S3 | Chapter 6

1.6K 344 135
                                    


♡ : mian, late update sebab esaimen bertimbun. btw s3 tak banyak pun tinggal lagi beberapa chapter kita akan jumpa epilog okeh!

************

Tak putus asa. Yunhee turut pulang tapi kembali ke Busan bersama bagasi yang besar. Tujuan hanya untuk memujuk Jungkook lagi, dia serba salah kalau biar lelaki tu dalam kepompong yang sebegitu rupa. Dia tak boleh nak maafkan diri dia atas apa yang terjadi dekat Jungkook, lagipun beberapa orang BST member turut menelefon Yunhee supaya memujuk Jungkook kembali bekerja disebabkan sekarang syarikat merundum jatuh.

Berkali kali dia kena halau dengan Jungkook supaya tak mengganggu hidup dia. Tapi Yunhee makin sengaja mendekat.

Pada waktu petang, Yunhee mengekori lelaki tu dari belakang dalam diam. Keningnya berkerut sesaat mereka berdua tiba di sekolah. Tempat yang paling banyak menyimpan kenangan bersama. Perlahan lahan Yunhee berhenti seraya mendongak melihat bangunan itu, mata hampir berkaca.

Bila dia sedar, bayang Jungkook dah hilang.

"Aish!"

Cepat cepat dia masuk semula ke perkarangan sekolah yang kosong tiada pelajar. Maklum lah waktu dah nak gelap ni sekolah dah sunyi.

Yunhee mengukir senyuman kecil sesaat dia melalui setiap lorong koridor kelas, dia memasuki kelasnya dengan Jungkook dulu kala. Meja mereka bersebelahan dan susunan masih sama tidak berubah.

Permukaan meja disentuh lembut.

"Bogosipeo."

BAM!

*************

Jimin menghela keluhan ringan, mahu taknya baru lepas habis kerja Jiheon paksa dia untuk ikut pergi lepak minum minum dekat satu bar yang baru buka berdekatan hospital Jeosa. Katanya lelaki tu akan merajuk kalau Jimin tak ikut, padahal kalau Jimin dekat situ bukannya dorang ada benda nak berbual pun. Tangan menongkat kepala, Jimin cuma bermain dengan telefon pintarnya tidak terganggu.

Tiba tiba pinggang lelaki itu dicuit oleh Jiheon yang muka dah cemberut habis.

Kening berkerut kerut memerhati seseorang.

"Yah Jimin. Itu bukan girlfriend baru kau ke? Buas eh.. merokok, lepak dengan lelaki ramai ramai. Kau tak jaga ke?" ujar Jiheon seraya jarinya menunding ke arah sekumpulan remaja yang duduk tidak jauh antara mereka. Sedang bergelak tawa.

Jimin mengecilkan bola matanya, betul memang ada Luna. Laju lelaki tu bangkit dari duduk lalu menerpa sekumpulan remaja tersebut, pergelangan tangannya dinaik tinggi sehingga paras pinggang. Menarik perhatian semua orang untuk melihat ke arahnya.

"Ish lepaslah." Luna membentak tetapi Jimin enggan lepas. Puntung rokok yang diselit antara jari jemari itu Jimin ragut lalu lempar jauh.

"Kau kenapa?" nada suara Luna semakin meninggi.

Salah seorang budak lelaki bernama Jaehyun terus meraih tangan Luna di arah yang bertentangan.

"Woo, kau kenapa bro? Ada masalah?"

"Aku nak cakap dengan kau." mata Jimin hanya fokus pada Luna dengan riak wajah yang serius.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now