***********Taehyung dengan tenang mengorak langkah mendekati Yunjae yang sudah seperti asap berkepul kepul keluar dari telinganya namun ditahan tahan seketika lelaki dingin itu memeluk lengannya dari sisi. Sowon dan Min Jung yang turut berasa geram pun berubah pelik dengan tindakan lelaki tu. Seoyun cuma memandang tanpa bicara.
"Tak ada lah. Ini isteri aku, Do Yun Jae. Dia akan masuk tempat kita dan kau akan kenal dengan dia jugak nanti." sambung Taehyung.
Mata Yunjae terkebil kebil melihatnya, tetapi lagak lelaki tu masih tenang seperti tak ada apa apa. Eh siut betul punya lah Yunjae dah fikir yang balik ni dia akan rembat muka Kim Tae guna periuk nasi. Tapi niat terus terbantut dek kerana pengakuan sebenar dibuat.
"E..eoh annyeonghaseyo Puan Kim." cepat cepat Seoyun menunduk separa tubuh ke arah Yunjae yang masih bingung.
Puan Kim?
Oh ya, dia lupa sedetik yang nama dia dah bertukar jadi Kim Yunjae. Kahkah, siut.
"N..nae."
Gadis itu menarik bahu Taehyung supaya sama rendah untuk berbisik pada telinganya, "Awak buat apa dekat sini?"
"Jumpa client."
"Ahh.."
"Kau dah nak balik?"
"Eung! Kitaorang dah beli barang sikit and makan siang. Now nak balik dah pun."
"Arraseo, josimhae." Taehyung menguncup dahi isterinya sekilas. Membahang seluruh wajah Yunjae jadinya, dah lah depan member member dia. Tak pasal pasal kena bahan satgi dalam kereta woi.
"N..nae. Annyeong."
Mereka saling menunduk nunduk kemudian beransur pergi. Seoyun menghela keluhan kecil. Rupanya lelaki tinggi lampai yang berupa mewah tu dah ada isteri. Maklum lah dia pekerja baru yang masuk tak sampai dua minggu lagi, mengganti posisi Kang Joo yang sudah hampir berbulan dipecat sebagai pembantu Kim Taehyung. Agaknya kalau dah pegang jawatan tu memang auto suka dekat bos sendiri kut.
"Seoyun?"
"E..eoh?"
"Kaja."
"N..nae."
************
Jungkook tanpa segan silu masuk ke dalam sebuah syarikat dengan pakaian serba hitam dan tidak lupa mask yang menutup wajahnya. Tergesa gesa hanya untuk berjumpa dengan seseorang, hati membuak apabila menerima satu artikel yang barusan keluar. Dia tertanya tanya dan tak senang duduk. Itu sebab terus nak pergi sergah.
"Ya cari siapa?"
"Yunhee. A.. Ani. Seohwa Xi."
"Oh tapi cik Seohwa sekarang ada meeting dengan.."
"Jung.."
Mata mereka berdua terus bergalih ke arah suara yang hampir menyebut nama 'Jungkook' tu. Kalau orang tahu yang di hadapan dia tu memang si idol terkenal, huru hara lah satu syarikat. Yunhee melarikan bola mata bergilir gilir kemudian mengukir sengihan janggal.