S3 | Chapter 8

1.7K 319 263
                                    


♡ ; sedih lah pulak lagi 1 chapter, then kita akan jumpa epilog yedeura. ㅠㅠ
fanfic sendu pertama yang chan sayang.
tsktsk.

***********

[ 7 BULAN KEMUDIAN ]

Yunjae dengan tenang berlipat tangan pada dada, bibir menjuih kesal. Mana taknya, perut dah membulat tapi suami masih sibuk kerja belum balik! Entah apa agaknya dia buat dekat lama lama dekat office, bukan apa risau ada perempuan lain sailang suami dia. Maklum lah kalau perut dah macam tu tak boleh nak pergi kerja, suami kasi cuti duduk rumah.

Dah lah sampai ke hari ni orang dekat syarikat tu tak pernah tahu yang Yunjae dengan Taehyung merupakan suami isteri. Gelabah lah Yunjae hari hari fikir pasal suami dia.

"Sayang."

"Pe."

"Kau marah ke aku balik lambat?"

Yunjae menarik muka, "Tak pon. Balik lah lambat selalu."

"Gurae?"

"Yah!"

Taehyung tertawa, dia meletakkan tali leher yang sudah dibuka kemudian memanjat katil menuju ke arah si isteri yang sedang merajuk. Sejak mengandung ni, mood Yunjae tunggang langgang. Siapa yang nak kena layan? Suami dia lah. Takkan engko pulak.

"Alo, aku bukan sengaja lambat. Banyak kerja."

"Anyenyenye~" Yunjae mengajuk dengan muka paling buruk. "Alasan sama je."

"Habis tu kau nak aku bagi alasan apa? Aku keluar dengan perempuan lain?"

Bibir Yunjae terketar ketar, emosi dah tak stabil. Rasa nak menangis, Taehyung pulak dah takut. Niat nak bergurau je.

"P..Patut lah.. apa yang saya sangka memang betul! Awak dah ada perempuan lain! Awak keluar dengan perempuan lain kan?! Dah jangan cakap dengan saya!" Yunjae menghambur tangisnya. Kedua belah muka diterkup kesedihan.

"Shh shh. Mana ada aku macam tu. Aku gurau je. Kau jangan lah nangis." Taehyung menarik kepala gadis itu masuk ke dalam dakapan sesambil tangannya mengusap lembut rambut yang terurai itu.

"Jantan zaman sekarang memang tak guna."

"Aip, apa cakap macam tu."

"Tsk. Sudahlah!" Yunjae keluar dari pelukan si suami. "Awak memang sorok hubungan kita dekat tempat kerja sebab awak tahu benda ni akan berlaku kan?! Awak bosan kan dengan saya?!"

Bapak ah. Sumpah Taehyung menyesal gurau macam tu. Amikkau jauh terus topik ni pergi. Emosi isteri dia pulak dah lah macam hawau.

"Do Yunjae. Kau ni sensitif sangat lah. Cuba bertenang. Nanti anak kita tu pon stres tau."

"Diam!"

"Okay."

"Ha! Awak tak nak cakap dengan saya lagi!"

Taehyung memicit dahi, "Lah tadi suruh diam."

"Habis tu kalau saya suruh diam awak ikut je lah? Kenapa? Sebab awak boleh bercakap dengan perempuan lain? Huh?" apa bebal sangat Yunjae punya mood hari ni tak tahu lah.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now