Chapter 10

2.4K 407 51
                                    

**********

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

**********

Malu. Satu perasaan yang boleh jelaskan situasi aku sekarang. Dah lah aku ternangis masa halang Taehyung bergaduh tadi. Ya ampun aku cuma tak suka tengok Taehyung gaduh tapi ter-over pulak nyah.

Deruan tapak kaki semakin mendekat membuatkan pipi aku terasa membahang semula. Dah lah lelaki beku ni peluk aku depan orang ramai tadi. Yaish!

"Nah." hulurnya sekotak susu coklat seraya melabuhkan punggung di sebelah.

"E-eoh. Gomawo."

Taehyung turut membuka kotak susu miliknya lalu meneguk tanpa memandang. Kami berdua seperti biasa, berada di rooftop. Tempat lepak paling tenang setakat ni.

"Deo gwaenchana?"

"Nae? Eoh. Geureomyo. Gwaenchana. Bukan saya yang bergaduh pun..."

Bibirnya dikesip, "Kalau bukan kau yang bergaduh kau tak patut pun menangis. Guraechi? Tapi kenapa kau yang macam orang sakit sangat tadi?"

"A..Awak ingat saya nangis sebab awak ke? S..Saya cuma tak nak ada orang luka je. Ni lah lelaki, salah faham sikit settle pakai tangan. Benda boleh bincang elok elok kan?"

Taehyung menjeling, "Dorang yang mula pakai tangan, kenapa nak kena balas pakai mulut?"

"Hmm. Tapi tetap, dekat dalam sekolah. Kalau bergaduh boleh jadi kesalahan. Awak nak kena gantung lagi ke?"

"Wae? Kau sunyi tak ada aku? Huh?" suara Taehyung sedikit sinis di hujung ayat, sengaja mengusik.

"Cih. Saya cuma tak nak ahjussi Kim risau je."

"Geumanhae."

Ayat Taehyung mengunci bibir aku dari terus bersuara pasal ayah dia. Aku tahu, setiap kali aku sebut nama lelaki tu mesti angin Taehyung berubah. Baik baik dingin boleh jadi api sekelip mata.

"Wahhh, neomu cheotta. (sangat menyenangkan.)" mata aku pejam rapat seraya mendongak.

Angin yang menyapa membuatkan aku terbawa bawa. Rambut beralun mengikut rentaknya. Nyaman.

"Geuji, cheotta." sambung Taehyung yang turut menikmati deruan angin.

Aku memandangnya yang masih terpejam kelopak mata. Sebenarnya, aku tak nak dia luka. Dia dah cukup terluka selama ni. Walaupun dia keras kepala, menyakitkan hati, hati dingin macam ais. Tapi tak ada siapa tahu isi dalaman dia macam mana.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now