Chapter 19

2.1K 428 180
                                    


**********

"Saya rasa.. saya memang.. dah jatuh cinta dengan awak."

Jantung aku dah berangan nak jadi gunung berapi sebab nak meletup. Tapi aku tahan dengan menarik nafas sedalam yang mungkin supaya dia sedar yang dia bukanlah gunung berapi. Wajah Taehyung yang bingung seribu bahasa tu aku cuma tatap dengan harapan dia boleh lupakan apa yang terjadi. Eh gila betul nak lupa yang ada perempuan sendu pijak kaki kau lepastu ambik kesempatan tegur bibir kau tanpa izin.

Aku menampar pipi sendiri berulang kali, perlahan. Rasanya macam dah kebas teruk.

Lama kelamaan lelaki dingin itu tiba tiba bangun dari duduknya. Dia mengambil langkah ringan seraya mengutip bola yang terlantun jauh kemudian dia lempar tepat ke dalam sebuah bakul besar di penjuru gelanggang. Mata aku cuma memerhati dungu, tidak terlepas dari melihat setiap inci pergerakan. Sesekali dia menoleh membuatkan aku langsung terpinga pinga, nak tak nak kena sorok muka atas lutut.

Bila aku dongak kepala semula, hampir terkeluar carutan indah sebab Taehyung yang tadi dekat penjuru tiba tiba muncul depan mata.

"B..bwo?"

Beg warna biru pastel itu dia jatuhkan di atas pangkuan aku. Oh ini beg aku, "Tak nak balik?" soalnya lalu dengan lagak tenang dia mengatur langkah keluar.

Keluhan ringan dihela, macam tak ada apa apa berlaku. Walaupun dah bertahun tahun hidup dengan Kim Taehyung, aku tak pernah boleh baca apa yang dia fikir. Sebab semua orang pun tahu kan, IQ dia dengan aku macam langit dengan bumi. Sekali pun aku tak pernah dapat teka. Apatah lagi perasaan dia.

"Nak kena kunci ke?"

"T..Tak nak!" cepat cepat aku raih beg yang ada dalam pangkuan kemudian berlari anak menuju ke pintu keluar. Janggal. Silap aku sebab pergi test macam tu, dah lah mendadak. Aku cuma nak buang fikiran yang aku jatuh cinta dengan Taehyung je. Tapi macam lain pulak yang jadi.

Dalam diam aku menumbuk dada. Kenapa dia nak bagi refleks dekat Taehyung? Ya, ini semua salah jantung aku. Balik nanti aku kena soal siasat dia.

Takut takut aku cuma berjalan di belakang. Taehyung diam membisu, tak ada tanya apa apa. Kalini bibir pula jadi mangsa tamparan perlahan, salah dia juga pergi salam dengan bibir Taehyung macam tu, lepas tu luahkan perasaan dengan selamba badak.

Kami berdua duduk di stesen bas menanti hentian berikutnya. Sunyi, lelaki tu cuma main dengan telefon pintar dia. Mata aku gatal nak curi curi pandang.

Tapi tak pelik pun kalau aku suka dia. Kim Tae, selalu ada untuk backup aku, sentiasa sediakan bahu untuk aku bersandar bila aku sedih, dari dulu selalu ajar aku benda baru, tak pernah letih ulang benda yang sama. Walaupun kasar, hati keras tapi tak ada siapa tahu dalamnya ada span lembut yang jarang orang lihat. Mungkin separuh span, tapi boleh dari tak ada.

Orang tua dia bercerai sejak dia berumur 8 tahun. Sejak tu Taehyung duduk dengan halmeoni-nya yang jaga dia penuh kasih sayang, tetapi wanita tua itu pergi tinggalkan dia kerana penyakitnya. Selepas kejadian tu, aku perasan yang Taehyung tak suka berkawan dengan sesiapa selain aku. Dia jadi pendiam dan dingin. Lelaki tu makin benci dengan orang tua dia, ibunya menghilang yang cuma ada ahjussi Kim.

