Hyunjin masuk ke dalam cafe dan mencari Jaehyun. Jaehyun yang nampak Hyunjin mencarinya, dia segera mengangkat tangan.
Hyunjin terus pergi ke meja Casper.
"sorry lambat bro. Ada hal tadi" Hyunjin menepuk bahu Casper.
"nah its okay. Kerja kau macam mana?" Casper menanya khabar setelah dua tahun tak berjumpa. Dia dan Rose sibuk memandangkan mereka berdua idol.
"kerja aku okay je,kau?"
"bolehlah. Kau tengok belum music video aku dan Rose?"
"tengoklah, korang berdua memang power. Dengar cerita bulan depan korang akan berjumpa dekat awards? "
"haah, tak sabar aku nak jumpa dia" ujar Casper sambil tersenyum. Mereka berdua memilih untuk diam sebaik sahaja makanan yang diorder Casper sampai.
"kau...dah ada teman hidup yang baru?" soal Casper. Hyunjin menggeleng sambil membuat muka loya.
"Aku tetap setia tunggu Hyuna walaupun ada anjing betina yang suka dekat aku."
Casper ketawa mendengar kata-kata Hyunjin.
"anjing betina mana?"
"Jeon Somi tulah"
Casper terhenti suapkan makanan dalam mulut. Dia memandang Hyunjin tak percaya.
"siyeslah? "
"iya betul. Takkan aku nak tipu pulak? "
"kau tahu tak? Perempuan tu, artis bawah YG Ent . Perangai dia eyyy sumpah buat aku nak muntah" Casper membuat muka loya dan sambung makan.
"tahu takpe, boleh pulak dia pergi ke syarikat aku and then ajak aku pergi ke club la ape la."
"kau ada bagi amaran tak? "
"ada,tapi dia buat tak endah."
Casper berfikir sejenak. Akhirnya dia mendapat idea macam mana nak buang anjing kurap tu.
"apa kata macam ni, kalau dia buat sesuatu yang diluar kawalan kau ugut dia nak hebohkan dekat internet pasal perangai dia. Tapi kalau dia tak endah jugak, kau buat surat saman 3 tahun tak boleh dekat dengan kau"
Hyunjin memandang Casper dengan teruja dan kusutkan rambut Jaehyun.
"bijak betullah kau ni!"
"deyy! Rambut aku! "
━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━
"Hai, handsome" Somi menyapa Hyunjin sebaik sahaja lelaki itu masuk ke dalam pejabat.
"urgh, apa lagi kau nak?" Hyunjin buat endah tak endah sahaja dengan Somi yang tergedik-gedik macam ulat disebelahnya.
"nak ajak breakfast. Jom?" Somi memberi pandangan dengan penuh harapan.
"aku dah breakfast tadi." Hyunjin berjalan terus ke ruang pejabatnya tanpa memandang sikit pun Jeon Somi.
Somi terkaku disitu.
'Hari ni, cinta aku ditolak lagi. Jantan ni tak nampak ke aku cintakan dia?' suara hati Somi.
Jeon Somi ni masa sekolah rendah satu sekolah dengan Hyunjin. Tapi, memang dari awal Somi di rijek oleh Hyunjin.
Masuk alam sekolah menengah, Jeon Somi masuk ke sekolah Hyunjin walaupun dia dapat tawaran dari sekolah berprestij yang lain.
Jeon Somi dapatlah masuk ke sekolah tu dan duduk di kelas yang ketiga , betul-betul kelas yang tengah. Somi banyak kali cuba nak tegur Hyunjin tapi dia tak berani
Dia pun cuba dua tiga kali datang lewat tapi bukan Hyunjin yang jaga, asyik si Yuqi yang jaga. Fedap dia dibuatnya.
Lepas seminggu sekolah situ, dia dapat tahu yang Hyunjin couple dengan budak kelas belakang nama Hyuna. Hati dia hancur berkecai.
Somi buat projek nak stalk sape perempuan yang berjaya curi hati Hyunjin, skali dia tengok fuhhh patutlah Hyunjin pilih Hyuna berbanding perempuan yang lain.
Dia broken dan akhirnya buat pilihan pindah sekolah.
Somi menggeleng apabila kembali teringatkan kisah tragisnya yang mengejar cinta Hyunjin.
Somi dengan segera melangkah keluar dari pejabat yang mewah dan besar itu. Kalau lama-lama kang ada yamg buat fitnah keatas dirinya. Dia masih lagi ada harga diri tahu.
sebaik sahaja Somi keluar, Dami segera bangkit dari tempatnya dan masuk ke dalam pejabat Hyunjin.
Hyunjin pula ketika itu tengah duk rilek sambil urut kepala.
"Ya, Dami? "
"Boss, saya bukan nak adu domba ke apa...tapi saya dan pekerja yang lain rimaslah dia asyik datang sini je boss." Dami bersuara .
"saya pun sama, Dami. saya nak mintak tolong satu je" Hyunjin pandang Dami dengan penuh berharap.
"apa dia boss?"
"kalau dia datang lagi, korang handle boleh? "
"baik boss" Dami mengangguk. Hyunjin ni sayang pekerja dan baik, jadi sebab tu kalau dia mintak apa-apa pekerja dia patuh. Lagipun kemarahan Hyunjin pun bertempat juga.
"thanks, Dami" Hyunjin tersenyum kecil dan menutup mata. Dia penat.
Dami mengangguk sekali lagi dan berlalu pergi. Dia mahu bergosip dengan rakan-rakan yang lain.
•
•
•
t b c
YOU ARE READING
❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S² 〚✓〛
Romance❝Aku nak kita bahagia macam dulu❞ -ˋˏ✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ 〚 Make sure to read KPSA S1 first! 〛 ©cloudyhongwon 2020