Chapter 24

2.1K 435 218
                                    


***********

Gosip liar semakin menular, kisah cinta Kim Taehyung si pelajar cemerlang Maple bersama Asumi Kei si gadis baru popular itu hanyalah palsu semata mata. Di rumah lelaki itu sekarang suasana amat kelam. Wajahnya bengis ketat langsung tiada segaris senyuman. Hati memberontak ingin marah namun masih kekal mendiam. Mungkin lelaki tu ambil salah langkah tapi dia tak pernah salahkan diri dia untuk pilih langkah tu.

"Apa pun, kau kalah." kata Asumi kepada Taehyung yang sedang duduk di kerusi meja makan. Gadis itu berpeluk tubuh seraya memandangnya tidak berkedip.

"Aku langsung tak sudi terima mak kau dan kau masuk dalam keluarga aku." ujar lelaki itu tegak tanpa kiasan.

"I don't care. Disebabkan kesalahan kau juga, sekarang ramai yang aim aku. Apa pun sekarang kau dikira kalah dan aku akan tetap dengan perjanjian kita." kata Asumi.

Taehyung berdecit, "Macam lah aku tak tahu ni pun sebahagian dari rancangan kau."

"Dan kau tak patut tergoda dengan rancangan aku." sambung gadis itu dengan sengihan sinis di hujung ayatnya. Ya memang betul dia lah dalang yang mengambil gambar Taehyung sesaat dia leka dan memulakan operasinya untuk mengagalkan lelaki itu.

Jari jemarinya menggeletar, Taehyung cuba untuk kawal emosinya yang menggunung tinggi. Disebabkan dia berhadapan dengan perempuan, dia tak boleh nak lepaskan segala yang terpendam dalam hati walaupun dia nak.

"Kau sepatutnya pilih aku, bukan Yunjae." kata Asumi lagi.

Taehyung bingkas bangun dari duduknya, hoodie yang tergantung pada bahu kerusi dia gapai kasar. Rasanya dia patut keluar dari rumah tu untuk elakkan scene pergaduhan yang lebih teruk akan berlaku.

Namun sebelum mengorak langkah keluar sempat dia menutur bicara terakhir kepada gadis itu.

"Aku lebih pilih perempuan yang aku sayang because you're nothing."

**********

Yunjae memeluk kedua belah lutut, dagunya dijatuhkan sendu. Menanti kehadiran lelaki itu untuk dengar segala penjelasan yang selama ini menjadi tanda tanya. Pemandangan di atas bukit menjadi tempat untuk mereka bersemuka. Tidak lupa langit dan bintang yang berkelipan menjadi saksi.

Taehyung menghentikan langkah sejenak, gayanya masih tenang dengan kedua belah tangan diseluk ke dalam poket seluar. Bila dia tengok Yunjae dari belakang, senyumannya semakin memudar hilang. Dia rasa tak sanggup nak lepaskan apa yang dia nampak sekarang. Perlahan lahan dia mendekat lalu menghenyak punggungnya.

"Eoh! Yah Kim Tae! Sampai pun!" tersentak Yunjae apabila dia dapat rasa seseorang muncul di sebelahnya.

Taehyung senyum nipis, "Mian."

"Okay jigeum, saya nak dengar semuanya. Kenapa awak jauhkan diri dari saya, kenapa awak kejam semacam, macam mana awak boleh bercinta dengan Asumi Kei, err dan banyak lagi."

"Kau ingat tak malam festival tu? Sebenarnya.. aku dah siap nak pergi. Tapi kebetulan Kei dengan mak dia datang. Ayah aku kata ada perbincangan keluarga, so aku terpaksa stay." suara husky itu memulakan bicara.

"Tak apa. Saya faham keadaan awak."

"Mian.. aku bukan sengaja untuk buat kau tertunggu. Lagipun handphone aku rosak, aku try call kau banyak kali. But, nasib baik last try tu bersambung. So aku tak dapat nak jawab call dengan mesej yang kau hantar."

Yunjae menghela keluhan, "Lega saya dengar. Saya ingatkan awak benci saya. Macam nak nangis tau, dah lah lepas tu awak tak datang sekolah!"

