**********
Pening. Kepala berdenyut letih. Taehyung menghempas tubuhnya pada sofa. Mata dipejam rapat seraya sedaya upaya untuk tenangkan kondisi jantung dia yang entah kenapa sejak kebelakangan ni terasa seperti ada sesuatu yang tak kena. Kebetulan Asumi yang merupakan adik beradik tirinya sejak beberapa tahun lepas barusan selamat mendarat ke Korea. Alasannya memang nak melawat lelaki dingin tu memandangkan dia sibuk sangat. Keluarga dekat Jepun jadi bimbang. Dah lah jarang jarang nak bagi khabar.
Gadis itu mendapatkan segelas cawan putih dengan tergesa gesa.
"Yah Taehyung. Aku bawak kau pergi hospital, mana kunci kereta kau?" Asumi mendesak, tetapi lelaki itu menggeleng perlahan. Peluh melimpah ruah di dahi dia cuma seka dengan lengan. Kelopak mata dibuka sedikit untuk menyambut minuman yang dihulur.
"Gwaenchana."
"Ish kau boleh tak jangan degil? Ke kau nak aku panggil Yunjae? Hah dia dekat depan rumah ni je kan?"
Pergelangan tangan gadis itu dipaut kuat.
"Hajima. Jangan panggil dia." kata Taehyung yang memaksa dirinya untuk bernafas. Tubuh lemah tetapi masih berkeras menolak. Lesu tidak bertenaga, bibirnya pucat pudar warna.
Tit tit tit tit.
"Yah Kim Taehyung.. Kim Taehyung!"
Bunyi jam yang terlekat sepanjang masa pada pergelangan tangan lelaki itu sudah memberi tanda degupan jantungnya berada dalam keadaan tidak normal. Matanya terbuntang luas, Asumi menampar kedua belah pipi Taehyung yang sudah terlelap sepenuhnya. Tanpa berlengah dia mendapatkan kunci kereta milik lelaki dingin itu, tangan dirangkul pada leher seraya membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dalam keadaan segera.
"Yaish Kim Taehyung."
*************
Hampir sebulan lebih Yunjae langsung tak nampak bayang Kim Taehyung selepas kejadian malam tu. Peristiwa di mana dia sendiri dah buat keputusan untuk terima Park Jimin dalam hidup dia. Berita yang agak membuka mata semua orang tetapi masih menghormati apa pun yang menjadi pilihan gadis itu. Lagipun Yunjae dapat rasa yang perkahwinan tu tak mendatangkan apa apa risiko negatif memandangkan hubungan dia dengan Jimin tak sesulit ketika bersama dengan Taehyung. Mungkin lepas ni Yunjae akan berfikiran lebih matang, dan cuma fikir apa yang berlaku hanya lah kisah silam yang memberi pengajaran.
Dia nak belajar menerima orang baru sebab tak semua yang kita impikan kita akan dapat. Contohnya cinta seorang lelaki dingin yang dah berkawan sejak dari umur 5 tahun tu.