Chapter 8

2.5K 412 104
                                    


*************

Bosan bila pergi sekolah tak ada Kim Tae. Ye lah hari hari pergi balik dengan dia, sekarang kosong. Tak ada siapa nak ganggu hidup aku. Tapi boleh tahan tenang bila dia tak ada. Hahahaha.

Dah masuk hari ke berapa entah. Ji Sung pun dah masuk sekolah.

Dalam kelas semua orang perhati dia yang masih berplaster dekat muka. Aku tarik nafas dalam dalam kemudian pergi ke arah tempat duduk dia. Entah kenapa tindakan aku menarik perhatian yang lain.

"Yah Ji Sung."

"Bwo?"

"Kenapa awak benci sangat dengan Kim Tae? Dia pernah kacau life awak ke? Saya cuma tanya sebab kalau betul dia buat, saya nak minta maaf bagi pihak dia." aku menunduk sedikit.

Ji Sung mengerut dahi, "Yah kenapa kau nak mintak maaf pulak? Aku tahu lah korang kawan dah lama tapi tak perlu kot."

"Sebab saya sayang dia. Saya tak suka tengok dia sakit. Arra?"

Lelaki itu terdiam sejenak kemudian menghela keluhan perlahan. Dia menjeling kesal lalu mengabaikan aku.

Cih. Sombong!

"YAH YUNJAE! MASALAH!"

Kami semua tertumpu pada pintu kelas, di mana Min Jung dan Sowon yang dibasahi peluh itu menerjah dengan suara yang lantang. Hampir semua orang terkejut.

"Waegurae?!"

************

Gadis itu tertawa tidak percaya, "B..Bwo? Gyojangnim bergurau ke? Nama saya tak ada dalam penyertaan Seungneung?!"

Wanita itu menyandar pada bahu kerusinya dengan lagak tenang. Sementara mereka bertiga masih termengah mengah menerjah bilik pengetua Choi selepas mendengar berita hangat itu. Nak gugur jantung Yun Jae dibuatnya.

"Gurae, kamu tak dibenarkan untuk turut serta dalam Seungneung."

"Gyojangnim! Mana boleh macam ni! Dream Club tak lengkap tanpa Yunjae! Kalau macam tu kami pun tak nak ikut serta!" kata Min Jung si baran.

"Majayo! Kenapa tiba tiba nama Yunjae yang kena kick?! Dia buat dengan baik!" sambung Sowon dengan nada tinggi.

Wanita separa abad yang mengerikan itu tertawa kecil, "Kamu semua pun tahu kan keputusan Yunjae macam mana? Kalau kita bawa dia ke tempat besar macam Seungneung, boleh mencemarkan nama Maple."

Mata gadis polos itu berkaca, "G..Geundae.. gyojangnim.. saya memang betul betul.. nak masuk pertandingan ni.." sebak menerpa tidak tertahan.

"Yunjae.. kamu bukan tak boleh masuk selamanya. Kalau kamu dapat keputusan baik untuk exam akan datang. Kamu boleh pergi Seungneung." pujuk wanita itu.

"Pertandingan Seungneung sebelum tarikh exam.. macam mana saya nak buktikan yang saya boleh buat?" air mata membasahi pipi.

Pengetua Choi memicit dahinya, "Kamu boleh ikut serta bila kamu dapat masuk college nanti. Tak semestinya kamu ikut penyertaan di bawah bimbingan sekolah."

"Tak sama.. saya.. nak pergi dengan Dream Club.. macam Yoo Ah sunbae.. Tsk.."

Min Jung dan Sowon terus memeluk Yun Jae dari sisi kiri dan kanan apabila tangisannya meletus jua.

"Yedeura, apa kata kita keluar dulu eung?" pujuk Eunhyuk saem kemudian membawa mereka keluar dari pejabat pengetua Choi.

Mungkin wanita itu sudah malas melihat drama dua ringgit yang Yun Jae dan ahli yang lain buat. Tapi dia tak faham, kenapa gadis itu sanggup menangis. Dia lupa yang Yun Jae juga ada impian sendiri yang dia ingin lakukan.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now