٢٢ - ٢١

48 4 0
                                    

Hyuna masih lagi tidak sedarkan diri. Doktor juga sudah membuat rawatan keatas Hyuna . Hyunjin pula termenung dekat tingkap .

Ketukan di pintu mengejutkan Hyunjin. Dia segera membuka pintu.

"sorry kitaorang lambat" ujar Rose dengan nada kesal. Dia berjalan ke arah katil dan duduk di sebelah.

Jaehyun pula mengajak Hyunjin berbual di luar. Hyunjin menurut tanpa banyak cakap.

"ada apa-apa perkembangan?" Jaehyun memulakan perbualan.

"doktor cakap, Hyuna hilang banyak darah tapi mujurlah kesan tikaman tak seberapa nak dalam. Hyuna ditahan di wad selama seminggu."

Jaehyun mengangguk faham.

"macam mana dengan Bobby dan Ryujin?" soal Hyunjin pula.

"diorang berdua dah kena tangkap dan dijatuhkan hukuman masuk sekolah juvana dan sebatan," katanya.

"Korang" tiba-tiba seorang lelaki menepuk bahu Hyunjin dan Jaehyun.
Apabila mereka berpaling, dia tersenyum tawar.

"Hanbin? "

━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━

"Bobby seorang penagih dadah? Kau biar betul Hanbinnn kau bergurau je ann" Rose menundingkan jari ke Hanbin dengan riak wajah tak percaya.

"aku tak tipu, Rose. Aku tak sangka dia sanggup bertindak sampai macam ni sekali. Kitaorang berenam dah banyak kali hantar dia pergi AADK tapi entah macam mana dia berjaya lari." Hanbin bercerita sambil menggeleng kepala. Kesal dengan sikap Bobby.

"dia jadi macam tu sebab patah hati dengan Hyuna. Lagipun masa tu Hyuna masih lagi mahukan cinta Hyunjin, memang taklah Hyuna terima dia. Kami dah puas membebel suruh cari bunga yang lain, tapi bunga yang istimewa ni jugaklah dia nak" sambung Hanbin lagi.

"weyh, bangunlah. Aku rindu nak dengar suara kau." Rose cuba menahan dari air matanya gugur. Casper di belakang hanya mampu memberikan kata-kata semangat kepada Rose.

"Hanbin, tadi masa aku papah dia kat tempat kejadian , dia panggil aku abang. Dia sangkakan aku abang dia." Hyunjin kelihatan risau dan mula berfikir negatif.

"nak buat macam mana, time tu vision dia dah tinggal berapa peratus je lagi."

"Aku berharap sangat dia boleh bercakap elok-elok dengan aku time dia dah sedar nanti."

"Amen"

"Hyunjin. " Casper pula bersuara.

"hmm? "

"kau balik lah dulu, biar kitaorang jaga dia"

"mmkay"

━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━

Selepas beberapa jam, Hyuna mula sedar. Seluruh tubuh badannya terasa sengal dan bengkak. Dia memandang ke sebelah.

Rose terlena di sisinya, Casper pula tidur di atas sofa. Tangannya cuba digerakkan untuk mengejutkan Rose.

"hmmm" Rose menggeliat. Apabila pandangannya mula jelas, dia memeluk erat tubuh si gadis yang terlantar sakit.

"syukur kau selamat . Aku panggilkan doktor ya? " Rose segera menekan butang merah di belakang katil Hyuna. Selang beberapa minit , nurse dan doktor pun masuk.

Rose duduk disebelah Casper dan mengejutkan jejaka itu. Jejaka itu menggeliat.

"Hyuna dah bangun" ujar Rose dengan kegembiraan. Casper tersenyum dan mengusap kepala Rose.

"Aku call Hyunjin mintak dia datang jumpa Hyuna" Casper bangun dari Sofa dan keluar dari bilik rawatan. Rose masih lagi setia menunggu doktor dan Nurse merawat Hyuna.

"Hello?"

"Yow, Hyunjin"

"apahal call aku pepagi buta ni? "

"kau datang hospital tak ?"

"datang, tapi waktu malamlah selepas dia tidur."

"ohh"

"tapi, aku mintak tolong kau letakkan ubat tidur dalam makanan atau minuman dia. Aku tanak dia tahu aku datang"

"Tapi Hyunjin, kau tu penyelamat dia-"

"tolonglah Jaehyun. Tunaikan permintaan aku, nanti aku terus terang sendiri dengan dia"

"tapi sampai bila?"

"sampai aku sendiri rasa berani nak bagitau"

" hmm yalah, aku pergi dulu. Bye"

"Bye"

Talian terputus.

t b c

❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S² 〚✓〛Where stories live. Discover now