S2 | Chapter 4

2.1K 399 213
                                    


**********

"Gurae, aku berdebar dengan kau. Kalau betul, kau nak jawab apa?"

Jam berbunyi sekali lagi, malangnya lelaki tu langsung tak berganjak sedikit pun. Tak peduli jam tu bising atau apa yang dia cuma nak dengar jawapan dari budak perempuan tu. Sedangkan dalam masa yang sama Yunjae cuba untuk berfikiran secara waras. Perit liur ditelan kuat. Apabila mata dia bertembung dengan mata lelaki ni, rasanya jantung dia pula tak keruan jadinya. Menyesal tak sudah sebab mencabar.

"B..Bwo? A..Awak nak saya jawab apa?"

Taehyung menghela keluhan ringan seraya bergalih bangun. Punggungnya ditepuk beberapa kali untuk jatuhkan rumput yang melekat. Barulah Yunjae terasa lega.

"Kau boleh jawab dalam mimpi. Kau fikir aku serius ke tanya macam tu? Huh."

"Y..Yah! A..Awak fikir saya pun nak jawab dengan serius ke hah?!"

Tangan diseluk ke dalam poket seluarnya, "Kalau kau rasa nak tidur sini. Tak payah ikut aku." selesai bicara dia langsung mengatur langkah satu per satu meninggalkan gadis polos itu.

Yunjae menggenggam rumput dek kerana geram teramat, dia cabut rumputnya kemudian baling ke arah lelaki itu sewaktu dia tidak lagi berhadapan dengannya. Maklumlah berani buat perangai buruk dekat belakang je. Tapi rumput tu tak kesampaian pun disebabkan angin meniup. Membuak buak geram si Yunjae.

"Yaish. Yah Kim Taehyung! Tunggulah saya!"

***********

Kepala digaru kegatalan. Rambut dikuak ke belakang disebabkan terlalu serabut. Ia memang salah satu habit Kim Taehyung. Kertas kertas yang bertempiaran di atas meja dia langsung tak kisah, cuma fokus dengan sekeping kertas bertulis.

"Joseonghaeyo PD-nim. Saya dah cuba untuk dapatkan Jungkook BST supaya terima tawaran ni. Tapi gagal. Katanya dia memang tak akan terima."

Taehyung menggigit bawah bibirnya, "Kalau dia tak nak. Susah. Drama ni akan naik kalau dia jadi pelakonnya, untuk tutup gosip sebelum ni."

"Jadi ada rancangan lain ke? Saya akan cuba usahakan lagi." ujar Joo si setiausaha.

"Tak apa. Buat masa sekarang kita hold dulu. Biar saya fikir. Macam mana dengan yang lain? Dah uruskan? Apa respon netizen?"

Joo menyentuh skrin tablet, "Setakat ni ada yang masih marah dengan Seolhyun. Tapi ada yang masih setia menyokong kita untuk lancarkan drama baru walaupun bukan dengan Seolhyun."

"Dia bercinta dengan budak mana?"

"Apa yang saya dengar, Kim In Seong."

Taehyung menggeleng kecil, "Pasal kontrak dia saya dah tamatkan serta merta sebab gagal patuh. Saya rasa setakat ni je, nanti saya akan panggil kamu lagi."

Joo mengangguk seraya mengukir senyuman namun dia agak ragu ragu untuk bangun dari duduknya yang sudah tepat berhadapan dengan lelaki itu. Gugup sekejap.

"PD-nim okay kan? Macam tak cukup rehat saya tengok."

"Ahh.. okay. Jangan risau."

Joo melagakan jarinya dari bawah tidak kelihatan, "Erm.. nak makan siang sekali? Saya pun nak turun makan siang. D..Dah jam 2 ni. Kalau tak makan nanti perut masuk angin."

Gelisah.

Mengharapkan ajakan kali ini tidak ditolak mentah mentah. Mahu malu nak simpan dekat mana. Taehyung yang masih dengan lagak tenangnya melihat jam pada pergelangan tangan. Bila dia tengok jam tu entah kenapa hujung bibirnya tertarik ke atas sedikit. Mungkin teringat dekat si budak polos tu.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now