Chapter 22

2.3K 422 353
                                    


***********

Berdebar. Embun peluh menyapa wajah mereka yang setia duduk di bilik menunggu seraya menatap layar skrin yang memaparkan siaran langsung pertandingan Seungneung. Dream Club akhirnya akan mencipta sejarah kedua untuk bertanding dalam peringkat ini. Setapak lagi mereka akan mengharumkan nama Maple, sementara Hyora dia akan berjaya untuk memuaskan hati emaknya. Namun dia tetap bersemangat untuk bertanding kerana alasannya kini sudah berubah.

Manakala Yunjae tak henti mengetip kuku sendirian. Fikirannya asyik diganggu dengan 'Taehyung datang tak?' 'Apa agaknya lelaki tu buat sekarang.' 'Kenapa dia makin hari makin dingin.' Itulah yang terngiang ngiang di dalam kepala gadis itu, tak tenang.

"Aku dengarkan, kita punya judge tahun ni bukan kaleng kaleng. Kalau dia tak suka group tu, memang terus tak merasa menang lah jawabnya." kata Sowon, menghempap badannya pada bahu sofa. Min Jung dan Hyora yang sedang menacap muka terus termangu mangu.

"Siapa?"

"Katanya ada judge misteri. Pakar dalam bidang tarian, tapi dia tak duduk meja judge. Tak tahu lah apasal, famous sangat ke? Dia ingat dia BST? Kehkeh." sambung Sowon lagi.

"Urm mungkin ada sebab dia rahsiakan identiti dia." Yunjae mengutarakan pendapatnya.

"Dream Club? Dah boleh bersedia sebab kamu punya persembahan lagi 10 minit." kata seorang wanita muda si pengurus acara.

Mereka bangun tergesa gesa kemudian mengekorinya ke belakang pentas. Jantung semakin menggelegak tidak tenang. Perut berkeroncang pedih. Memulas mulas. Hyora, Yunjae, Sowon dan Min Jung menyatukan tangan mereka dalam satu bulatan.

"Apa pun keputusan hari ni kita dah buat yang terbaik. Arraseo?!" kata si leader, Do Yun Jae.

Mereka mengangguk kuat, "Eung! Dream! Dream! Dream! Hwaiting!"

Lelaki itu bersandar di hujung dewan seraya tubuhnya dipeluk sendiri. Menanti naiknya si gadis polos yang selalu mengelirukan hidup dia. Pandangannya tidak pernah berubah, masih sama. Tampak tenang dan menggoda walaupun hanya terpandang sekilas. Dalam diam tetap menyokong, menghantar kata kata semangat melalui hati yang dingin. Bibirnya perlahan lahan mengukir senyuman kecil apabila gadis itu mula naik.

Bersama wajahnya yang terkawal, Yunjae cuba untuk melupakan apa sahaja yang mengganggu. Positif.

Muzik dimainkan. Sorakan demi sorakan mengamati dewan yang megah itu, memenuhi aura juang dalam diri mereka. Senyuman dihadiahkan berserta tarian yang selama ini mereka latih setiap masa. Tiada cela, tiada kesalahan. Tampak sempurna. Para juri dan VIP saling mengangguk antara satu sama lain. Segalanya diluahkan melalui gerakan tubuh mereka, amat menyentuh dan dirasai oleh penonton yang menyokong.

"Halseuisseo." sebut lelaki itu perlahan ketika tiba di part yang Yunjae akan berdiri di atas peha Sowon ditampung Hyora dan Min Jung seraya tangannya tegak membentuk bintang pada penghujung lagu tersebut.

"Gurae."

Ending yang dijangka. Semakin gemuruh dewan melihat persembahan mereka yang sangat indah. Yunjae melemparkan senyuman yang emosional, entah kenapa jauh di benak hatinya dia ingin menangis walaupun sedang tersenyum mekar.

Lelaki dingin itu terus berjalan keluar dari dewan setelah persembahan Dream Club tamat.

Mereka riuh di dalam bilik menunggu, namun cuma Yunjae yang terdiam membisu. Gadis itu meminta diri untuk ke tandas. Fikiran dia kembali bercelaru, tak fokus dengan langkah kaki yang dia ambil.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now