Chapter 16

2.2K 403 91
                                    

**********

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

**********

"Aku nak tahu jawapan kau malam tadi."

Terhenti sejenak nafas aku jadinya bila Taehyung tiba tiba kata macam tu. Gelabah otak fikir nak jawab apa sebab sekarang aku sendiri tengah keliru apa yang aku cub buat dan apa yang aku rasa.

Tak mungkin aku suka Taehyung.

Aku kawan dengan dia sejak dari kecik, macam mana aku boleh nak jatuh cinta dengan dia pulak? Lagipun ni sebahagian dari mission untuk selamatkan dia je.

Tapi, lain pulak jadi bila aku sendiri terjebak dengan mission tu.

Aish nak jawab apa ni.

Bila fikir balik, aku rasa aku kena stop buat benda ni. Kalau Kim Tae tahu mesti dia anggap aku teruk gila. Mission ni tak patut langsung sebab membabitkan hati.

"S..Sebenarnya.."

"ARGH!"

Kami mendongak ke hadapan tegak, suara nyaring Hyora kedengaran. Ini kali kedua Hyora selamatkan aku dengan suara dia. Taehyung terus lajukan langkah menghampiri mereka berdua.

"Yah wae?"

Jimin tertawa halus, "Serangga."

"You gelakkan I ke? I takut lah binatang binatang ni! Ugh! Tak suka!" ujar Hyora seraya menggelibas sendirian. Biasalah tu dalam hutan memang banyak serangga.

Lelaki manis itu tiba tiba melepaskan hoodie biru gelap miliknya dan cuma meninggalkan tshirt camping Maple di dalam. Hoodie itu dia sarung pada bahu Hyora. Tak tahu nak jelaskan macam mana tapi cair betul tengok perangai si Jimin ni.

Teragak agak gadis itu menerima lalu meneruskan perjalanannya. Mungkin dia segan. Sekali lagi Jimin tertawa seraya menyeluk tangannya ke dalam poket seluar.

Aku menoleh ke sisi, cuma sejengkal jaraknya dengan wajah Taehyung. Serba salah sebab tak dapat bagitahu perkara sebenar. Rasanya aku kena curi peluang lain untuk bincang pasal hal ni. Aku nak kena tanya dia betul ke apa yang aku sangka. Aku nak sangkaan aku tu salah.

Tak nak apa yang aku kira selamani memang betul yang dia dengan Jimin ada hubungan lain.

"Dah puas ke tenung?" suara garau bersama nada mendatar itu menyentakkan lamunan panjang aku.

Cepat cepat aku pandang lain.

"M..Mana ada."

************

Selang beberapa hari selepas camping di Damyang. Mereka memulakan setiap hari seperti biasa. Di sebalik senyum tawa, ada juga yang sedang berjuang dalam tangis. Mungkin tidak terlihat, namun dapat dirasa.

Hyora berjalan memasuki kelas untuk mengambil barang, waktu belajar sudah pun tamat lebih kurang dua jam lepas. Tetapi lelaki bernama Jimin masih tekun sendirian di dalam kelas.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now