**********
Taehyung teragak agak mahu menekan butang loceng rumah Yunjae. Dah hampir sepuluh minit dia berdiri tegak dekat depan tu tanpa buat apa apa sebab fikiran dia penuh dengan banyak hal.
Pintu dikuak, lelaki itu tersentak lalu mengundur dua langkah.
"Eoh Taehyung-ah, waegurae?"
Dia menunduk separa, "Annyeong ahjumma, Yunjae ada?"
"Ayy itulah dia dekat bilik tu ha! Demam dah! Malam tadi tu ler berhujan, nasib baik kamu bawak payung tu. Kalau tak entah bila nak kebahnya demam dia." omel wanita itu.
"Ha, masuklah. Ahjumma nak keluar ni beli barang dapur."
"N..nae."
Satu per satu langkah diatur masuk ke dalam rumah. Pintu bilik Yunjae yang berada di sisi kanan itu diketuk perlahan, risau menganggu. Disebabkan tiada sahutan Taehyung memulas tombol pintu tersebut lalu menjengah kepalanya.
Yunjae yang tersedar bunyi pintu memaksa kelopak mata untuk celik. Namun pantas dia pejam semula apabila wajah Taehyung memenuhi ruang mata.
"Yah, kau dah bangun kan." kata lelaki dingin itu kemudian melabuhkan punggung di bahu katil. Dia menekap dahi Yunjae dengan tapak tangan hangatnya.
"Saya okay je. Awak baliklah. Boleh tak kita berjauhan untuk seminggu? Ataupun.. beberapa hari?"
"Wae? Kau malu sebab aku nampak kau kena reject?"
"Ahhh! Tak nak dengar tak nak dengar. Pergilah, saya tak sanggup nak bersemuka dengan awak." halaunya lagi seraya menyelubungi dirinya ke dalam comforter.
Taehyung menghela keluhan, "Aku tak kisah pun."
"Tipu. Mesti awak nak ejek saya kan? Geunyang gojo. Saya perlukan ruang untuk bersendiri, hati saya ni terburai tahu tak?"
"Michin."
Yunjae tiba tiba mengeluarkan kepalanya, "Yah. Kim Tae."
"Bwo?"
"Mianhae."
Mata Taehyung terkebil dungu, "Wae?"
"Saya tak tahu pun apa awak rasa selama ni sebab daripada crush saya sendiri. Saya tak dengar pun cakap awak bila awak suruh saya jauhkan diri dari dia. Sebab saya tak faham apa apa. Tapi bila Jimin sendiri yang cakap macam tu, baru saya sedar.."
"Aiguu, sebab kau dah mabuk cinta sangat dengan dia." Taehyung menunjal dahi gadis degil itu.
"Geundae, macam mana awak tahu yang Jimin pelaku sebelum ni? Kenapa awak tak pernah bagitahu saya? Kan senang kalau awak cakap terus dengan saya?"
Lelaki itu menjungkit bahunya, "Geunyang. Aku teka. Lagipun tiba tiba dia nak rapat dengan budak hingus macam kau, tak pelik?"
Yunjae menampar bahu Taehyung berkali kali, "YAH! Siapa budak hingus?!"