"Hyunjin, nah" Dengan senyuman manis, Somi menyerahkan sekeping kad di dalam sampul surat yang wangi.
"apa ni?" Hyunjin membuat muka pelik. Mana tidaknya, sudah 3 bulan Somi tak kacau dia tiba-tiba muncul dengan sekeping surat.
"tengoklah apa dekat dalam" sambung Somi lagi. Walaupun hati dia pedih, tapi ini sahaja cara untuk jauhkan diri dari Hyunjin. Kalau si crush dah tanak, buat apa terhegeh-hegeh lagi kan?
Sebaik Sahaja Hyunjin buka, terdapat sekeping kad kahwin berwarna biru.
"wau, siyes lah?" mata Hyunjin bersinar. Dia bersyukur akhirnya perempuan yang sentiasa menyemak ni akhirnya berkahwin jugak minggu depan.
Somi hanya mengangguk dengan senyuman manis. Kena kahwin paksa, redho jelah.
"Aku akan datang. Kalau aku ajak kawan sekali tak apa kan?"
Sekali lagi Somi mengangguk.
"eh saya pergi dululah, bye" ujar Somi dan berlalu pergi.
Hyunjin hanya mengangguk. Sebaik sahaja pintu tertutup, dia meletakkan kad itu di atas meja dan mengeluh.
"kalau aku dengan dia, sempat ke?"
Hyunjin memusingkan kerusinya menghadap cermin kaca dan melihat langit.
"sampai bila kau nak seksa perasaan aku lagi, Kim Hyuna?"
━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━
"cantekk, bolehlah aku hantar dekat dia" Hyuna tersenyum gembira sebaik sahaja surat yang ditulis siap. Siap dengan glitter, sticker dan macam-macam lagi. Alamat Hyunjin pun dia tahu dari Casper, tapi alamat pejabatlah.
"Nak pergi mana teww" soal Lisa dari dapur sebaik sahaja nampak Hyuna yang tergesa-gesa.
"nak pergi pejabat pos jap!"
"haa yelah, elok-elok!" ujar Lisa dan menghirup air milo.
Hyuna segera mencapai sling bagnya. Selepas mengunci pintu rumah, dia segera turun dan mengambil basikal di bahagian basikal yang berdekatan dengan taman.
Dia dengan segera mengayuh basikal ke pejabat pos. Selesai menghantar surat, dia mengayuh pula ke perpustakaan. Dia mahu pulangkan buku yang dipinjam minggu lepas.
Sebaik sahaja dia sampai ke perpustakaan, dia segera parkir dekat tempat basikal.
Bau buku yang wangi menusuk masuk ke dalam hidung Hyuna sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke dalam .
Perpustakaan ni besar, siap ada eskulator lagi sebab tiga tingkat. Sebaik sahaja Hyuna pandang eskulator tu, terdapat sorang perempuan dan sorang lelaki buat tiktok. Dahla dua ii matching warna ijo , nctzen agaknya.
Hyuna menggeleng kepala dan mula mencari buku yang berada di rak. Namun, time masa Hyuna nak ambik satu buku dekat rak paras paling bawah, kepalanya terhantuk dengan sorang lelaki.
"auch! Sori,sori!" lelaki tadi menggosok kepalanya dan dengan spontan jugak tangannya yang sebelah lagi menggosok kepala Hyuna.
Hyuna memandang lelaki itu. Lelaki yang rapat dengan Hyunjin dan juga bekas crushnya.
"Felix?" ujar Hyuna. Felix dan Hyuna saling berpandangan dan tersenyum manis.
"lama tak jumpa kau, nana budak kelas belakang" ujar Felix dengan ketawa kecil, begitu juga dengan Hyuna selepas mereka berdua keluar dari pustaka. Buku tadi juga Hyuna yang pinjam dulu.
"hotak kau, tu dulu" Hyuna tersengih dan menumbuk lengan Felix. Felix acah-acah sakit.
"Weyh, pergi starbucks jom? Aku belanja" ujar Felix.
"basikal aku ni?"
"kau bawaklah basikal tu, aku ada kat sisi kau."
━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━
Selepas membeli di Starbucks, mereka berdua lepak-lepak dekat Taman .
"Weyh, dah senja. Aku balik dulu tau" ujar Hyuna dan menaiki basikalnya.
"umm Hyuna" Felix memegang lengan Hyuna.
"ya? "
"bak sini jap phone kau"
Hyuna menyerahkan telefonnya tanpa ragu-ragu. Felix menekan sesuatu sebelum pulangkan semula kepada Hyuna.
"aku dah masukkan nombor aku dan Hyunjin dalam tu , sekali dengan instagram kitaorang. Bye" ujar Felix dan sebelum dia berlalu pergi, dia berpaling semula.
"jangan ingat aku taktau cerita sedih kau dengan Hyunjin" ujarnya dengan senyuman dan berlalu pergi.
Hyuna hanya mampu tersengih dan pulang ke rumah semula dengan selamat.
•
•
•
t b c
YOU ARE READING
❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S² 〚✓〛
Romance❝Aku nak kita bahagia macam dulu❞ -ˋˏ✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ 〚 Make sure to read KPSA S1 first! 〛 ©cloudyhongwon 2020