Chapter 2

3.7K 504 186
                                    


*************

Selesai mandi aku keringkan rambut menggunakan tuala. Khusyuk sampai termuncung muncung bibir.

"A-Aw! Appooo!" jeritku apabila rambut aku tertarik.

"Eomma waegurae!"

Wanita itu bercekak pinggang dengan riak wajah yang geram. Dapat aku lihat telinga dia yang seperti keluar berkepul kelul asap.

"Berani kamu tanya eomma macam tu?! Kamu dapat nombor last lagikan?! Mana slip?!"

Aku terkedu, "M..Mana eomma tahu?"

"Taehyung bagitahu eomma."

Dasar Kim Ketaem tak guna aku sumpah kau jadi batu lepas tu aku nak humban kau dalam mangkuk tandas sehingga engkau di flush ke dalam alam ghaib. Hamekau.

"Hehe, eomma okay chill. Tenang tenang dulu. Dengar dulu penjelasan Yunjae." aku cuba memeluk bahu wanita itu namun dia pantas melipat lengan aku ke belakang.

"A..Aw! Eomma appo! Jinjja!"

"Eomma tak suka bila orang orang mengata kamu tahu tak? Anak anak dorang tu tak adalah teruk sangat sampai stay nombor last. Kamu ni dekat sekolah belajar ke buat apa?"

Aku mencebik bibir seraya mengusap lengan yang kesakitan, "Belajar. Tapi nak buat macam mana. Sel sel otak Yun tersangkut di skala enam masa exam."

"Meh eomma campak kamu ke skala jahanam."

"Ah shireo shireo!" cepat cepat aku lari menyorok belakang sofa.

"Susah kamu nak dapat college kalau result kamu macam tu je. Macam mana dengan masa depan kamu nanti? Kalau eomma dah tak ada, kamu nak makan minum apa, nak tinggal dekat mana. Cuba sedar sikit!"

"Eomma janganlah cakap macam tu! Alah nanti Yun carilah suami yang kaya kaya. Boleh bagi makan, tempat tinggal. Ha, apa susah."

"Kamu kalau berdiri sebelah tiang pun tiang lagi lawa. Banyaklah apa susah!"

Aku menggaru kepala, "Aduh.. eomma ni janganlah marah marah macam ni. Tak elok lah. Ha kalau muka berkedut macam mana?"

Pantas aku elak balingan padu bantal sofa yang eomma lempar 2.3 saat lepas. Cepat betul saraf refleks aku. Huhu.

"Lepas ni eomma nak kamu study dengan Taehyung. Eomma akan tarik semua video game kamu. Kalau result kamu still tak berubah jangan harap kamu jumpa lagi Bibo kamu. Arraseo?"

"Andwae! Eomma nak buat apa dengan Bibo Yun?! Aghhhhh!" aku memeluk pergelangan kaki eomma sambil diseret sehingga ke dalam bilik.

"Kalau kamu tak belajar sungguh sungguh untuk exam akan datang. Eomma nak bakar Bibo."

Mata aku berkaca melihat Bibo yang ditarik wayar wayarnya dengan kasar oleh eomma. Bibo merupakan kawan baik kedua aku selepas Taehyung. Tsktsk!

"Sampai hati eomma nak bakar Bibo! Macam mana Yun nak hidup tanpa Bibo!"

"Lebih baik kamu fikir macam mana kamu nak hidup tanpa secalit kepandaian."

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now