***********
Disebabkan sekeping gambar, Yunjae menangis teresak esak. Ini kali pertama dia tengok Taehyung buat perkara macam tu tanpa pengetahuan dia. Yunjae kenal Kim Taehyung, lelaki dingin tu takkan senang senang keluar dengan perempuan lain apatah lagi buat benda tak senonoh. Tapi entah, sejak Taehyung sendiri yang cuba untuk jadi kejam lepas dorang berjumpa balik. Kepercayaan dekat Kim Tae makin lama makin pudar. Boleh kata terhapus, cuma belum sepenuhnya.
Keluhan dihela, air mata yang terus terus mengalir dibiarkan.
"Sebab ni ke awak berubah.."
Hampir berejam berendam dengan air mata, gadis itu buat keputusan untuk bersihkan diri. Terasa tenang lepas bersentuhan dengan air jernih. Hati yang membara pun boleh terpadam.
Selesai mandi Yunjae langsung keluar dari biliknya menuju ke balkoni untuk mengambil baju yang sudah kering. Kening Yunhee berkerut bingung melihat wajah kakaknya yang sembap. "Yunjae, eomma suruh kau makan sarapan ni sebelum keluar." kata Yunhee yang sibuk mengikat rambutnya.
Namun ayat dia tergantung sepi dek kerana dipalau oleh Yunjae. Makin tertanya tanya dibuatnya, sebelum ni tak pernah pulak kakak dia tu abaikan dia sampai macam tu sekali. Mungkin mood dia tak berapa baik, desus hati kecilnya.
Pantulan cermin memaparkan raut wajahnya yang sembap, terlalu lama menangis. Sedih. Jari menyentuh sedikit kelopak mata yang terlihat seperti mengantuk tu. Keluhan dilepaskan. Yunjae menggapai beg sandangnya bingkas menapak keluar dari bilik. Pintu rumah dikuak perlahan, tiada tenaga.
Serentak pintu rumahnya terbuka, mereka berdua bertembung mata. Kelihatan lelaki dingin di hadapan rumahnya yang berwajah sedikit bengkak turut beransur keluar. Taehyung sedar jam 3 pagi dia masih tertidur dekat pejabat, dia pun tak ingat macam mana dia boleh terlelap lama. Mungkin dilanda kepenatan. Tapi malangnya dia sendiri tak tahu apa yang jadi. Kening lelaki itu berkerut bingung.
Gadis itu tidak menegur ceria seperti selalu, dia langsung mengunci pintu dan berjalan pergi. Taehyung mengekori dari belakang, masuk ke dalam lif yang sama.
"Kau okay?"
"Eoh."
"Macam tak je?"
Yunjae memandangnya sekilas, "Tak penting." sejurus itu dia mengatur langkah pergi menjauh sesaat pintu lif terbuka. Meninggalkan Taehyung dengan mata yang terkebil kebil dungu.
Apa yang Yunjae tahu, dia perlukan masa untuk terima semua benda tu dan percaya dengan Taehyung.
**************
Papan slate dipukul kuat. Tamat scene terakhir untuk hari ini. Semua orang mula mengemas untuk pulang. Yunhee menyeka peluh di dahi dengan hujung lengan seraya memerhati reaksi pengarahnya iaitu Taehyung. Ragu ragu tapi nak tahu. Tak ada motif kuat, cuma tertanya tanya dan mungkin ada secalit kerisauan? Langkahnya diorak ke arah lelaki yang sedang menyelak helaian kertas dengan tekun itu.