Chapter 3

3K 438 75
                                    


*************

Hampir sejam sudah sesi 'pembelajaran peribadi' yang diberikan oleh Kim Taehyung. Jiran depan rumah yang menyebalkan.

"Nak muntah lah study lama lama. Harini stop dekat sini. Esok esok sambung lagi."

Mahu taknya, setiap kali salah tulis aku kena ketuk dengan pensil kayu dia. Tak ada tolak ansur langsung. Tegas kemain lagi. Aku rasa kalau dia jadi cikgu, anak murid dia mesti prepare plaster sebelum masuk kelas.

"Oh ya kenapa awak tiba tiba nak tolong saya? Bukan awak tak nak ke semalam? Hah hah hah?"

"Aigoo, Taehyung-ah. Terima kasih sangat sebab sudi tolong si Yunjae ni. Ahjumma tak tahulah nak cakap apa lagi nak betulkan dia ni. Kamu tolonglah ya dia." makcik yang bergelar mak aku tu muncul dengan sedulang air.

Air tu secawan je pulak tu, untuk Taehyung. TAK ADIL. Ni kes sayang anak orang lebih.

Taehyung mengukir senyuman gedik, "Eung arraseo ahjumma."

Emak aku menyentuh kepala Taehyung manja sebelum berjalan pergi dengan jelingan maut ke arah aku. Tsktsk.

"Dah terjawabkan soalan kau?"

"Hmm." aku mengumam.

"Nota." lelaki tu menolak sebuah buku yang agak tebal ke arah aku. Ada warna warni sticky notes yang melekat pada helaian buku tersebut. Bola mata aku mula bersinar sinar.

"Daebak. Gomawo Kim Tae! Hehe."

"Yuran hari ni bernilai set daging panggang, dengan cola."

"BWO? Yah michyeosseo?!" aku menampar bahunya kuat. "Saya mana ada duit nak belanja awak. Free je lah. Ni ha set kaki panggang ada lah. Nak rasa?"

Taehyung mengemas barangnya, "Molla. Kalau kau rela Bibo kena panggang. No problem."

"Arraseo arraseo. Nanti saya belanja set daging panggang dengan cola. Jangan lah ugut libatkan nyawa Bibo."

Lelaki itu tidak membalas, dia hanya menyerongkan bibirnya sebelum bangun dari duduk kemudian melangkah keluar dari rumah sebelum sempat berlambaian mesra dengan emak aku.

Dasar Kim Ketaem.

***************

Suasana sunyi kelam, cuma ada dua orang anak beranak sahaja di dalam pejabat yang mewah itu. Kedua duanya berwajah ketat.

"Nak tak nak kamu kena masuk kelab menari tu dan join mereka pergi pertandingan Seongneung. Ini peluang terbaik untuk kamu masuk Stanford. Keputusan kamu dah lah teruk. Asyik nombor tiga." kata wanita itu.

Gadis bernama Hyora itu cuma mendiamkan diri tanpa suara.

"Walau apa pun terjadi, kamu kena jadi center. Serlahkan diri kamu sebab masa pertandingan tu, pengetua beritahu eomma yang presiden akan datang."

"Tapi Hyora bukannya reti menari. Selama ni Hyora hadap buku je. Tak mungkin dorang akan kasi Hyora jadi center."

Wanita itu tersenyum senget, "Kamu jangan risau sayang. Kamu cuma perlu jaga budak bernama Do Yun Jae. Dia leader Dream Club. Arraseo?"

Hyora hanya mampu menganggukkan kepalanya sebab dia memang tak ada jalan lain selain puaskan hati mak dia.

"Arraseo eomma."

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now