S3 | Chapter 5

1.8K 342 275
                                    


***********

Luna barusan keluar dari pejabat doktor yang sentiasa dijumpainya sepanjang berurusan berkaitan kemoterapi. Dengan riak wajah bosan dia memasukkan segala ubatan ke dalam beg sandang hitam miliknya. Gadis itu berjalan ke arah kaunter untuk bercakap beberapa hal dengan nurse tersebut, namun langkahnya terhenti sesaat terlihat seorang lelaki bercoat putih yang sangat tampan. Dia menongkat dagu seraya tersengih sengih sendirian persis orang tidak waras.

Jimin, memang handsome. Tapi pelik kenapa dia kena tinggal.

Kenapa orang tak nampak bidadara yang indah macam ni? Desus hati kecil Luna, dia masih angau untuk memerhati Jimin yang sedang fokus berbual dengan jururawat lain.

Terbit rasa cemburu, "Hm. Rapat betul dengan nurse dekat sini. Cihhh."

Tiba tiba mata mereka bersatu, berkerut bingung dahi Jimin sejenak sebelum dia mengatur langkah mendekati Luna. Kemudian pergelangan tangan gadis itu diraih, nurse yang sedang duduk di balik meja kaunter nak menahan dah tak sempat bila mereka berdua terus pergi.

"E..Eh!"

Pintu dikuak, tubuh Luna ditolak lembut masuk ke dalam pejabat Jimin. Daun pintu kembali ditutup rapat. Keluhan berat dihela.

"Tak sopan betul main tarik tarik orang." rungut Luna seraya pergelangan tangannya diputar dek kerana terasa sengal.

"Mian." belakang tengkuknya disentuh perlahan. Bawah bibirnya dibasahkan sejenak, tak nak mula dari mana. "Kau, buat apa dekat sini?"

"Tak ada apa pun. Nak tengok kau lah. Tak boleh? Mesra betul eh dengan perempuan lain."

"Aku perasan kau selalu datang hospital."

"Err.. em. Masa tu a..appa aku yang buat check up. Lagipun memang lah selalu datang, dah kalau kau pun kerja dekat sini. Tugas aku pulak mengganggu hidup kau, tak ada yang pelik pun. Geuji?"

Jimin membetulkan pita suaranya, "Mianhae.. untuk, semalam."

"Em kenapa kau nak mintak maaf?"

"Geunyang.. aku harap kau dapat lupakan apa yang terjadi. Salah faham dan aku mengaku tu silap aku."

Raut wajah Luna ansur berubah setelah menghadam apa yang Jimin cuba sampaikan. Remuk jiwa jadinya, agak terkilan dengan kata kata lelaki itu sedangkan semalam seperti dia yang membuka pintu dengan sangat luas. Tapi sekarang dia beritahu semua tu cuma salah faham. Sedangkan gadis itu berharap kejadian semalam merupakan permulaan yang baik.

Sebaliknya, menyakitkan.

Luna tertawa palsu.

"B..Bwo? Salah faham?"

"Eoh. Mian. A..Aku tak tahu kenapa dengan aku. Tapi jujur.. aku tak ada perasaan langsung dekat kau. Aku bagitahu sebab tak nak kau berharap."

"Wah. Daebak. Kau.. kau orang yang tarik aku bila aku cuba untuk pergi tapi.. tapi sekarang kau buang aku macam aku ni tisu yang cuma lap air mata kau waktu kau sedih?" sekali lagi gadis itu tertawa sinis, tak percaya dengan apa yang barusan dia dengar.

"Bukan macam tu. Aku.."

Jimin cuba menaut pergelangan tangan Luna yang sebak diserang emosi tetapi lain pula yang jadi apabila gadis itu merentap kembali tangannya.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now