S2 | Chapter 9

2.1K 416 229
                                    

************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

************

Joo menggapai beg tangannya dengan wajah mencemuh jengkel ke arah Yunjae, dia berlari anak mendapatkan bayang Taehyung. Manakala Yunjae dan Jimin cuma mampu bertukar pandangan, gadis itu menolak untuk jumpa Taehyung sekarang memandangkan situasi tak mengizinkan. Apa yang dia harap, dia dapat jelaskan dekat Taehyung semua salah faham ni. Yunjae percaya yang mesti lelaki dingin tu tengah emosi.

"Taehyung-ssi!"

Lelaki itu memalingkan tubuhnya ke belakang dengan mata yang terpejam, "Mian. Kita makan malam next time."

"Awak ada hubungan dengan Yunjae ke? Saya dapat rasa yang korang berdua memang ada hubungan lain. Tapi saya tak tahu apa yang terjadi tadi, mungkin benda tu menyebabkan awak sedih sekarang." Joo cuba memujuknya.

"Tak penting. Nak hantar balik?"

"Taehyung-ah.. sebenarnya saya ajak awak dinner malam ni sebab saya dah kumpul semua keberanian saya and saya dah decide nak cakap malam ni."

Taehyung menghela keluhan ringan, sekarang perasaan dia tengah tak keruan tapi dia tak sampai hati nak buat pekerja dia kena tempias.

Jadi dia cuba untuk bertenang.

"Kita cakap lain kali?"

"Tak. Saya nak cakap sekarang."

"Apa?"

Joo rasa ini peluang terbaik untuk rebut hati lelaki tu, jadi dia buat keputusan untuk luahkan perasaan dia. "Since saya masuk SSB, saya belum pernah jumpa orang atasan saya yang baik macam awak. Walaupun tegas tapi awak tak pernah tengking orang sesuka hati. Awak selalu ambik berat dalam diam, and awak memang prihatin."

"Sebelum ni setiap kali saya bekerja, orang atasan saya layan saya macam kuli. Tapi awak tak pernah, Taehyung-ah. Awak lain. Kelainan awak buat hati saya tersentuh."

Taehyung masih setia mendengar dengan lagak tenangnya.

"Saya tak pernah bertahan lama bila bekerja, tapi saya bertahan lama bila dengan awak. Saat tu saya sedar saya takut sangat hilang awak."

"Kau kena takut hilang aku." suara husky itu memintas, membuatkan percakapan gadis itu terbantut serta merta.

"Aku bukan orang yang macam kau bayang."

"T..Tapi.."

"Dengar. Kau tak kenal aku. Aku bukan lelaki macam tu, aku teruk. Aku boleh menghilang bila bila masa je aku nak."

Mata Joo mula berkaca, sebak. Gadis itu lambat lambat merapatinya lalu memaut lengan Taehyung.

"Saya tak kisah. Saya tetap akan tunggu and terima awak. Please, awak je yang saya percaya. Saya tahu awak lelaki yang baik. Walaupun tak ada orang sedar, tapi saya tahu tu."

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now