Chapter 5

2.5K 406 35
                                    


*************

Takut. Sekarang ni Taehyung akan masuk pejabat untuk tindakan disiplin. Ada pengetua, Eunhyuk saem, dengan beberapa pegawai pendidikan.

"Huwa Kim Tae awak tegakkan benda yang betul, arraseo? Jangan cakap benda yang awak tak buat!"

Taehyung menahan kepala aku, "Geokjongma. (Jangan risau.)"

Dia langsung masuk membuatkan jantung aku berdebar debar. Tak tahu apa nasib lelaki tu nanti. Sebab dengar cerita Ji Sung masih dirawat lagi dekat hospital.

Haih, dia tu bukan boleh percaya. Aku risau kalau dia cakap benda yang tak terjadi.

Satu sekolah dah bercakap pasal benda ni. Semua orang tak percaya Taehyung pukul orang, lepas tu mulalah membawang benda tak betul. Geram je aku.

"Budak nombor satu, tapi psiko. Tak pelik pun, tengok dah tahu dia tu something wrong."

"Kan! Handsome dah ada. Tapi kalau boleh bunuh orang, baik tak payah!"

"YAH! Jaga sikit eh mulut korang. Jangan cakap pasal Kim Tae kalau korang tak kenal dia!" tengking aku kepada dua orang perempuan yang sibuk kupas bawang.

Seorang bercekak pinggang dan seorang lagi berpeluk tubuh dengan riak angkuh.

"Yah Yunjae, kau fikir kau kawan dengan dia dari kecik kau kenal dia sepenuhnya ke? Lebih baik kau hati hati, nanti kang kau mangsa seterusnya!"

Peh naik berasap telinga aku dengar dia cakap macam tu.

"Yah! Cakap je lah korang jealous tak ada budak handsome nak kawan rapat dengan korang kan? Tak payah sibuk jaga urusan orang, pergi fikir macam mana nak dapat nombor satu lagi bagus!"

Kepala menoleh ke sisi, ternyata ahli Dream Club kesayangan muncul untuk tolong aku. Uhuk! Nak nanes!

"Entah, tengok muka pun dah tahu tak layak dapat nombor satu. Ada hati nak cakap pasal orang. Debik karang!" sambung Min Jung seraya mengangkat tangannya. Dia ni memang kasar sikit.

Selepas dah makan ayat pedas, cepat cepat dua orang perempuan tu berlalu pergi sambil berbisik bisik sesama sendiri.

Sowon memeluk bahu aku, "Yah gwaenchana?"

"Hmm, ani. Saya still risau dengan Kim Tae. Apa apa pun gomawo yeudeura. Saranghae!"

Min Jung mengetuk dahi aku, "Apa yang terjadi sebenarnya? Aku dah dengar jugak pasal benda ni."

"Molla. Saya tak ada dekat tempat tu. Jadi saya tak tahu apa yang terjadi. Hmm, saya percaya Kim Tae tak salah."

"Gurae, aku pun rasa Kim Tae tak salah. Jangan risaulah." sambung Sowon meredakan sedikit hati aku.

************

Sebenarnya aku tunggu Taehyung, tapi dia belum keluar lagi. Ke hulur ke hilir aku depan pejabat tu, terjengah jengah nak curi tengok. Tapi tak nampak apa apa.

"Eoh Jeong ahjussi! Meh saya tolong bawakkan."

"Aigoo, kamu ni Yunjae. Susah susah je."

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now