"Aku pergi tenangkan fikiran sebab aku tak dapat terima yang ayah aku akan berkahwin dengan mak Kei." Taehyung menjatuhkan pandangannya ke arah rumput.

Mata Yunjae terbuntang luas, "Oh my God serius?! Apa yang berlaku ni? Bila ahjussi Kim kahwin?! Macam mana—" bibirnya ditutup dengan satu jari Kim Taehyung kerana terlalu bising.

"Mak Kei bekerja dah 8 tahun dengan ayah aku. Baru sekarang dorang buat keputusan untuk kahwin. Kei terpaksa ikut balik sini disebabkan urusan perkahwinan mak dia, tapi aku dengan Kei tak setuju untuk terima. Jadi kitaorang buat perjanjian." kata Taehyung, keluhan berat dihela.

"Perjanjian apa?"

"Since dia rimas dengan Maple, dia suruh aku berlakon untuk jadi boyfriend dia. So that, tak akan ada orang yang akan kacau dia. Dia tak boleh fokus belajar dekat sini." sambungnya lagi menjawab pertanyaan.

Mata Yunjae terkebil kebil, "Kes awak bercinta dengan dia tu memang dirancang lah?!"

"Eung."

"Baru saya faham. Tapi saya still tak faham pasal gambar semalam tu. Saya blur."

Taehyung tertawa palsu, "Dia terdesak. Kei sengaja sebab dia tak suka suasana dekat sini. Jadi dia buat benda tu supaya aku pilih dia dan kuatkan lagi hubungan aku dengan dia. So Kei tak akan dikacau lagi dengan mana mana lelaki."

"Wait, tapi awak pilih saya.."

Taehyung menekan pipi Yunjae menggunakan jari telunjuknya, "Gurae. Mestilah aku pilih kau. Ingat aku boleh diam bila orang cakap buruk pasal kau? Yang boleh cakap buruk pasal kau, aku je."

Tamparan kuat hinggap di bahu lelaki itu. Taehyung tertawa mengusik, dah lama tak nampak lelaki ni bersama senyuman petaknya lagi. Berbunga sekejap hati Yunjae bila dapat tengok. Tapi kemain dia kata dia sorang je yang ada lesen untuk cakap buruk pasal Yunjae. Maklumlah dia je yang kenal luar dalam gadis sendu tu, mana boleh orang lain suka hati cakap macam macam.

"Tapikan.. apa motif semua benda ni? Maksudnya beria sangat sampai terpaksa jadi 'fake boyfriend' dia. Kalau dia dah kena duduk sini. Biarlah dia accept apa pun perhatian orang dekat dia. Hah jawab."

"Kalau aku setuju, dia akan tolak ayah aku untuk jadi ayah tiri dia. So perkahwinan ni tak akan berlangsung."

"Saya terharu lah awak pilih saya daripada Asumi cuma saya tak faham kenapa awak berkeras sangat tolak perkahwinan ni Kim Tae? Maksud saya, ahjussi Kim pun patut jumpa kebahagiaan dia. Dah lama dia sendiri. Awak pun bukannya selalu ada dengan dia. Tak ke bagus kalau dia kahwin?" kata kata Yunjae membuatkan Taehyung membuang pandangannya ke depan.

"Tak. Dia tak layak bahagia."

Yunjae menyentuh bahu lelaki itu, "Yah janganlah macam ni. Sedih tau kalau halmeoni tahu awak macam ni. Dia tak nak cucu kesayangan dia ni hati keras sangat macam batu."

Taehyung memandang dengan pandangan anak mata yang redup, air mukanya berubah.

"Kenapa.. aku kena pilih kebahagiaan orang yang aku benci daripada kebahagiaan untuk orang yang aku sayang?" ujar lelaki itu perlahan, nadanya sangat menyentuh.

Tatkala Yunjae terdiam membisu, dia tak faham apa yang lelaki tu cuba sampaikan.

"Apa maksud awak ni.."

"Kau tahu tak kenapa aku beria terima perjanjian dengan perempuan tu?"

Yunjae menggeleng lambat, "Saya tak tahu.."

"Kalau dorang kahwin. Aku akan pindah ke Jepun.. dan apa yang pasti.. aku akan tinggalkan kau."

_______________________

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now