*************Hampir sejam latihan. Tiba tiba Hyora tumbang, dia kepenatan. Mungkin sebab selama ni dalam kelab dia cuma melukis, duduk bawah aircond, dan memiliki suasana sunyi.
"Hyora. Kalau kamu asyik tumbang macam ni. Saya cadangkan Yunjae yang jadi center. Saya pun tak tahu kenapa kamu semua pilih dia untuk jadi center." kata Fei saem, guru tarian kami. Dia cuma pantau sekali sekala.
Aku dengan yang lain cuma diam membisukan diri. Maklumlah bukan kitaorang yang pilih dia jadi center.
"G..Gwaenchana. Saya yakin Hyora boleh buat yang lebih baik, saem.." aku membela.
Fei saem mengikat hoodie pada pinggangnya seraya mengemas barang, "Saya cuma tak nak kamu semua gagal dalam Seungneung. Pertandingan ni bukan budak hingusan yang join. Kalau rasa nak kalah, teruskan apa yang kamu buat sekarang. Khanda~"
Cepat cepat kami menunduk hormat apabila wanita feminin itu melangkah keluar dari bilik latihan.
Sowon menghela keluhan, "Aku pun ada salah step sikit tadi. Fei saem perli teruk teruk tu."
"Aku tak rasa dia perli. Dia memang cakap benda yang betul. Tak berlapik. So apa plan uri leader?" Min Jung menyiku lengan aku.
Hyora bangun seraya menggapai begnya.
"Yah Lee Hyora. Kau nak pergi mana?" laung Min Jung.
"Balik. I penat."
Aku dan Sowon tahan lengan Min Jung yang macam nak pergi bergaduh dengan Hyora sebaik sahaja gadis angkuh itu menapak keluar tanpa berbincang.
"Ayy aku geram betul lah dengan dia. Aku nak je cakap dia menari teruk. Kang haa menangis." kata Min Jung melepaskan amarah.
"Lek lek. Aku sebenarnya tertanya tanya apa kejadah dia nak dalam Dream Club? Dia nak rosakkan peluang kita ke macam mana?" sambung Sowon.
Entahlah. Tak tahu nak cakap macam mana. Memang lah pelik si Hyora tu tiba tiba nak masuk kelab ni. Tapi mungkin dia pun nak belajar cuba benda baru.
Kita tak boleh nak salahkan dia.
"Gwaenchana. Nanti lama lama dia okay lah tu. Dah jom sambung practise."
**************
Lelaki itu teragak agak ingin mengetuk pintu bilik anaknya yang seharian tidak keluar sejak mereka pulang dari sekolah siang tadi. Dia cuma risau lelaki tu kelaparan.
"Taehyung-ah."
Masuk kali ketiga tanpa jawapan, Kim memulas tombol pintu bilik tersebut. Terlihat Taehyung sedang membaca buku di atas katilnya namun dengan telinga yang tersumbat earphone.
Taehyung menanggalkan sebelah earphone miliknya, "Bwo?"
"Kamu tak nak makan?"
"Shireo."
Lelaki separa abad itu menapak masuk lebih dalam, menghampiri anaknya.
"Kamu masih marahkan appa pasal hal dekat sekolah tadi? Appa tak boleh nak buat apa apa memandangkan kamu tak ada alibi yang kukuh untuk tolak hukuman tu."