************
Mata dicelik berulang kali, dari pandangan kabur beransur jelas. Mulakan hari dengan keluhan berat. Ini semua disebabkan kes kena halau semalam. Dasar Ketaem. Berani dia kata macam tu. Dah lah nampak aku sorang je yang beria dengan dia, tapi budak dingin tu selamba je macam tak ada perasaan. Kalau cemburu bagitahu, kalau suka bagitahu, kalau rindu bagitahu ITU PUN SUSAH. Okay malas nak fikir.
Aku bingkas bangun dari baring, setelah sepenuhnya roh dah masuk dalam jasad aku langsung menapak keluar dari bilik. Langkah aku serta merta terhenti apabila ada manusia lain sedang tercegat di hadapan pintu bilik aku dengan riak wajah bengis.
Ado nak apa lagi minah ni. Semak.
"Bwo?" nadaku sedikit marah.
"Ini semua apa?" Yunhee menunjuk sebuah kotak yang dipenuhi keychain Jungkook. Bila sedar ni keychain yang aku kumpul sejak dari zaman sekolah, cepat cepat aku rampas.
"Yah! Aku punya lah! Jijik okay kau sentuh! Ugh!"
Minah tu berpeluk dada angkuh, "Aku tanya apa semua tu? Kau obses dekat Jungkook? Kau jumpa dia dulu berapa kali? Seronok menyamar jadi aku?" ayat dia membarakan pagi aku yang tak berapa elok.
"Kenapa kau nak sibuk? Eh sorry sikit eh aku tak teringin lah nak menyamar jadi kau, geli kau tahu geli?"
"Habis apa semua tu? Asal kau kumpul satu member je? Nampak sangat kau bukan peminat BST tapi kau memang minat orangnya je."
"Kau tak tahu ke apa maksud BIAS? Kau kalau tak pernah minat apa apa baik kau diam je, yang kau sibuk sangat dengan hidup aku apahal? Kau pergi lah dekat dunia kau yang bagos sangat tu! Jangan kacau atau sentuh harta benda aku dekat rumah ni kalau kau rasa nak menumpang." bebel aku panjang dek kerana terlalu sebal.
"Kau fikir kau dah bagus ke sebab duduk rumah ni lebih lama? Ini rumah aku jugak, kau kena sedar tu." katanya dengan lagak jengkel.
"Kisah apa aku? Kau berambus je lah duduk China, tak pun pergi sewa rumah lain. Suruh bapak kau belikan rumah baru sana. Adomak."
Yunhee tertawa sinis, "Mesti kau malu dengan aku kan sebab hidup aku lebih 'baik' daripada kau? Huh?"
Aku balas dengan tertawa lebih kuat, "Untuk pengetahuan kau, hidup aku lebih 'BAIK' sejak kau tak ada."
"Ugh aku just nak pesan. Jungkook bukan kau punya. Jangan nak macam macam dengan dia. Kau terserempak dengan dulu cuma berkat aku. Kau langsung tak ada kaitan dengan dia, arraseo?"