S2 | Chapter 12

2.1K 406 256
                                    

************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

************

Suasana dekat dalam bilik persalinan lelaki tu jadi sunyi. Ini sebabnya Jimin dipuji oleh pengarah hospital Jeosa yang merupakan ayah kandung Jiheon sendiri. Bukan sengaja diminta puji, tapi ini semua disebabkan prestasi Jimin yang terlalu sempurna apabila berhadapan dengan pesakit. Lelaki tu profesional dan tak pernah buat sesuatu yang dinamakan 'silap'. Bahayanya apabila berurusan dengan nyawa seseorang adalah silap yang dibuat. Boleh juga menyebabkan kematian.

Jimin takut takut, bukan apa, risau yang sekejap lagi mesti dia kena marah depan semua orang. Kukunya diketip dengan ibu jari dalam diam. Hampir luka.

"Yah, kenapa senyap ni?! Chill! Bukan tak biasa Jimin perform?! Geuji?!" kata Jiheon yang menyebalkan itu seraya menerpa tubuh Jimin. Leher lelaki itu dirangkul mesra.

"Hahahaha." semua orang mula tertawa palsu, menghilangkan rasa janggal.

"Mian." ujar Jimin ringkas.

"Hey, kau buat aku nampak teruk kalau cakap macam tu." Jiheon tertawa mengejek. "Well done. Apa kata kita raikan je situasi ni? Eoh? Apa dia? Ohh! Jimin kata dia nak belanja kita semua makan siang. Kaja!"

"Woo! Kaja!"

Mereka semua terus beransur keluar dari tempat tersebut selepas mendengar omongan palsu yang Jiheon sampaikan dengan sengaja. Padahal Jimin tak bersuara sebutik pun. Apakan daya, sejak hari pertama sehingga sekarang, ini lah yang dia lalui tak henti.

"Jom Park Jimin?" ajak Jiheon yang masih setia tangannya di bahu lelaki itu. Lambat lambat Jimin bangkit lalu mengekorinya seiringan.

Kebetulan mereka berdua terserempak dengan Yunjae dan Taehyung yang memang niatnya datang untuk berjumpa dengan Jimin. Saja nak ajak makan sebelum tu nak tanya pasal kesihatan Taehyung sekali. Tapi lain pula reaksi yang diberikan oleh Jiheon. Bibir lelaki itu mengukir sengihan sinis. Ingin mencuba.

"Eoh! Jimin, kau dah break ke dengan girlfriend kau ni? Kau tengok, cepat je dia dah ada boyfriend baru."

Jimin menggigit bawah bibirnya, masih mendiamkan diri. Jari jemarinya menggeletar kerana terlalu malu tapi tak ada apa yang dia mampu buat, sementara Taehyung tenang memandang lelaki bernama Jiheon dengan tangan yang kekal di dalam poket seluar. Yunjae pula teragak agak nak beraksi, dia terus merangkul lengan Jimin.

"Boyfriend saya Jimin. Saya datang memang nak jumpa dia." kata Yunjae mesra seraya tersengih janggal.

"Aaa.. habis siapa yang datang dengan kamu ni?"

"Aku pun boyfriend dia. Kenapa?"

Jawapan Taehyung yang selamba membuka mata Yunjae dan Jimin terdongak melihatnya. Maklum lah tak ada dalam rancangan jawapan tu untuk situasi sekarang sampaikan dorang pun terpegun. Jiheon pula berubah jadi bingung tapi takut nak terus berurusan dengan Taehyung. Lelaki dingin itu mendekatinya beberapa langkah seraya membersihkan bahu Jiheon yang termangu mangu sendirian. Terkebil kebil matanya menilik wajah tampan Taehyung dari jarak dekat.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now