Chapter 4

2.5K 431 47
                                    


**************

"Dia nak jadi center je pun. Bukan leader."

Aku menjatuhkan kepala pada meja kafe. Kami berdua sedang duduk melepak lepas habis sekolah, seperti biasa tanpa pengetahuan eomma.

"Saya tahulah. Saya tak kisah pun dia nak jadi center, tapi budak budak ni tak nak dia jadi center. Dorang suruh saya pergi bagitahu pengetua Choi."

Taehyung menongkat dagu, "Wae?"

"Dorang kata Hyora menari teruk gila tadi. Macam kayu."

"Pendapat kau?"

Aku tersengih, "Saya pun rasa macam tu."

Datang seorang pelayan, meletakkan dua cawan ais americano. Kami berdua mengukir senyuman sebelum dia melangkah pergi.

"Kau leader. Kick je. Apa susah."

"Banyak lah awak. Tahu tak pengetua Choi tau yang masukkan Hyora dalam club saya. Lepas tu dia memang akan jadi center untuk pertandingan Seongneung tu nanti."

"Kau sedih tak dapat jadi center?"

Aku cuma mendiamkan diri tidak membalas. Sebenarnya, sedih lah jugak. Tipu tak sedih. Dah bertahun tahun aku dalam Dream Club. Sejak jadi junior, kena buli, tapi still tak putus asa nak menari sebab aku rasa benda tu fun selain main game.

Yoo Ah sunbae pernah bagitahu yang aku layak jadi center satu hari nanti. Tsktsk.

"Y..yah. Nangis?"

"Aniya." aku menyorokkan wajah. Tak sangka air mata aku meleleh disebabkan terimbas masa lampau.

"Dah tu?"

"Gwaenchana. Lagi pun saya nak masuk pertandingan tu untuk kutip markah lebih je. Kalau tak, nyawa Bibo terancam. Hee." aku memasukkan straw ke dalam mulut.

"Michin."

**************

Hari ini merupakan hari penyampaian anugerah untuk pelajar cemerlang, seperti biasa hari yang dibenci Kim Taehyung. Walaupun ahjumma Do dan anaknya yang sengal iaitu Yun Jae setia duduk menyokong.

Dia mengharapkan keluarga kandungnya sendiri. Tapi apakan daya, orang tua bercerai. Tinggal bersama seorang bapa yang sibuk bekerja.

Manakala dua orang lelaki menerima arahan iaitu Ji Sung dan Ka Cheol. Sebaik sahaja selesai mereka langsung pergi ke arah lelaki yang sedang duduk di tangga sendirian itu.

"Oi Taehyung. Nanti bapak kau naik pentas tak? Ke.. harapkan mak Yunjae lagi?"

Dia mengerling tajam ke arah mereka tanpa segaris senyuman, masih diam membisu.

"Aigo. Buat penat je belajar pandai pandai. Tapi hakikatnya tak ada siapa yang hargai pun. Menyedihkan lah. Lebih baik kau bagi je orang lain merasa tempat pertama. At least, ada yang hargai dorang." sambung Ka Cheol dengan nada yang menyakitkan hati.

Taehyung masih buat keputusan untuk diam dan pekak kan telinga. Walaupun hati dia dah membara. Jari jemari bergetar.

"Ye lah. Orang tua pun tak tahu lah dekat mana. Entah entah tak fikir pun pasal dia. Buat apa.."

Ayat Ji Sung tergantung.

Akibat menerima tumbukan daripada lelaki yang sudah hilang tahap kesabarannya. Naik memuncak. Terkejut mereka berdua jadinya.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now