masih ada Gempa di situ. Dia memegang tombol pintu tanda sedia untuk menutup pintu. Gempa yang berada di hadapannya dipandang malas.
"Bahaya tau tak ? Kau tu dah lah senang kena tipu. Kalau apa-apa jadi macam mana ?" bebelan Gempa disambung. Thorn hanya mengangguk malas. Mukanya jangan cakap, dah macam ni ▼
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Solar pun satu, dah tau abangnya lurus bendul dibiarnya sorang-sorang kat bawah. Kalau apa-apa jadi aku yang kena marah dengan Hali. Ha si monyet tu pun satu hal. Tau nak tetak orang je kerja bla bla bla bla bla bla bla bla bla" bebelan Gempa masih tak berhenti apabila dia mula pergi semula ke kedai Tok Aba.
"Setahu aku Boboiboy asli tak ada lagi personaliti kuat membebel..." keluh Thorn kemudian terus menutup pintu tersebut dengan kuat. Tak lupa juga dikuncinya. Tak kunci kang, tak memasal kena pasang telinga dengar Gempa bebel kat dia lagi.
#TBC
• tolong~ otakkukekeringan idea~ mampu short update (╥﹏╥) as i say, kita chill dulu before going to serious okay ?
• oh ya, zen nakminta maaf ya klau para readers agkpeningkepaladgnciterni. zen selalu writing story dgn information ygtak details. and kdg2selaluterlepaspandang. haih apa boleh buat? zen hanyamanusiabiasa. klauadakekeliruanataukesilapan, bagitau zen ya ? zen betul2 minta maaf.