"Good morning" Hyunjin masuk ke dalam dengan senyuman yang lebar. Hyuna tengah buat kerja sekolah sambil makan bubur yang disuapkan oleh Rose.
Hyuna hanya tersenyum nipis. Hyunjin duduk di atas katil Hyuna dan Rose segera meletakkan bubur di atas meja lalu keluar dari bilik bersama dengan begnya . Dia sengaja memberikan ruang kepada Hyuna dan Hyunjin.
"awak paham tak nak buat macam mana? " soal Hyunjin apabila melihat Hyuna hanya meniru bulat-bulat.
Hyuna memandang Hyunjin dan tersengih malu. Hyunjin hanya menggelengkan kepala dan mula menerangkan Hyuna satu persatu.
Sejam berlalu, barulah Hyunjin berhenti mengajar Hyuna. Jejaka itu hanya memberikan rehat hanya selama 5 minit.
"jom sambung" Hyunjin mengambil semula pen ditangan Hyuna. Kali ini mereka membuka buku subjek Matematik pula. Hyuna membuat muka sedih.
"dah-dah la tu, Hyunjinnn. Hyuna letih la" Hyuna meletakkan kepala di atss meja dan membuat puppy eyes dekat Hyunjin.
Hyunjin pantas mencubit pipi Hyuna. Si mangsa cubitan menyeringai kesakitan yang sedikit tu je pon. Hyunjin ketawa nakal.
"habistu? Kalau tak belajar awak nak buat apa? "
"kita pergi jalan-jalan nak? "
"ish! Malaslah" Hyunjin menunjukkan muka tak minat. Minah tu pulak membuat muka masam sambil tangan disilangkan ke dada.
"jomlahh"
"yelah-yelah" Hyunjin tak mampu menolak permintaan gadis yang disayangi sepenuh hati. Hyunjin keluar dari bilik untuk mendapatkan kerusi roda.
Setelah itu, dia membawa Hyuna berjalan-jalan di sekitar hospital. Riak wajah gembira jelas terpacar di wajah gadis itu. Hyunjin tumpang gembira.
Apabila waktu lawatan sudah tamat, Hyunjin tak sampai hati nak tinggalkan Hyuna. Namun gadis itu tetap menyuruh Hyunjin pulang dan berehat di rumah.
━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━
"Hyuna! Kau dah boleh balik besok" Rose yang teruja mengibarkan surat doktor di tangan.
Casper dan Hyunjin ketawa dengan perangai Rose yang eksited semacam. Hyuna hanya menggelengkan kepala.
"gaes, jom kemas barang" Hyuna bangun dari katil dengan perlahan. Namun Hyunjin cepat-cepat menyuruh Hyuna berbaring semula.
"tak boleh! Nanti kalau luka dekat perut Hyuna terbuka macam mana? "
"takde apelah, Hyuna boleh buat Hyunjin"
"No! Dengar cakap Hyunjin, Hyuna" Hyunjin menggoyangkan jari telunjuknya ke muka Hyuna. Hyuna ketawa kecil dengan telatah Hyunjin.
Rose dan Casper pula memerhati dengan senyuman gembira di wajah masing-masing.
"dah berapa lama aku tak pegi sekolah weyh? " Hyuna menggoncangkan lengan Casper.
"relaks la, baru seminggu" ujar Casper
"
mesti cikgu marah" Hyuna menundukkan wajahnya. Rose mencucuk pipi Hyuna berkali-kali.
"kau ni dah ii le tew berlakon. Dulu siapa yang tak nak pergi sekolah? Kau jugak ann" ujar Rose dan ketawa besar diikuti dengan ketawa Hyuna.
"yelahh"
"eh Hyuna, kitaorang balik dulu tau! Dah nak habis waktu melawat ni. Besok kita orang datang ambik kau, okay? " Casper yang baru tersedar sudah pukul 6 petang meminta diri.
Rose mengangguk, "lagipun besok subjek cikgu garang, aku dahlah tak siap kerja sekolah lagi"
"okayy, balik nanti korang siapkanlah kerja sekolah. Bye korang! " Hyuna melambaikan tangan ke arah Casper dan Rose yang keluar dari bilik.
Tinggalah Hyuna dan Hyunjin berdua. Hyunjin pun mahu pulang.
"Hyunjin pun dah nak balik? " Hyuna membuat nada sedih. Hyunjin hanya tersenyum dan duduk di sebelah Hyuna.
"Besok kan sekolah? Nanti cikgu mesti marah kenapa Hyunjin tak hafir ke sekolah. Tanggungjawab Hyunjin sebagai ketua pengawas, untuk menjadi contoh kepada adik-adik form 1" ujar Hyunjin dengan bangga. Kembang semangkuk pakcik tu.
"elehhh, jadi ketua pengawas unn garang tak bertempat" Hyuna mencebik. Hyunjin ketawa melihat Hyuna menjadi kebudak-budakkan .
"lagipun sekarang dah pukul 6 . Nanti doktor nak buat pemeriksaan. Hyunjin balik dulu tau? Jaga diri sayang" ujar Hyunjin dan mengusap rambut Hyuna perlahan.
Jantung Hyuna berdegup kencang apabila Hyunjin memanggil dirinya sayang. Hyunjin mendekatkan wajahnya dengan Hyuna.
"walau apapun jadi, Hyunjin sentiasa ada dengan Hyuna" bisik Hyunjin di telinga Hyuna. Hyunjin mencantumkan bibirnya dengan Hyuna.
Walaupun sekejap, ianya tetap memberi kesan dalam hidup Hyuna dan Hyunjin. Selepas itu, Hyunjin pun balik dengan senyuman manis. Hyuna pula tersenyum malu apabila mengingatkan moment tadi.
•
•
•
t b c
YOU ARE READING
❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S² 〚✓〛
Romance❝Aku nak kita bahagia macam dulu❞ -ˋˏ✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ 〚 Make sure to read KPSA S1 first! 〛 ©cloudyhongwon 2020