Chapter 25

2.4K 439 247
                                    


*************

Taehyung menyeka air mata gadis polos itu menggunakan hujung lengan bajunya. Tak henti henti mencurah disebabkan terlalu sedih. Hati bagai dihempap batu. Dalam kepala dah terngiang ngiang macam mana nak hidup berjauhan dengan lelaki di hadapannya itu. Bukan setakat tak dapat tengok muka, dengar suara, tak dapat luang masa sama sama. Semuanya memilukan.

"Yah, uljima.." pujuknya.

Yunjae teresak esak, "Jebal jangan pergi Kim Tae..."

"Bukan aku nak pergi, tapi terpaksa. Sebab tu aku cuba untuk halang perkahwinan ni. Kau faham kan, janganlah nangis." Taehyung menerkup kedua belah pipi Yunjae yang sudah merona merah. Matanya bengkak dek kerana terlalu lama menangis.

"Tak boleh ke awak stay? Awak boleh duduk rumah saya. Mak saya mesti tak keberatan langsung! Dia lagi sayang awak dari saya. Awak pun tahukan.." tersedu sedan dia meluah.

"Aku dah fikir semua ni. Kalau aku pentingkan diri sekarang, macam mana masa depan anak anak kita nanti?"

Yunjae menghentikan leretan tangisnya sejenak, dia memandang Taehyung yang langsung tak nampak lelaki tu tengah bergurau. Tersedak gadis itu jadinya. Wajah yang berhingus rembeh itu disorok pada kepala lutut. Tidak mahu bersemuka.

"Awak nak kahwin dengan saya ke.."

"Wae? Kau tak nak kahwin dengan aku?"

Yunjae mengangkat wajahnya, "Yah. Bukan tak nak.. kita kan muda lagi. Ish saya malu lah awak cakap pasal benda ni. Awak ni memang suka usik saya kan! Jangan lah bergurau! Orang tengah serius!"

"Aku pun serius."

Habis mati akal Yunjae. Lagipun apa yang keluar dari mulut Taehyung tak ada satu pun penipuan. Dia cuma cakap perkara yang akan terjadi di masa akan datang. Dia cuba untuk elak kehidupan yang susah. Tambahan lelaki ni spesis yang cerdik pandai, rugi kalau dia buat keputusan terburu buru.

"Awak.. tak cuba ke cakap elok elok dengan Asumi? Kalau dia tak nak ayah awak, mesti awak tak payah pindah. Ish.. s..saya tak boleh lah.. nak nangis balik ni.." sebak kembali menerpa diri apabila teringat yang Taehyung akan tinggalkan dia.

"Aku tak rasa dia setuju, lagipun dia tak ada masalah kalau perkahwinan ni berlangsung sebab dia lebih suka kalau dia dapat balik Jepun semula dan bawa mak dia sekali. Geuji?"

Yunjae mengangguk sendu, "Mesti dia pun dah lama terpisah dengan mak dia memandangkan mak dia kerja dekat sini. Tapi satu hal lain dia memang tak selesa tinggal dekat sini."

"Bingo."

"Saya faham. Tapi tetap saya tak nak awak pergi." bawah bibirnya menggeletar. "Jebal Kim Tae, berapa lama saya kena tunggu awak. Setahun? Dua tahun? Lima tahun? Kita tak pernah jauh, saya tak sanggup. Saya nak awak sentiasa dekat sebelah saya."

Ibu jari lelaki itu menyentuh lembut wajah Yunjae, menghapus sisa air matanya.

"Kau kena selalu ingat yang bayang bayang aku sentiasa ada dengan kau walaupun jasad aku tak." pujuknya bersama nada yang menenangkan, hujung bibirnya ditarik mengukir senyuman.

"Tak sama! Dah kalau awak jauh saya d..." Taehyung berganjak selangkah maju mengunci bibir gadis itu dari terus bersuara melalui bibirnya. Mata dipejam rapat. Lembut. Bagai ada renjatan elektrik menusuk jantung mereka berdua. Berdegup laju. Tangan kanannya naik melingkar pinggang gadis itu supaya lebih rapat.

Gila. Menggelegak jiwa Yunjae, dia cuba menahan deruan nafas hangat yang sedang menyapa wajahnya ketika ini. Telinga lelaki itu sudah berubah kemerahan. Dia meleraikan ciuman perlahan lahan dengan pandangan yang sangat redup. Tempat dan masa yang sesuai. Di bukit penuh kenangan bersama bintang terang yang menemani langit gelap.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now