kalau free check la ff baru chantut atibeh*********
"Antara aku.. dengan Jimin.. kau akan pilih siapa?"
Mata aku tidak berkedip, "Tak faham? Apa maksud awak?"
Taehyung tersentak, dia menggaru belakang tengkuknya kemudian menggeleng perlahan. Sempat bawah bibirnya digigit sedikit mungkin dek kerana terlepas soalan. Lagipun aku tak tahu apa yang dia maksudkan. Kenapa aku kena pilih antara dia dengan Jimin? Melalui faktor apa? Kalau ketampanan mungkin kena buat eksperimen dulu, kalau melalui faktor kebaikan, Jimin menang. Hoho.
"Ani.. lupakan." dia terus menuju ke arah pintu rumahnya, namun dia berpaling sekali lagi memandang Yunjae yang masih setia melihatnya,
"Skrip kau."
"Kenapa?"
"Aku terima." cepat cepat Taehyung masuk ke dalam rumah lepas cakap macam tu.
"JINJJA?! YAH KIM TAE.. HYUNG! Yah! Gomawo SARANGHAE!" aku menerkup mulut. Tertanya tanya apa yang aku sebut tadi agak melampau atau tidak, "Arr geunyang gomawo! Omg saya happy gila arghhhh!!"
Terlompat lompat macam kera dapat bunga. Dah kalau roboh apartment ni mohon tanam aku dulu.
Apa pun aku tak henti tersengih sebab akhirnya aku berjaya ragut hati dia untuk terima skrip aku. Tak tahulah berjaya ragut hati atau dia memang baik hati.
Okay aku akan ubah keputusan buat masa sekarang.
Aku pilih, Kim Taehyung.
*************
Pekerja pekerja SSB sibuk bersembang antara satu sama lain di dalam bilik mesyuarat sebelum ketibaan si pengarah mereka yang 'tegas' iaitu Kim Taehyung. Spontan bibir dikunci apabila bayangnya kelihatan bersama seorang gadis yang tidak pernah dilihat. Gadis itu sudah tentu Yunjae jagga-nim (writer). Hari ini dia akan briefing berkaitan skrip yang dia telah berjaya hasilkan dan telah dapat persetujuan.
Joo mengerutkan dahinya, macam kenal. Perempuan yang datang untuk jumpa Taehyung beberapa minggu lepas. Ingatannya masih kuat.
"Anyeonghaseyo, Do Yun Jae imnida. Gembira dapat berjumpa, jadi saya merupakan penulis untuk drama yang akan menyusul iaitu The Starry Sky." Yunjae yang berdebar debar akhirnya membuka bicara.
Mereka menepuk tangan memberi sokongan kecuali Joo yang masih setia duduk di sebelah Taehyung. Tak tahu kenapa tangan dia berat.
"Wah, The Starry Sky. Mesti akan hit ni!" kata salah seorang pekerja bernama Hyuri dan dipersetujui yang lain.
"Hehe. We will make it real! Okay tibeh excited. So cerita ni berkaitan tentang dua insan yang sering bergaduh tapi mereka terpaksa menjauh. Hati kata iya bibir kata tidak. Kenapa saya pilih tajuk The Starry Sky sebab mereka berdua sering luangkan masa di bawah malam yang berbintang. Suasananya akan jadi sangat soft dan tenang." terang Yunjae.