[ THE FINAL CHAPTER ]**********
Aku meletakkan pensil dengan muka paling bahagia di dunia. Nak tahu kenapa? Sebab ini paper terakhir! Uyeh! Dari tadi aku tahan je mulut nak menjerit maklumlah orang lain tengah fokus tapi aku sorang je dah siap. Okay bukan aku sorang, budak kerek sebelah aku ni pun dah siap jugak. Tapi dengan gaya tenang dia membuang pandangan ke luar tingkap.
Tak tahulah tengok apa, yang pasti dia kalau siap awal pun confirm jawapan betul. Bibir mengukir senyuman manis, hati berbunga bila teringat hari hari pahit Kim Tae ajar aku. Personal tutor. Cewah.
Senyuman aku sekelip mata hilang bila teringat scene dia ketuk aku guna pensil kayu. Egh.
"Baiklah. Sila letakkan pensil, hati serta segala kebijaksanaan anda di atas meja kerana masa telah pun tamat. Kyun Hee akan kutip kertas, sebelum tu tahniah kerana berjaya tamatkan kertas terakhir. Jaga diri semua."
"HOOREY!"
Air mata terharu mengalir. Emosi.
DAH HABIS. Lepas dapat keputusan confirm Bibo bebas dari penjara eomma. Inilah saat yang aku nanti nantikan.
Anak mata aku terpalit pada riak wajah Hyora, Jimin, Asumi dan semua rakan sekelas aku. Mereka terlihat gembira dan menyenangkan. Tak dapat disangkal ini saat paling bahagia untuk pelajar sekolah tinggi Maple. Tengah sibuk feeling feeling mata aku melekat ke arah Taehyung. Dia pun tengah pandang aku, sambil tongkat dagu. Macam tak ada apa apa berlaku.
Yaish. Michin saram.
"Yah Yunjae! Gonna miss you babe! Jumpa lagi nanti!" beria Sowon dengan Min Jung melambai lambai tanda perpisahan setelah habis beria menangkap gambar sama sama tadi.
"Eung. Mungkin kita tak boleh jumpa lagi, tapi saya sayang korang berdua!" jeritanku membuatkan langkah mengundur mereka terus berhenti. Mata aku terkebil kebil bingung, apa aku cakap tadi?
"Klise betul cakap macam tu." cemuh Min Jung dan disokong Sowon, "Entah! Bukannya kita tak boleh jumpa sampai bila bila pun."
Aku tertawa menampakkan baris gigi, "Eii guraulah. Tak payah lah buat muka tembok kena siram air liur! Hehe annyeong!"
Mereka turut tertawa seraya melambai jauh. Akhirnya hilang dari sudut mata. Tak tahu kenapa tadi aku gembira tapi lepas tengok dorang hati aku jadi berat. Senyuman yang tadi mekar berubah kelat. Kenapa dorang macam akan pergi untuk selamanya sedangkan dorang cuma nak balik rumah je. Jantung ditekap, kepala digeleng. Gila, perasaan apa ni.
"Uit."
Aku menoleh pantas, "Eoh! Jimin-ah. Yah, tak sangka kita berjaya habis belajar atas nama Maple sama sama. Lepas ni awak mesti set set jadi peguam, or.. doktor or.. something yang hebat!" kami saling bertukar tampar.