"sorry tau kak, Yujie curi-curi dengar" Yujie menunduk. Dia pula takut apabila mendengar tengkingan Hyuna.
Hyuna yang sudah reda dari menangis hanya menggeleng perlahan.
"its okay Yujie, biasalah dalam percintaan memang akan terjadi benda macam ni." Hyuna memandang keluar tingkap. Kawasan hospital tersangatlah lawa dan nampak indah. Tenang je rasa.
Hyuna mengubah topik dengan berbual tentang perjalanan Yujie ke Paris. Gadis itu dengan rancak bercerita, menandakan moodnya kembali ceria. Hyuna mula melupakan seketika stress diantara dia dan Hyunjin.
━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━
Selepas Hyuna keluar, Hyunjin terduduk di atas lantai. Dia menangis dan meraung meminta maaf. Seorang nurse yang ditugaskan pada waktu itu masuk ke dalam dan terkejut melihat keadaan Hyunjin yang murung. Dia segera memanggil doktor.
Doktor Shinhye segera mengarahkan beberapa orang nurse mengangkat Hyunjin dan diletakkan di atas katil balik. Disebabkan Hyunjin tak berhenti meronta, nurse-nurse tadi memegang kuat tangan dan kaki Hyunjin lalu Doktor Shinhye menyuntik Hyunjin dengan ubat tidur.
Selepas Hyuna balik, Yujie segera ke bilik abangnya dengan sebungkus plastik penuh dengan makanan. Dia terkejut melihat doktor dan beberapa orang nurse dalam bilik abangnya.
"doktor, kenapa dengan abang saya?"
"abang awak tak apa-apa, cuma dia meronta-ronta tadi. Awak tahu sebabnya?"
Yujie hanya menggeleng. Dia tahu penyebabnya tapi dia tak akan bagitahu dekat siapa-siapa. Rahsia antara dia,abang dan Hyuna.
"kalau macam tu, saya keluar dululah" ujar Doktor Shinhye dengan senyuman. Yujie tersenyum kecil dan menunduk hormat. Nurse-nurse dan Doktor Shinhye berlalu pergi.
Yujie memandang semula abangnya. Dia pergi ke sofa dan mengambil kotak yang dibawanya. Dia meletakkan kotak itu di atas meja hospital untuk meletakkan makanan.
Dia membuka telefonnya pula dan mesej Hyuna. Dia meminta girlfriend abangnya itu untuk membawa pasangan anak patung. Selepas itu dia call pemandu mak dan ayahnya untuk pulang ke rumah.
━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━
Keesokannya, emosi Hyunjin semakin teruk. Hyunjin langsung tanak makan, apatah lagi berjalan-jalan. Apa yang Hyunjin buat sepanjang hari hanya merenung ke luar tingkap dan melihat semula semua kenangan dia dan Hyuna di dalam kotak.
Hyuna pula tidak datang ke bilik Hyunjin sebaliknya hanya menunggu di taman hospital . Dia hanya menyerahkan barang-barang kepada Yujie dan balik.
YOU ARE READING
❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S² 〚✓〛
Romance❝Aku nak kita bahagia macam dulu❞ -ˋˏ✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ 〚 Make sure to read KPSA S1 first! 〛 ©cloudyhongwon 2020