Taehyung pernah buat keputusan yang dia rela tinggal rumah anak yatim dari dibela ayahnya. Tapi ayahnya berkeras untuk bagi yang terbaik, Taehyung letak syarat yang dia cuma nak berjiran dengan aku. Disebabkan hal tu lah jarak rumah kami berdua cuma beberapa langkah. Lagipun ahjussi Kim tak selalu ada dekat rumah, dia ada rumah lain. Jadi Taehyung pun kerap makan dekat rumah aku. Selalu lah juga ayah dia hulur duit dekat mak aku, tapi mak aku selalu tolak sebab dia ikhlas jaga Taehyung macam anak dia sendiri.

Mungkin, lelaki tu fikir dia cuma ada aku dalam hidup dia selain orang tua dia sendiri. Gurae, aku tak boleh jatuh cinta dengan dia. Aku akan tetap bersama dengan Taehyung walau apa pun terjadi.

Bas tiba tepat masa, Taehyung terus bangun lalu masuk ke dalam bas. Lelaki itu menoleh ke belakang sebaik sahaja sedar aku tidak mengekori, cuma berdiri tegak masih memeluk beg. Ini bas terakhir untuk petang ni sebelum kena tunggu bas berikutnya yang akan makan masa yang lama.

Test untuk kali terakhir sebelum aku tamatkan perasaan aku samada untuk terus suka dengan dia atau berhenti.

Ya, go Do Yun Jae.

"Tak nak balik?"

"Saya ada barang tertinggal dekat sekolah. Saya kena ambik. Awak baliklah dulu. Jangan risau.. saya boleh balik sendiri. Jumpa nanti! Annyeong." aku mengukir senyuman sesambil melambai mesra.

Pintu bas tertutup.

Mata dipejam rapat.

Takut.

Apa aku buat ni? Ya, aku cuma tipu dia.

Tak ada barang tertinggal pun dekat sekolah. Berdebar debar nak tahu tapi tak nak letak harapan yang tinggi. Gelisah. Jawapan terletak pada keputusan Kim Taehyung, samada dia keluar atau tinggalkan aku. Rasa tak nak bukak mata. Bibir aku ketap kuat. Semakin erat memeluk beg. Bunyi bas bertolak semakin lama semakin menghilang jauh. Jantung aku jadi tak keruan, dada berombak kuat.

Jebal, Kim Tae..

Pergi. Balik rumah sana.. Jebal...

Tak, stay Kim Tae.

Tak tak, pergi. Tinggalkan je.

Aku sendiri keliru yang mana aku patut harapkan ianya terjadi. Kalau Taehyung keluar aku perempuan paling bahagia, tapi aku tak akan dapat tahan daripada terus suka dekat dia. Kalau Taehyung tinggalkan aku, mungkin aku patut rasa sedih tapi aku boleh berhenti untuk terus suka dan simpan perasaan tu.

Gwaenchana, himnae Yunjae.

Perlahan lahan aku mencelik kelopak mata. Perit liur aku telan kuat, pandangan yang awalnya kabur semakin jelas.

Sebak menerpa diri. Nak menangis apabila raut wajah Kim Taehyung memenuhi ruang mata, dia menyerongkan sedikit kepalanya tanda bingung.

"Nak balik sekolah? Tertinggal barang apa?"

Aku menggeleng laju, "Tak ada barang tertinggal.." air mata mengalir tak tertahan.

"Yah, deo waegurae?" Taehyung menghampiri kemudian meraih tanganku yang melindung wajah akibat terlalu malu untuk bersemuka dengan dia. Suara husky itu sesungguhnya menenangkan, terbakar perasaan sendu.

"Tsk tsk. Mianhae..." meleret tangisan.

"Waegurae?"

Ya, dia sentiasa Kim Taehyung. Lelaki yang tak pernah sedetik pun terlewat untuk berada di sisi aku.

"Kau menangis sebab aku tak jawab ke?"

Aku menggangguk, kemudian menggeleng, "Saya tak kisah apa pun jawapan awak, yang penting awak sentiasa ada dengan saya." terketar ketar suara menahan tangis.

Taehyung menjentik dahi aku perlahan, "Michin yeoja." lelaki itu menundukkan tubuhnya sama tinggi, mata aku terkebil kebil dungu menanti jawapan,

"Kau boleh suka aku, jangan berani suka orang lain. Aku sorang. Arraseo?"

____________________

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now