************
Tersengih sengih sensorang. Aku lah tu. Mana taknya baru lepas kena hantar dengan Jimin lah katakan. Senyum yang cuba melebar aku tahan lagi. Tenang bila tengok muka Jimin, nyaman je rasanya.
Tadi aku ajak dia singgah rumah, tapi dia kata dia ada hal. Hmm, gwaenchana.
Setibanya di hadapan rumah, aku terlihat pagar rumah Taehyung terbuka sedikit. Kening mula berkerut bingung. Kim Tae ada dekat rumah ke? Dia keluar ke? Kenapa pagar ni terbukak?
"Haih cuai." aku menutup pagar sehingga rapat.
Kaki aku berhenti seketika ingin masuk ke dalam rumah yang cuma sejarak dengan rumah Taehyung. Akhirnya loceng pintu ditekan.
"Kim Tae-ah!"
Pintu dikuak perlahan, "Eoh Yunjae-ah."
"Eoh! Annyeonghaseyo Kim ahjussi. Kim Tae ada?"
Lelaki itu melihat dalam kemudian menggeleng, "Rasanya dia dah keluar sejam lepas. Tak pasti pergi mana. Bukan dia study dengan kamu ke?"
"Eoh? Ah.. ani. Saya baru balik dari sekolah." aku menggaru belakang tengkuk, "Kalau macam tu, tak apalah ahjussi. Kamsahamnida." aku menunduk separa tubuh.
"Eung, josimhae." katanya dengan senyuman mekar.
"Nae!"
Sebaik sahaja berpaling ke belakang, aku dah mula berfikir. Hari ni memang tak ada kelas tambahan pun, Taehyung pergi mana eh?
"Ah pape jelah."
*************
"Kenapa kamu pergi serang Yunjae?! Tengok sekarang kamu dah ada file disiplin! Kamu nak pergi Stanford dengan attitude macam ni?!" marah si Madam Lee.
Hyora cuma menunduk, "Mianhae. Hyora tak dapat kawal."
Madam Lee menghela keluhan berat, jelas dia sedang marah sekarang. "Sekarang apa pun kamu tak dapat. Boleh tak kamu jangan gelabah? Semuanya ada step."
"Tapi Fei saem tak suka Hyora jadi center! Dia suka Yunjae! Kawan kawan Yunjae pun backup dia! Mana Hyora tak marah."
"Sayang, Fei saem tu kamu serah je pada eomma. Eomma boleh suruh pengetua Choi pecat dia. Pasal Sowon dengan Min Jung kamu jangan risau, kalau dorang tak makan tawaran tu nampaknya kita kena guna cara lain."
Hyora jadi bingung dengan ayat emaknya, "Tapi bukan ke Maple punya nama dah cancel dalam Seungneung? Apa maksud eomma?"
"Kamu still akan bertanding dalam Seungneung. Siapa kata nama Maple cancel? Kamu tak boleh menyerah, ini satu satunya jalan mudah untuk kamu menyerlah dan dapat ke Stanford." katanya penuh dramatik.
"Tapi ahli Dream Club dah keluar.." sambung Hyora.
Wanita itu tersenyum sinis, "Gwaenchana. Eomma akan sponsor Maple untuk buat campfire. Pengetua Choi akan pujuk mereka dari situ. Arraseo?"